View: 1285|Reply: 10
|
Faizal Ismail Jalani Temu Duga Tauliah Mengajar, Senang Nak bagi Ceramah Di Masjid Dan Surau
[Copy link]
|
|
"Ketika menyemak senarai nama temu duga tauliah, tertera nama Mohd Faizal Bin Ismail. Adakah penama ini bekas penyampai radio yang dikenali sebagai FBI? Maka benarlah apa yang difikirkan.
"Hari ini (kelmarin) beliau hadir untuk sesi temu duga bagi permohonan Tauliah Mengajar."
Itu perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Rizal Ramli yang memuat naik hantaran gambarnya bersama pengacara terkenal dan bekas penyampai radio Faizal Ismail, kelmarin.
Difahamkan Faizal, 46, hadir bagi menjalani sesi temu duga Tauliah Mengajar dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Bahagian Pengurusan Dakwah.
Foto: FB
Faizal ketika dihubungi berkata, temu duga itu adalah peringkat kedua selepas lulus ujian penilaian peringkat pertama secara berkomputer.
"Itu sesi temu duga tauliah Jais. Saya belum dapat lagi jadi taklah berani nak cakap apa-apa. Cuma sahabat saya Ustaz Yusri yang mencadangkan saya ambil sebab pihak surau dan masjid banyak menjemput saya menjadi penceramah. Jadi, kalau ada tauliah akan memudahkan urusan mereka dan saya juga.
"ermohonan tauliah ini untuk kategori Ceramah Umum. Lagipun memang sebelum ini saya banyak terbabit dalam bentuk forum dan perkongsian," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Faizal, tauliah itu memudahkan pihak yang ingin menjemput dirinya agar tidak timbul masalah.
"Tauliah ini memudahkan pihak yang ingin menjemput supaya tak ada masalah yang timbul seperti penyebaran fahaman yang tak selaras dengan ajaran Islam.
"Apa yang mendorong saya untuk memohon Tauliah Mengajar ini adalah saya berazam untuk berdakwah melalui penghijrahan supaya lebih ramai umat Islam berubah kepada kebaikan seterusnya mempunyai hubungan yang kuat dengan Pencipta (Allah SWT)," katanya. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok
Ada tauliahh…bini dia kasi |
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok
Harap dia apply lah
Tak malu ke bila ke hulu hilir guna title ustaz?
Btw, bila dia nk convo? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus le.. Jgn dah dpt tauliah nanti jd penongggganggg dah le.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul2 dah berhijrah eh FBI nih
Tapi apa dia buat sekrg utk sara hidup dia sefamily? |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah..ni baru betul2 tak menipu jadi penonggeng agama..tak macam setad shoplot tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Cokoro replied at 4-8-2022 01:36 PM
Ohhh baguslah. Pu riz ada dpt tauliah ke idok
baru nak cakap benda ni..tq tlg tanya bagi pihak acik porem yg tunggu ntah bila la bini jah tu nak dpt tauliah..nak convo pun ntah bila |
|
|
|
|
|
|
| |
|