CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faizal Ismail Jalani Temu Duga Tauliah Mengajar, Senang Nak bagi Ceramah Di Masjid Dan Surau

4-8-2022 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2017| Komen: 10

Description: "Ketika menyemak senarai nama temu duga tauliah, tertera nama Mohd Faizal Bin Ismail. Adakah penama ini bekas penyampai radio yang dikenali sebagai FBI? Maka benarlah apa yang difikirkan.
"Ketika menyemak senarai nama temu duga tauliah, tertera nama Mohd Faizal Bin Ismail. Adakah penama ini bekas penyampai radio yang dikenali sebagai FBI? Maka benarlah apa yang difikirkan.  


"Hari ini (kelmarin) beliau hadir untuk sesi temu duga bagi permohonan Tauliah Mengajar." 

Itu perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizal Ramli yang memuat naik hantaran gambarnya bersama pengacara terkenal dan bekas penyampai radio Faizal Ismail, kelmarin. 

Difahamkan Faizal, 46, hadir bagi menjalani sesi temu duga Tauliah Mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Bahagian Pengurusan Dakwah. 


Foto: FB


Faizal ketika dihubungi berkata, temu duga itu adalah peringkat kedua selepas lulus ujian penilaian peringkat pertama secara berkomputer. 
 
"Itu sesi temu duga tauliah Jais. Saya belum dapat lagi jadi taklah berani nak cakap apa-apa. Cuma sahabat saya Ustaz Yusri yang mencadangkan saya ambil sebab pihak surau dan masjid banyak menjemput saya menjadi penceramah. Jadi, kalau ada tauliah akan memudahkan urusan mereka dan saya juga. 

"Permohonan tauliah ini untuk kategori Ceramah Umum. Lagipun memang sebelum ini saya banyak terbabit dalam bentuk forum dan perkongsian," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Faizal, tauliah itu memudahkan pihak yang ingin menjemput dirinya agar tidak timbul masalah. 

"Tauliah ini memudahkan pihak yang ingin menjemput supaya tak ada masalah yang timbul seperti penyebaran fahaman yang tak selaras dengan ajaran Islam.  

"Apa yang mendorong saya untuk memohon Tauliah Mengajar ini adalah saya berazam untuk berdakwah melalui penghijrahan supaya lebih ramai umat Islam berubah kepada kebaikan seterusnya mempunyai hubungan yang kuat dengan Pencipta (Allah SWT)," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cokoro 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok
Quote SalenaGomez 4-8-2022 01:38 PM
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok

Ada tauliahh…bini dia kasi
Quote kookiechip 4-8-2022 01:42 PM
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok

Harap dia apply lah
Tak malu ke bila ke hulu hilir guna title ustaz?
Btw, bila dia nk convo?
Quote reporter_kalut 4-8-2022 01:56 PM
Bagus le.. Jgn dah dpt tauliah nanti jd penongggganggg dah le..
Quote Lavender_Violet 4-8-2022 02:06 PM
Betul2 dah berhijrah eh FBI nih
Tapi apa dia buat sekrg utk sara hidup dia sefamily?
Quote mamajawie 4-8-2022 02:30 PM
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok

alhamdulillah..ni baru betul2 tak menipu jadi penonggeng agama..tak macam setad shoplot tu..

Quote I.K.A888990 4-8-2022 02:33 PM
alhamdulillah
Quote jihyomelly 4-8-2022 02:35 PM
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok

baru nak cakap benda ni..tq tlg tanya bagi pihak acik porem yg tunggu ntah bila la bini jah tu nak dpt tauliah..nak convo pun ntah bila
Quote Orix 4-8-2022 02:37 PM
kepammmmmmmmmmmmm
Quote MyLadyMarmalade 4-8-2022 02:38 PM
Calling for pubird/puriz/pensyarah kolej shoplot/uztazboss

Bila nak apply tauliah? Sebab anda tersangatlah palatau without tauliah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.066146 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top