CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dialah Sahabat Paling Rapat,"-Sharol Shiro Tak Terus 'Bogelkan'Isu Dengan Ajak

4-8-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4147| Komen: 22

Description: Gara-gara berbalas komen dengan penypai radio Suria FM, Ajak sebelum ini, pelawak Shahrol Shiro terus dihujani dengan pertanyaan peminat berkenaan isu yang berlaku di antara dua sahabat itu.
Gara-gara berbalas komen dengan penypai radio Suria FM, Ajak sebelum ini, pelawak Shahrol Shiro terus dihujani dengan pertanyaan peminat berkenaan isu yang berlaku di antara dua sahabat itu.


Enggan memanjangkan isu tersebut dengan lebih banyak pertanyaan, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 37, menggelar Ajak sebagai sahabat paling rapat dan disayanginya.

"Dia sahabat saya. Biarlah dia hendak cakap apa.

"Dialah sahabat yang saya sayang dan baik dengan saya. Sebarkanlah perkara positif dan bukan negatif," katanya.

Foto: via mStar

Shahrol berkata demikian dalam satu sesi live di laman sosial miliknya pada Rabu ketika mempromosikan sebuah festival di Johor Bahru.

Sementara itu, Shahrol turut menjelaskan tindakannya memadam semua komen-komen di laman sosial sebelum ini berhubung isu itu.

"Kenapa nak 'bogelkan'. Katanya mahu harmoni," jelasnya.

Sebelum ini, Shahrol menerusi satu hantaran di Instagram mendakwa pihak pengurusan stesen radio Suria FM bersikap tidak profesional susulan tindakan bekas penyampai, Fizi Ali membuat keputusan beralih angin ke Hot FM.

Perkongsian tersebut turut mendapat maklum balas Ajak yang menyifatkan ia berat sebelah.

Menjawab di ruangan komen, Ajak turut mendedahkan dia pernah menangguhkan tawaran sebagai penyampai radio Suria FM kerana memikirkan persahabatan bersama Shahrol.

Ketika itu kata Ajak dia turut meminta pihak pengurusan stesen itu tidak meneruskan tindakan saman terhadap Shahrol kerana isu dalaman.

Komen balas antara Ajak dan Shahrol turut menimbulkan persoalan ramai tentang hubungan mereka memandangkan kedua-duanya pernah bergabung sebelum ini dalam kumpulan Shiro.

Dalam masa sama kata 'sahabat' turut menjadi perhatian ramai apabila kedua-dua mereka menggunakan panggilan tersebut apabila menjawab komen di Instagram. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 4-8-2022 03:42 PM
video ajak tu ada betulnya..si Sahrul ni berpolitik tapi sibuk hal artis2 lain..ada je benda nak dikomen nya...
Quote reporter_kalut 4-8-2022 03:44 PM
Ada timenye sahabat pun boleh bertukar jd musibat..
Quote jijilaaa 4-8-2022 03:46 PM
lah dah kena tembak kau tnya pulak kenapa nak bogelkan...abis masa kes fizi, bukan kau ke yang start panaskan api? org lain cuma beri respond pada kenyataan kau je. mmg kalau nak jadi politician kena pandai putaq belit meh?
Quote Minami2013 4-8-2022 03:50 PM
Elok la tk panjangkan.. tp i sokong ajak. Sharol ni karakter lawak pun copy ala2 jep.  
Quote prince_marhaen 4-8-2022 04:19 PM
diamlahhh sharolll! dah la tak lawak, annoying pulak tu...sembang acah-acah hebat, acah macho, walhal mulut lagi lahar drpd pondan lorong...semua benda nak sibuk macam kau boleh selesaikan masalah..feeling2 wakil rakyat...padahal kau tu nasi impit polotician je pun... baruaaaaa!
Quote hyie 4-8-2022 04:37 PM
dia buat serang balas lah tu, namun dalam bentuk acah positif. As if si ajak tu bebudak hingusan lagi agaknya
Quote edoraixora 4-8-2022 04:40 PM
tiberrrrrr....ekau yg bagi panas dulu, bila org respon dah nak acah2 baik pulak
mmg elok katuk kepala kau dulu dari ulor melingkau
Quote Acikgomen 4-8-2022 04:45 PM
prince_marhaen replied at 4-8-2022 04:19 PM
diamlahhh sharolll! dah la tak lawak, annoying pulak tu...sembang acah-acah hebat, acah macho, walha ...

Sabar nyahhhhh
Quote imanjannah 4-8-2022 04:46 PM
haaa tahu takutt
Quote mawarkhayalan99 4-8-2022 04:52 PM
annoyinkkkk la mamat ni
Quote prince_marhaen 4-8-2022 04:55 PM

hhahahaha meols memang rengsek tengok muka dia... try hard sangat nak jadik comedian, pastu acah2 politician semua dia rasa betul..
Quote awenda507 4-8-2022 05:06 PM
Lain kali jgn sebok hal org sharol
Quote silampumeja 4-8-2022 05:09 PM
Akibat nk tnjuk hebat segala hal.. semua nk buat statement
Quote silampumeja 4-8-2022 05:14 PM
Minami2013 replied at 4-8-2022 07:50 AM
Elok la tk panjangkan.. tp i sokong ajak. Sharol ni karakter lawak pun copy ala2 jep.

Si ayiematpiah tu pon the next shahrol agaknya... Buat lawak contents entah apa2 ... Tnggal gelak mcm jep je... Tu pun makin lama makin bezalaa... Sharol ni ternyata poyo
Quote MatDeghem 4-8-2022 05:20 PM
Dah terkena terang2...Tak bleh lawan. Play victim.
Ajak dah kata dia geli dgn perkataan sahabat oleh shirol.

Sahabat paling rapat? Org mintak number ajak pun si shirol takmo bagi. Harap masuk Kubur lepas ini...munafik besar.

Quote anilanil 4-8-2022 05:28 PM
Damage control la...
Quote BoLapciOus 4-8-2022 05:33 PM
xsuka si sharol tu la..helok la ajak da dedahkan semua.. msti ajak da xtahan sabar ngan sharol yg hipokrit tuu
Quote sonatalady 4-8-2022 05:46 PM
ajak bole lah kome isu ni sebab staff suria.kau org lain sibuk masuk campur..sapa x marah.dh kau mulakam dulu..tiber kau jadi victim yer....
Quote asfaz 4-8-2022 05:53 PM
Hahaha memang la sb yg kena bogelkan tu kau. Kalau org lain mesti kau merentan jugak kan. Kau tak berani la balas sb benda tu betul. Risau lagi banyak yg terlondeh . Sesilap ramai pulak yg kedepan ckp pasal kau.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.091172 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top