CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penumpang Didenda RM8,354 Kerana Gagal Isytihar Sarapan McD Dalam Bagasi

5-8-2022 06:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1501| Komen: 6

Description: Seorang penumpang yang mengembara dari Bali ke Australia, didenda sebanyak AS$1,874 (RM8,354) selepas gagal mengisytiharkan hidangan sarapan McDonald’s yang dibawa bersama.
Seorang penumpang yang mengembara dari Bali ke Australia, didenda sebanyak AS$1,874 (RM8,354) selepas gagal mengisytiharkan hidangan sarapan McDonald’s yang dibawa bersama.


Lapor CNN, denda itu dikenakan selepas dua McMuffin telur dan sosej daging serta croissant ham ditemukan dalam bagasi penumpang tersebut, ketika tiba di Lapangan Terbang Darwin, wilayah Utara Australia.


Hidangan sarapan McDonald's yang dirampas daripada pelancong yang tiba dari Indonesia di Lapangan Terbang Darwin, Australia. - AFP  

Insiden itu berlaku beberapa hari selepas pihak berkuasa Australia melaksanakan peraturan biosekuriti baharu berikutan wabak penyakit kaki dan mulut (FMD) di Indonesia merebak ke Bali.


Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia, Murray Watt berkata, beberapa `barangan risiko’ yang tidak diisytiharkan termasuk makanan segera dikesan dalam beg galas penumpang oleh anjing pengesan biosekuriti bernama Zinta.

“Makanan ini akan menjadi hidangan McDonald’s paling mahal yang pernah dimiliki penumpang ini. 

“Denda dikenakan adalah dua kali ganda daripada kos tambang penerbangan ke Bali.

“Namun, saya tidak bersimpati terhadap individu enggan mematuhi peraturan biosekuriti ketat Australia. Pengesanan baru-baru ini menunjukkan anda akan ditahan jika berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, penumpang itu diberikan `notis pelanggaran 12 unit’ kerana gagal mengisytiharkan barangan berpotensi mempunyai risiko biosekuriti tinggi serta mengemukakan dokumen palsu dan mengelirukan.

Menurut Watt, produk daging yang dirampas itu akan diuji untuk FMD sebelum dimusnahkan.

“Australia bebas FMD dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya.

Bulan lalu, Kementerian Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia menerusi kenyataan menyatakan pengembara yang tiba dari Indonesia akan berada di bawah kawalan biosekuriti lebih ketat berikutan kemunculan FMD di Indonesia.   


Sumber: Utusan
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-8-2022 06:17 PM
Aussie dari dulu lagi dah buat larangan bawak makanan dari sumber daging dan tumbuhan tak kan tak tahu.  Dalam kad declare pun ada disebut.  Patut dia tinggalkan je McD nya tu dalam flight mintak pramugari tolong buangkan kalau tak habis nak makan.  Macam ler kat Aussie tak ada jual burger.
Quote ladybugz 6-8-2022 04:40 PM
x hengin pun nk ke aus ni. takde pun dlm bucket list. org pun kasaq2 kat airport. mcm la negara dia tu helok sgt. very not SEA friendly.
Quote Levespa 7-8-2022 11:26 PM
Australia mmg la..
Quote BartholomewKuma 7-8-2022 11:51 PM
Edited by BartholomewKuma at 7-8-2022 11:52 PM

Wei mangkaq, tred dah ada berzaman dah weiiii. Pak hang tak ajaq reti malu ka pa ka memang xdak rasa malu ka dlm kepala hang? Hat hang ingt duit duit duit duit pasai dapat reply dan view ja na? Sapa pak hang? Sapa mak hang hat bawak keluaq hang kedunia ni weih? Sian kot depa. Ka memang mak pak hang jenih tak ajaq hang dari kecik rasa malu rasa hormat kot kija hat org len buat selamba hang balun? Pak hang tak ajaq ka? Mak hang tak besa dok cerita kat hang ka? Ka pasai hang anak yatim? Mak pak mati awai? Tak dak sapa dok bela hang ajaq adab?

Cc @admin1 @admin2 @admin3 @admin4 @admin5 @admin6 @admin7
Quote supernaturalee 8-8-2022 09:06 AM
Menteri Pertanian, Perikanan dan Perhutanan Australia, Murray Watt berkata, beberapa `barangan risiko’ yang tidak diisytiharkan termasuk makanan segera dikesan dalam beg galas penumpang oleh anjing pengesan biosekuriti bernama Zinta.



preity zinta tersenyum sinis



ok tu je nk komen
Quote venom1 8-8-2022 09:35 AM
kalau aku sental habis2 breakfast mcd tu biar kenyang sepanjang perjalanan hehe

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.047636 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top