CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usung Jenazah 13km Sebab Pusat Kesihatan Enggan Pinjamkan Ambulans

14-8-2022 09:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1745| Komen: 5

Description: Sekumpulan individu terpaksa mengusung jenazah wanita sejauh 13 kilometer (km), gara-gara sebuah pusat kesihatan didakwa enggan meminjamkan ambulans.
Sekumpulan individu terpaksa mengusung jenazah wanita sejauh 13 kilometer (km), gara-gara sebuah pusat kesihatan didakwa enggan meminjamkan ambulans.

Menerusi satu video tular, kejadian yang dipercayai berlaku di Mamuju di Sulawesi Barat, Indonesia, pada Selasa lalu menunjukkan beberapa orang berjalan kaki mengusung keranda di jalan raya.


TribunNews

Mengesahkan kejadian yang berlaku, Fenny Tadius yang merupakan anak saudara kepada jenazah menjelaskan ibu saudaranya dirawat di sebuah pusat kesihatan, Isnin lalu, lapor Kompas.

Namun, keadaan ibu saudaranya semakin tenat sehingga keluarga mahu membawanya pulang untuk dirawat di rumah.


"Maka pihak keluarga meminta pihak pusat kesihatan untuk menghantar ibu saudaranya pulang kerana keluarga fikir bahawa apabila orang tua kami meninggal dunia, tidak akan diantar oleh ambulans.

"Ini kerana terdapat kenyataan daripada pihak pusat kesihatan bahawa ambulans tidak boleh menghantar jenazah," kata Fenny kepada Kompas.com pada Ahad.

Bagaimanapun kata Fenny, permintaan keluarganya ditolak pusat kesihatan tersebut.

Pasrah dengan keadaan itu, keluarga Fenny menjaga ibu saudaranya sehingga meninggal dunia pada Selasa.

Fenny dan keluarganya mengakui kecewa meskipun ibu saudaranya meninggal dunia, pihak pusat kesihatan tetap menolak untuk menghantar jenazah.

Pusat kesihatan didakwa menegaskan bahawa ambulans hanya digunakan untuk membawa pesakit yang sedang sakit.

Keadaan tersebut membuatkan keluarganya terpaksa mengusung jenazah pulang ke rumah sejauh 13km.

Susulan kejadian yang tular, ketua daerah Mamuju, Sutinah Suhardu memohon maaf dan kesal dengan tindakan pusat kesihatan berkenaan yang tidak mempunyai inisiatif untuk menghantar jenazah.



Menyiasat perkara itu, Sutinah turut mengarahkan semua ketua pusat kesihatan supaya mengendalikan penghantaran jenazah dari pusat kesihatan ke rumah pengebumian sekiranya tidak berlaku kecemasan di pusat masing-masing.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 15-8-2022 10:26 AM
Yaa ampon kok jadi gini knp ko caprut sgt tak bagi ambulan?
Quote nononcrux 15-8-2022 11:35 AM
aduh kesiannye.. kenapa masih ade lagi mcm ni.. ini kena viralkan ni
Quote jiji85 15-8-2022 02:42 PM
tp memang betul kan ambulan xkan bawa jenazah.kwn aku bini dia meninggal dlm toilet rmh cod semput yg amat.ambulan sampai utk sahkan mati ke x lepas tu dia org blah.mereka ckp ambulan hanya bw yg bernyawa je.terpaksa tggu van jenazah.
Quote Artemesiaa 15-8-2022 02:53 PM
Nasib kat tanahair masih ada unit amal yang nak bantu mereka yang tak mampu ni
Quote epullipan 15-8-2022 05:49 PM
soh pakcik kentang bagi la van jenazah dia kat sana

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.044386 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top