CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu PJ Diharamkan Mengajar Lepas Mengaku Buat Seks Dalam Kereta Dengan Murid

13-8-2022 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1974| Komen: 4

Description: Seorang guru Pendidikan Jasmani (PJ) yang mengaku melakukan hubungan seks dengan muridnya berusia 17 tahun dibebaskan dari penjara, lapor Daily Star.Scott Korczynski, 49, yang bertugas di sebuah sekol ...
Seorang guru Pendidikan Jasmani (PJ) yang mengaku melakukan hubungan seks dengan muridnya berusia 17 tahun dibebaskan dari penjara, lapor Daily Star.

Scott Korczynski, 49, yang bertugas di sebuah sekolah menengah di Melbourne, Australia dikatakan menjalin hubungan dengan murid itu dan sering membawanya keluar menonton perlawanan bola sepak.


Foto: PA

Malah, bapa kepada dua anak itu juga sentiasa menghantar gadis berkenaan pulang ke rumah selain turut menciumnya, lapor NewsAU.

Lebih menjijikkan, Herald Sun melaporkan pasangan itu melakukan hubungan seks di bahagian belakang kereta Korczynski.


Hakim Fiona Todd berkata: "Ini memberikan beberapa konteks untuk apa yang anda lakukan. Anda menarik perhatian seorang pelajar yang berumur 13 tahun lebih muda daripada anda.

"Terdapat ketidakseimbangan kuasa yang besar antara anda dan dia pada masa anda melakukan kesalahan terhadapnya."

Dilaporkan mereka terus bercinta selepas gadis itu berusia 18 tahun sebelum hubungan mereka terputus di tengah jalan.

Gadis itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa pada 2017 dan Korczynski didakwa pada 2020.

Korczynski mengaku melakukan satu pertuduhan seksual terhadap gadis itu ketika dia berada dibawah jagaannya.

Dilaporkan bekas guru itu dipenjara 19 bulan, namun hukuman itu digantung sepenuhnya.

Dia bagaimanapun diminta untuk meletakkan namanya dalam daftar pesalah seks selama 15 tahun dan tidak lagi dibenarkan mengajar. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 13-8-2022 03:57 PM
Means time bercinta bdk tu umur 17thn and die 30thn?
Quote sekngucing 13-8-2022 06:05 PM
kuat sex
sex   main

main sex
Quote sekngucing 13-8-2022 06:20 PM
main..main...main main main

dgn laki lain..laki lain lain
Quote DeLuna85 13-8-2022 06:25 PM
Suka sama suka. Tapi Bahaya la ada cikgu macam ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.051568 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top