CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ni Mesti Polis Trafik Buat Part Time Dengan Grabfood' - Rider Grab Dipuji Bantu Ambulans

30-7-2022 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1922| Komen: 4

Description: Video tular menunjukkan rider GrabFood membantu melancarkan trafik bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans menerima pujian ramai.
Video tular menunjukkan rider GrabFood membantu melancarkan trafik bagi memberi laluan kepada sebuah ambulans menerima pujian ramai.

Video dikongsi seorang pemandu ambulans itu dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Jumaat.



Dalam rakaman berkenaan, pemandu GrabFood itu menunggang sebuah motosikal di sebuah lebuh raya sambil menggunakan sebelah tangannya untuk mengawal lalu lintas.

Dia dilihat menyalakan lampu kecemasan motosikal miliknya sambil mengarahkan pengguna jalan raya agar ke tepi untuk memberi laluan kepada ambulans berkenaan.



Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap lelaki itu yang disifatkan sebagai hero masyarakat, sekali gus dapat memudahkan urusan pihak hospital dalam menyelamatkan nyawa pesakit.

Dalam pada itu, ramai yang turut meluahkan rasa kagum dengan kemahiran lelaki itu mengawal lalu lintas.

Malah, segelintir netizen mendakwa lelaki itu merupakan seorang anggota Trafik yang bekerja secara sambilan sebagai rider GrabFood pada hari cuti.



"Brother ni Trafik cawangan Kuala Lumpur, selalu lepak dengan dia. Dia cakap buat Grab time cuti je. Terbaik bro.

"Tapi gaya macam anggota polis Trafik, maybe dia part time Grab.

"Tengok cara bawa motor dengan lenggok dia pun dah tahu tu anggota.

"Abang ni Trafik dekat Kuala Lumpur. Selalu dia buat macam ni kalau ada ambulans. Dia bawa Grab kalau cuti," tulis beberapa netizen.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 30-7-2022 10:33 PM
Harom bekerja pada hari Sabtu lah!
Quote shahreen 31-7-2022 10:09 PM
Hebak abam grab pulis [em:16:]
Quote KamikuP 1-8-2022 10:31 AM
Tekejut tengok vellfirew putih tutiba2 masuk nasib baik tak tergesel
Quote supernaturalee 1-8-2022 11:15 AM
bahaya lah
tergesel jatuh dh x psl2


baik berpada2 kata org tua

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045482 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top