CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Tahfiz Ditutup Sementara, Guru Dibelasah Balik Kampung

13-8-2022 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1890| Komen: 6

Description: Polis menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan dalam kes serangan serta memukul tenaga pengajar dan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini, pada Sabtu.
Polis menahan tiga lagi individu bagi membantu siasatan dalam kes serangan serta memukul tenaga pengajar dan pelajar di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras di sini, pada Sabtu.


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, seorang lelaki ditahan dalam serbuan pertama di sebuah rumah di Kuala Nerus kira-kira jam 1 pagi dan kira-kira sejam kemudian, seorang suspek ditahan di tepi Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu manakala suspek ketiga ditahan di sebuah rumah di Felda Lepar Utara 1, Jerantut kira-kira jam 8 pagi.



“Tangkapan dibuat berdasarkan maklumat diterima daripada dua suspek yang ditahan sebelum ini mengenai tiga suspek yang masih bebas," katanya dalam sidang akhbar di IPD Lipis, pada Sabtu.


Tambah Azli, ketiga-tiga suspek ditahan untuk proses dokumentasi bagi mendapatkan perintah reman.

“Ujian saringan awal ke atas ketiga-tiga suspek masing-masing berusia 30an itu mendapati positif dadah jenis heroin," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan.

Tambah beliau, ketiga-tiga suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957 atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan selain dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau.


Dalam pada itu, Azli berkata, setakat ini beliau difahamkan pusat tahfiz berkenaan ditutup buat sementara waktu dan guru yang cedera telah pulang ke kampungnya di Negeri Sembilan.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan hendaklah mendapatkan maklumat sahih daripada pihak polis berkaitan perkara yang tular di laman sosial mengenai kes ini.

“Polis juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dan perlu mendapatkan rujukan serta nasihat daripada polis sebelum membuat tindakan terutama melibatkan pelajar tahfiz di bawah umur yang dilindungi di bawah akta kanak-kanak dan sebagainya,” kata beliau.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 13-8-2022 08:34 PM
Dah jadi sop jawapan pulis...' orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi..bla bla bla..'
Quote hayrin86 14-8-2022 08:49 AM
Mudah-mudahan pelaku-pelaku kes jenayah ini kalau warga tempatan terpaksa menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia dalam penjara seumur hidup..
Quote mejaputih 14-8-2022 09:04 AM
Taik dadah patut ditembak mati je.
Quote silencekiller 14-8-2022 10:53 AM
elok tutup teruih jaa pusat2 tahfiz lagu niii... takkan bawa sebarang kemajuan untuk ummah Isle pun..

patot dah ke hadapan dgn amek model sekolah2 tahfiz kaa pesantren moden ka apa kaa... pernah p di satu pesantren indon... anak2 murid bukan sahaja diajaq dok goyang2 badan kaa kepala kaa hafal al -quran... diajaq benda2 lain lagi seperti foreign language ka bertani kaa meniaga... siap ada kilang beras sundri lagi.... ugama ada ilmu duniawi pun ada...
Quote KamikuP 15-8-2022 09:10 AM
Temabk bagi mati jer penagih dadah dan meth ni
Quote Kurex 15-8-2022 10:15 AM
Belakang badan macam sedap, sekali pusing depan, terus tak nampak sedap + taik dada

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.302348 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top