CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Norsila Hilang Disambar Buaya Ketika Memancing

30-7-2022 09:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6037| Komen: 48

Description: Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, hari ini.Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa Norsila Sayong, 32, dilapork ...
Seorang wanita dilaporkan hilang selepas disambar buaya dalam satu kejadian di Kampung Tanjung Bulat, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, mangsa Norsila Sayong, 32, dilaporkan memancing di tebing air sebelum tiba-tiba disambar reptilia berkenaan.


ANGGOTA bomba menjalankan pencarian. FOTO BOMBA. (Gambar kecil) Norsila (FOTO Ihsan Pembaca)

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu pada jam 3.42 petang.

Menurutnya, sejurus itu lima anggota bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).


"Sebelum kejadian, mangsa sedang memancing di tebing anak sungai yang bersambung dengan Sungai Kinabatangan.

"Lokasi itu memang menjadi lokasi memancing penduduk ketika air sungai pasang.

"Tiba-tiba mangsa dilaporkan disambar lalu dibawa ke dalam dan hilang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azlan berkata, SAR kemudiannya dijalankan dan sebarang perkembangan semasa akan dimaklumkan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 30-7-2022 10:00 PM
Kalau tengok nama, rasanya Norsila ni Orang Sungai. Sama macam Bung.

Btw,

takziah.

Shit happens.
Quote tumpanglalu74 30-7-2022 10:01 PM
dua_chzy replied at 30-7-2022 10:00 PM
Kalau tengok nama, rasanya Norsila ni Orang Sungai. Sama macam Bung.

Btw,

Putih gebu orangnye..  Tak dapat kat boye darat, dapat kat boye sungai.
Quote dua_chzy 30-7-2022 10:02 PM
Sungai kaler gitu idok la akak nak pi memancing nak. Keruh gila hapa pun tak nampak. Buaya pun sengih2 ja tengok mangsa.
Quote sharlenetexas 30-7-2022 10:03 PM
Apa perasaan para pemimpin?


Quote kakikuDibibirmu 30-7-2022 10:27 PM
Kenabatangan tersenyum sinis

158.png
Quote tumpanglalu74 30-7-2022 10:31 PM
dua_chzy replied at 30-7-2022 10:02 PM
Sungai kaler gitu idok la akak nak pi memancing nak. Keruh gila hapa pun tak nampak. Buaya pun sengi ...

FB_IMG_1659189824063.jpg
Quote akies 30-7-2022 10:32 PM
Populasi buaya makin bertambah.
Dah banyak kes serangan buaya terhadap manusia.
Huhu
Quote Belibis 30-7-2022 10:42 PM
sharlenetexas replied at 30-7-2022 10:03 PM
Apa perasaan para pemimpin?

Bukan kat kelantan sis..kalau tak jenuh amar nak jawab.
Quote tikusmontok 31-7-2022 08:12 AM
Belibis replied at 30-7-2022 10:42 PM
Bukan kat kelantan sis..kalau tak jenuh amar nak jawab.

Kalau kat kelantan tak perlu akak ni mancing di sungai.
Quote MissVixen 31-7-2022 08:20 AM
Edited by MissVixen at 31-7-2022 09:25 AM

Ngerinya. Haritu dalam parit ladang sawit pun ada buaya. sabah dan sarawak tak boleh buru buaya secara besar besaran ke? Dah banyak sangat tu
Quote mejaputih 31-7-2022 08:55 AM
MissVixen replied at 31-7-2022 08:20 AM
Ngerinya. Haritu dalam parit ladang sawit pun ada buaya.  sarawak tak boleh buru buaya secara besa ...

Tp ni kat sabah bah..
Quote MissVixen 31-7-2022 09:24 AM
mejaputih replied at 31-7-2022 08:55 AM
Tp ni kat sabah bah..

Hahaha. Salah baca. Maaf
Quote jalfa 31-7-2022 09:37 AM
Sukarnya hidup.mancing  suka suka ke nak cari rezeki .patut boya kat sana kena tangkap buat kasut je jahat benau..termasuk manusia yg acah acah jd boya
Quote awanearisu 31-7-2022 10:33 AM
Edited by awanearisu at 31-7-2022 01:56 PM

Salam takziah kepada keluarga mangsa.
Kalau tidak silap ingatan kita, ini kes kedua wanita disambar buaya ketika menaiki sampan kan?

Kemaskini:
Kes yang sebelum ini, bulan 3 di Miri, Sarawak rupanya.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... =buaya&mobile=2
Quote kotakbaju 31-7-2022 10:39 AM
Team bomba yang dok cari tu ntah macam mana la perasaan masa naik bot tu. Takut kena serang boya jugak
Quote imanjannah 31-7-2022 10:52 AM
innalillahwainnalillahirojiun
Quote stroberi_80 31-7-2022 10:58 AM
Innalillaahi wainna ilaihi rojiun.
Quote Kerexxx 31-7-2022 12:24 PM
akies: Populasi buaya makin bertambah ...
kna bawak banyak2 badak air afrika ni utk kawal populasi buaya....
Quote edayildiz 31-7-2022 12:30 PM
seramnyaaa...mmg semua sungai ada boya ke..
dh tu nape rajin sgt p mancing..kalau mancing kt lauk xde boya kan..
kelab sukan ofis buat aktiviti memancing kt
port klang..ada boya tak situ
kalau ader herlok sambar jer boyaa darat yg kt ofis itu

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.070035 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top