CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pagi Tolong Mangsa Kemalangan, Petang Sendiri Maut Dalam Kemalangan

29-7-2022 06:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3470| Komen: 36

Description: Seorang lelaki yang membantu mangsa kemalangandi hadapan rumahnya pada sebelah pagi, menemui ajal apabila terlibat satu kemalangan lain di Kampung Kledang, pada pukul 6.28 petang, semalam.Ibu saudaran ...

Seorang lelaki yang membantu mangsa kemalangan di hadapan rumahnya pada sebelah pagi, menemui ajal apabila terlibat satu kemalangan lain di Kampung Kledang, pada pukul 6.28 petang, semalam.


Ibu saudaranya, Zulaika Ramli, 37, berkata, sekitar jam 11 pagi, dia dan Muhammad Hafiz Razali, 19, dalam perjalanan ke pasar tani sebelum tiba-tiba berlaku kemalangan motosikal berhampiran simpang masuk ke rumahnya di Kampung Banggol Lada.


“Kami membantu mangsa kemalangan itu hingga ke Hospital Daerah Baling, kemudian sebelah petangnya pula kami dikejutkan dengan panggilan menyatakan Hafiz terlibat kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Saya tak sangka, semalam adalah hari terakhir bersama arwah kerana kami amat rapat dan ke mana sahaja pergi, kami sentiasa bersama,” katanya ketika dihubungi.



Mangsa terbaring dan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan maut di Kampung Kledang, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik di Baling, semalam.


Menurutnya, sebelum kejadian malang itu menimpa, mereka ke pasar tani untuk membeli barangan selepas Muhammad Hafiz mahu menyediakan mi kuah sebagai jamuan tengah hari untuk saudara maranya.


Katanya, Muhammad Hafiz juga sempat menjamah menu tersebut sebelum bersiap-siap untuk keluar bekerja.


“Sebelum pergi, arwah bermain dengan adik bongsunya yang berusia dua bulan seolah-olah enggan melepaskannya, kemudian dia bersalam dengan ibunya, Salmi Jamil dan beria melambai-lambai tangan. Saya tak sangka semalam hari terakhir kami sekeluarga bersama-samanya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal jenis Honda Wave yang ditunggangi mangsa.


“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berusia 31 tahun datang dari arah Kulim menghala ke Baling.


“Apabila tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan kereta dan bertembung,” katanya.


Shamsudin berkata, akibat kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta dan empat penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.





Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat setelah mendapat keputusan ujian Covid-19.


Ketika kejadian, keadaan jalan adalah lurus dua hala manakala permukaan jalan raya basah akibat hujan lebat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 



Sumber: UTUSAN ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 29-7-2022 06:42 PM
salam takziah buat keluarga mangsa
Quote redz85 29-7-2022 06:46 PM
sedih nya..

mak dapat anak baru, anak yang lain lak meninggal
Quote alieyrina 29-7-2022 08:13 PM
Takziah. Sedihnyaa mesti baik budak ni
Quote edayildiz 29-7-2022 08:25 PM
sedihnyaa tbyg lambaian terakhir tu..
teringat my lect dulu..
hr last dia ngajar tu sedih sgtt..pdhl dia nk g umrah jer..tp masa pelukan terakhir mcm dia xnk lps..hati ni mcm sedih gila nk lpskn..selang 2 3 hari berita dia meninggal kt mekah..
Quote batmana 29-7-2022 08:28 PM
takziah, ank yg baik ni

Quote scorpionkiki 29-7-2022 08:30 PM
Budak baik ni. Dahla tolong orang kemalangan, siap juadah utk bg orang makan...kemudian sayang adik kecik pulak. Moga adik ni digolongkan dlm golongan yg beriman...
Quote asfaz 29-7-2022 08:39 PM
edayildiz replied at 29-7-2022 08:25 PM
sedihnyaa tbyg lambaian terakhir tu..
teringat my lect dulu..
hr last dia ngajar tu sedih sgtt..pdhl ...

Mak kawan ai pun macam tu,dia ada post kat fb masa htr mak dia. Lambai2. Pastu maknya sampai sana dlm lepas asar /zohor meninggal.
Quote Buritan 29-7-2022 08:47 PM
Aunty doakan dik masuk syurga dik.. hari jumahat dik.. syurga utkmu dik
Quote insulin 29-7-2022 08:50 PM
Takziah kepada ahli keluarga arwah.
Quote delia3003 29-7-2022 09:08 PM
Jenis budak baik ni, ke pasar tani dgn mak saudara, masak bagi orang makan.

Takziah buat keluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat
Quote Jennyrol 29-7-2022 09:20 PM
Innalillahhiwainnailaihirojiun takziah
Quote green~tea 29-7-2022 09:37 PM
Innalillah... takziah utk family arwah.. mesti dia sangat baik ni..
Quote Imkhai 29-7-2022 10:06 PM
Baik bdk ni klau kita nk ke hari2 keluar ngn makcik kehulu hilir ni seblm meninggal siap tolong org exsiden lg al fatihah utk mu dik moga syurga tmptmu disana nnt amin
Quote ~boolean 29-7-2022 10:13 PM
walaupun maut dalam kemalangan motor, yang ni maknya boleh klaim "anak saya baik"..
kita dengar pun kita doakan syurga untuk si arwah...

yang mak anak mati merempit tapi klaim 'anak saya baik' tu sila sedar diri yach..
Quote ultra78 29-7-2022 10:18 PM
semoga dipermudahkan..amin..
Quote Carcosa 29-7-2022 10:21 PM
Kenapa cerita arwah adik ni buat ramai org sebak
Quote Goodluckdontcry 29-7-2022 10:40 PM
Edited by Goodluckdontcry at 29-7-2022 10:44 PM

Innalillahiwainna ilaihirajiunn.. semoga Allah SWT mengampuni dosa2 mu Dan merahmatimu dik..

Lambaian terakhir..mmm den nak kongsi juga sikit kisah den..arwah mak den waktu akhir2 hayatnya..selalu bila akak den bertolak nk BLK rmh die, mak den Akan lambai2 Dan tgk sampai kereta menghilang..tp diakhir2 harinya..Lps akak den Naik kereta babai..mak den tgk sepintas lalu pastu menyapu lantai..xmcm biasa..den pun agak hairan..tp itulah kejadian yg Kita ni kdg xmampu nak tafsir..

Teori Org selalu kata, org yg nk meninggal, die sendiri TAHU masa sbnrnya cuma rahsia Tu mutlak miliknya.. kdg2 den pun berkeinginan nak tau BTL ke teori ni..tp klu den mengalami teori Tu Sekarang...errr takutla plak..dosa dhla Banyak..errr hehehe...Dan klu den pun DH KO innalillah..mcm mana den nak bercerita kat kome semua BTL ke x teori Tu..SBB den pergi xkembali dah...huhuhu patutla ajal ITU rahsia Allah SWT..

Semoga Kita semua dpt kematian yg Indah Dan baik..Amin yra..
Quote liyamariska 29-7-2022 10:59 PM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

cerita2 sebegini sentiasa mengingatkn bahawa mati itu pasti dn semoga Kita semua dpt kematian yg indah dn baik..  Amin... ( maaf goodluckdontcry pinjam ayat last...)

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.134349 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top