CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

19 Tahun Kahwin, Aaron Aziz Puji Isteri Tak Pernah Tinggi Suara Atau Cakap Kesat

4-8-2022 12:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2987| Komen: 14

Description: Datuk Aaron Aziz menitipkan satu ucapan istimewa untuk isteri tercinta Datin Diyana Halik menerusi Instagram hari ini.
Datuk Aaron Aziz menitipkan satu ucapan istimewa untuk isteri tercinta Datin Diyana Halik menerusi Instagram hari ini.

Menjengah ke Instagram Aaron Aziz, bintang filem KL Gangster ini memuat naik video gambar bersama isterinya sebagai tanda meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19.

Foto: IG

Menerusi coretan yang ditulis Aaron, aktor berbakat besar ini meluahkan rasa syukur kerana dijodohkan dengan Diyana dan menyifatkan ratu hatinya itu seorang yang penyayang dan lemah lembut.

Malah menurut Aaron lagi, isterinya tidak pernah meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata kesat selama 19 tahun hidup berumah tangga.



“TabarakALLAH. Alhamdulillah segala puji bagi MU ya ALLAH jodoh kan saya hamba mu yang bersama @diyanahalik.

“Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata-kata kesat. Thank you Dar for loving me," tulisnya.

Melihat muat naik Aaron, ramai peminatnya menitipkan ucapan tahniah dan doa diruangan komen bagi meraikan sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama Diyana.


“Selamat ulang tahun perkahwinan abang Aaron dan kak D. Semoga Allah rahmati perkahwinan anda sehingga Jannah @aarondwiaziz @diyanahalik”

“Selamat ulang tahun perkahwinan abang dan kak D @diyanahalik semoga bahagia ke akhir hayat dengan izin Allah. Amin ya Mujib”
 
“Selamat ulang tahun perkahwinan jiran saya, semoga bahagia hingga ke Firdausi"



“Masha Allah ni baru isteri dari syurga kan. Selamat ulang tahun perkahwinan Aaron dan Diyana. Semoga bahagia hingga Jannah”

“Selamat ulang tahun perkahwinan!!!”

“Alhamdulillah… Moga menjadi isteri yang soleha” -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 4-8-2022 12:19 PM
Baik lah.. Berita diterima
Quote stingergrumpy 4-8-2022 12:59 PM
Herlok anak anaknya ...very the hainanese chinese look...
Quote Mulotkoyak 4-8-2022 01:55 PM
Tp rasenya mmg bini dia ni xbyk bunyi sgt kan... Mcm isteri atau suami retis lain. Ntah la. Ak xfollow sgt retis malaysia ni.
Quote stingergrumpy 4-8-2022 01:58 PM
Mulotkoyak replied at 4-8-2022 01:55 PM
Tp rasenya mmg bini dia ni xbyk bunyi sgt kan... Mcm isteri atau suami retis lain. Ntah la. Ak xfoll ...

Tahu sedar diri hidup diperantauan mencari rezeki...menyokong suami....

Tang ini aku harus puji dirinya.......

Quote black_handbag 4-8-2022 01:58 PM
anak dia sopan je bertudung. tak mcm anak azhar suleman tu terkinja2. baidewei abg aron ade job tak skrg ni? mcm jarang dah nampak dia belakon. abg aron buat job apa skrg
Quote nakkomenjugak 4-8-2022 05:38 PM
Heol dah kawen laaa time PCK tu ehhh?
Moga berkekalan esbok aziz dan minik hingga ke akhirnya
Quote Madel 4-8-2022 05:42 PM
Dah mmg jenis tak banyak bunyi, bersyukur je la
sat lgi dpt yg bunyi mcm Anjuling ke diva AA ke..nko juga yg pening kepala nnti
Quote Qatrunnadaain 4-8-2022 06:22 PM
Kenapa nama ig dia ada dwi?
Quote hyie 4-8-2022 06:34 PM
Qatrunnadaain replied at 4-8-2022 06:22 PM
Kenapa nama ig dia ada dwi?

tu gabungan nama anak dia, Dwi Ariana tak silap namanya, yang bongsu.
Quote mendeluk 4-8-2022 07:04 PM
Pernah baca dulu, aaron pernah marah wife dia sbb bawak masuk reporters utk interview masuk rumah tanpa permission dia. Nampak la wife dia mcm takut aaron hihi
Quote kroja 4-8-2022 07:21 PM
Elok lah tu. Untung dapat bini yang macam ni
Quote I.K.A888990 4-8-2022 08:53 PM
jaga la bini hang
tp anak2 dia comey2 belaka
Quote annadonna 4-8-2022 09:03 PM
Iye keeeee hehehehe... Semoga berbahagia anywayyysszzzz
Quote reporter_kalut 5-8-2022 11:56 AM
Baca boleh... Caya nan hadoooo...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056916 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top