CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Bubar Parlimen Jika Kajian Sikap Tunjuk BN Boleh Menang PRU15

14-8-2022 08:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1067| Komen: 5

Description: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika hasil kajian sikap pengundi yang dilakukan secara menyeluruh m ...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika hasil kajian sikap pengundi yang dilakukan secara menyeluruh menunjukkan Barisan Nasional (BN) boleh menang.


Naib Presiden UMNO itu berkata, untuk menghadapi PRU15, perlu ada jaminan bahawa BN boleh melakar kemenangan.


IG Ismail

"Kita masuk pilihan raya untuk menang dan memerintah tak kiralah di peringkat persekutuan atau negeri.

"Untuk mengetahui sejauh mana kemampuan kita untuk menang, ia adalah berdasarkan kajian sikap yg dilakukan Wanita BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada slot Bicara Hati Perdana Menteri sempena Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.


Ketika menyampaikan ucapan, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengarahkan wanita komponen BN menjalankan kajian sama bagi memastikan kajian sikap pengundi dilaksanakan secara menyeluruh.

Menurutnya, sebelum ini hanya Wanita UMNO yang melakukannya kajian itu setiap kali pilihan raya.


Ismail sabri (dua daei kanan) pada sisang akhbar semepan Konvensyen Wanita BN di WTC Kuala Lumpur pada Ahad.

"Kali ini saya minta wanita komponen juga bersama-sama dengan Wanita UMNO untuk membuat kajian sikap pengundi.

"Sebabnya kita tahu setiap kawasan terutama di Pantai Barat dan Pahang pengundinya bercampur-campur," ujarnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menambah, kajian sikap itu juga perlu dilakukan kepada seluruh pengundi merangkumi pelbagai kaum dan membabitkan pengundi atas pagar atau pengundi hitam serta tidak hanya tertumpu kepada ahli UMNO sahaja.

"Kalau setakat mendapat kajian sikap dari segi ahli UMNO semata-mata mungkin ia tidak mencukupi dan kita perlu dapat hasil kajian sikap yang tepat juga daripada pengundi-pengundi kaum lain. Peranan tersebut boleh dimainkan oleh Wanita MCA dan Wanita MIC.

"Ini kerana saya menjangkakan, penyokong UMNO atau BN (hanya) ada lebih kurang 30 peratus daripada jumlah pengundi, bermakna kita juga perlu dapat sokongan daripada pengundi yang bukan penyokong. Jadi baharu kita boleh tahu sama ada kita boleh menang secara menyeluruh atau tidak.

"Selepas memperoleh hasil kajian tersebut, baharulah saya yakin untuk membubarkan Parlimen," ujarnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 15-8-2022 01:01 PM
Apa ke hal nya nak pru kena tunggu BN kuat… it is by law requirement mmg kena buat pru
Quote 3chanceno 15-8-2022 01:42 PM
Keputusan kajian pun boleh dimanipulasikan  suka hati lah nak kasik komen yang kurang cerdik ke,  asalkan aku pakai baju designer & hidup mewah
Quote Bedah.Cun 15-8-2022 01:54 PM
Jadahnye, sudahlah ai dah bosan dengan permainan komer. Ngkaw nak buat parti macam CCP pun suka hati ngkawlah. Semak!
Quote mojarean_X 15-8-2022 01:58 PM
Ko sbnrnya tunggu najib & zahid msk penjara kan
Quote venom1 15-8-2022 03:21 PM
tackle je penjawat awam. bagi janji manis sikit.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.050646 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top