CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jadi Bebal Kerana Angau Bercinta, Remaja Rela Suntik Diri Dengan Darah HIV Kekasih

13-8-2022 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1747| Komen: 10

Description: Kerana cinta buta, remaja perempuan dari Sualkachi, Assam, India, saggup menyuntik dirinya dengan darah diambil daripada teman lelakinya yang positif HIV.
Kerana cinta buta, remaja perempuan dari Sualkachi, Assam, India, saggup menyuntik dirinya dengan darah diambil daripada teman lelakinya yang positif HIV.

India Today melaporkan, remaja perempuan itu sangat mencintai teman lelakinya hingga sanggup mempertaruhkan nyawanya.


Foto: India Today

Dia yang kini berusia 15 tahun berkenalan pada mulanya dengan lelaki berkenaan menerusi Facebook.

Teman lelakinya itu berasal dari Satdola di Hajo dan dikatakan positif HIV dan kini, mereka sudah menjalin hubungan cinta selama tiga tahun.


Menurut remaja perempuan itu, mereka berdua tidak dapat dipisahkan.

Dia juga mendakwa melarikan diri dengan teman lelakinya, malah tahu status kesihatan pasangannya yang positif HIV.

Remaja perempuan itu mendakwa mengambil darah teman lelakinya melalui picagari dan menyuntiknya ke dalam badannya.

Sementara itu, polis Hajo menahan remaja lelaki dan perempuan itu dengan meletakkan mereka di bawah pemerhatian perubatan.

Lelaki itu mendakwa menggesa teman wanita itu supaya tidak menyuntik darahnya, tetapi nasihat berkenaan diabaikan.

"Saya tidak peduli apa yang berlaku kepada saya.

"Saya cuma mahu dia dibebaskan secepat mungkin," kata remaja perempuan itu pula.

Difahamkan, remaja perempuan itu menjalani ujian sebanyak dua kali.

Dia mendakwa tidak pergi untuk mengambil laporan ujian pertama, dan mendapat keputusan negatif untuk kali kedua.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 14-8-2022 02:31 PM
Kesian bongok
Quote Decaffeinated 14-8-2022 03:30 PM
Dia mendakwa tidak pergi untuk mengambil laporan ujian pertama, dan mendapat keputusan negatif untuk kali kedua.


Propa ka dek... kenapa tak suntik air nikmat je? Ka itu dah biasa sangat.

Quote green~tea 14-8-2022 03:32 PM
Decaffeinated replied at 14-8-2022 03:30 PM
Propa ka dek... kenapa tak suntik air nikmat je? Ka itu dah biasa sangat.

Dia takmo pecah lobs dah takde dara kot... sbb bawah umur
Quote Orenn1 14-8-2022 03:32 PM
mcm cantik jah budaknya
Quote Suchi 14-8-2022 03:59 PM
Baru 15 tahun, mamat tu umur berapa lak?jauh lebih Tua drpd dia ke?
Budak perempuan kalau cinta mati sangat kat lelaki ni biasanya sbb dia kurang kasih sayang dan perhatian drpd bapa dia.
Kalau bapa dia bg kasih sayang yg melimpah ruah hati dia pun tak sempat nak rasa kosong ke apa.
Lagi suka berkepit ngn ayah dia berbanding kuar ngn lelaki lain.
Quote manehnya 14-8-2022 04:08 PM
Bodonya... nak sapa mkn taik n8
Quote batmana 14-8-2022 04:08 PM
sebab tu org pmpn kawin kene ada wali

psl jatuh cinta ni kdg2 buat sstgh pmpn xle pkir waras

oleh tu jgnla marah pmpn2 yg dpt somi penagih bagai, dah walinya setuju tu watpe?ptut marahkn wali pmpn tu..
Quote LautBiru52 14-8-2022 05:07 PM
U jump i jump kekdah. Cerdik betul
Quote liyamariska 14-8-2022 09:17 PM
betullah pepatah bahawa cinta itu buta...
Quote ashilalat 17-8-2022 09:04 PM
Bodohnya x bertepi kau ni dekkkk

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.048759 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top