CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Raikan Perkahwinan Bayi Yang Mati 30 Tahun Lalu

14-8-2022 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1353| Komen: 3

Description: Lazimnya, pasangan pengantin hadir ke majlis perkahwinan dalam keadaan masih bernyawa.
Lazimnya, pasangan pengantin hadir ke majlis perkahwinan dalam keadaan masih bernyawa.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi perkahwinan Chadappa dan Shobha di Karnataka, India pada Julai lalu apabila tetamu yang hadir tidak dapat melihat pasangan itu.


Mirror UK melaporkan, pengantin itu sudah meninggal dunia hampir 30 tahun lalu iaitu ketika masih bayi, namun keluarga 'menyatukan' mereka sebagai suami isteri, sebagai sebahagian daripada tradisi Pretha Kalyanam atau dikenali 'perkahwinan orang mati'.


Upacara perkahwinan di Karnataka, India membabitkan dua bayi yang sudah meninggal dunia 30 tahun lalu. FOTO Agensi.


Upacara itu difahamkan masih diamalkan etnik yang tinggal di negeri seperti Kerela dan Karnataka.

Sambutan pada malam berlangsung seperti perkahwinan Hindu biasa dan mengikut upacara Saptapadi.

Mengikut kepercayaan, penyatuan dua orang yang sudah meninggal dunia boleh membantu menangkis roh jahat yang membawa nasib malang kepada keluarga.

Sesetengahnya berpendapat bayi dan remaja di bawah 18 tahun yang sudah meninggal dunia boleh disatukan dalam 'perkahwinan roh' serta melengkapkan kitaran kehidupan.

Melaluinya, mana-mana roh yang tidak tenang kerana dinafikan peluang untuk berkahwin ketika hayatnya akan dapat ditenangkan.

Jika tidak, nasib malang mungkin menimpa keluarga seperti menyebabkan kesukaran kepada mana-mana wanita untuk hamil.

Ibu Shobha, Jayanthi memberitahu Vice World News yang anak lelakinya bakal berkahwin tidak lama lagi.

"Namun, sebelum itu kami mahu anak perempuan yang sudah meninggal dunia dikahwinkan supaya rohnya gembira dan memberkati keluarga pada masa hadapan," katanya.

Sekurang-kurangnya dua perkahwinan jenis itu berlangsung di Kerala pada 2017 tetapi jumlah sebenar di seluruh India tidak diketahui kerana tidak berdaftar.

Selain India, tradisi luar biasa itu turut dijalankan di China, Jepun, Sudan Selatan dan Perancis mengikut budaya masing-masing.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 14-8-2022 08:30 PM
Tahun depan dapat cucu ler nekkk..[em:3:]
Quote margo20 14-8-2022 10:44 PM
Uishh sebaya aku tuh
Quote supernaturalee 14-8-2022 11:13 PM
Indon dgn India
Yg pelik2 2 ni lh  
I kuasa 2

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044257 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top