CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Parah Jatuh Dalam Lubang Benam Panas Ketika Berjalan Dengan Suami

30-7-2022 09:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2138| Komen: 6

Description: Wanita warga Australia cedera parah selepas terjatuh ke dalam lubang benam panas di New Zealand.kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa berjalan di laluan pejalan kaki baru-baru ini.Foto:RNZ / Leah ...
Wanita warga Australia cedera parah selepas terjatuh ke dalam lubang benam panas di New Zealand.

kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa berjalan di laluan pejalan kaki baru-baru ini.



Foto: RNZ / Leah Tebbutt

Dia yang datang dari Perth berjalan bersama suaminya ke Perkampungan Whakarewarewa di Rotorua di Pulau Utara New Zealand apabila tanah dipijaknya terbuka secara tiba-tiba.

Dia kemudian rebah dan mengalami kecederaan serius sebelum suaminya sempat menariknya keluar dari lubang tersebut.


Foto: RNZ / Leah Tebbutt

Mangsa dikejarkan ke sebuah hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Difahamkan, suaminya turut mengalami kecederaan, tetapi kurang serius.



Foto: Aukaha News

Menurut laporan, panjang lubang itu adalah dua meter, lebar satu meter dan sedalam sekurang-kurangnya satu meter.

Kampung yang menjadi tarikan popular sebagai satu-satunya kampung penduduk asli Maori di negara tersebut telah ditutup kepada orang ramai ekoran kejadian yang kini masih dalam siasatan polis. 


Foto: RNZ / Leah Tebbutt


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 30-7-2022 10:05 PM
Ngeri air panas menggelegak bawah tu.


Quote Supersirap 31-7-2022 08:38 AM
Semoga semuanya selamat
Quote che-cikL 31-7-2022 01:02 PM
Edited by che-cikL at 31-7-2022 01:04 PM

Mmg situ geyser blub blub gitu. Tak blh imagine, tgh enjoy tgk scenery, terjatuh pulak ... Eeeeiiu ngeri
Quote mawardia 31-7-2022 02:37 PM
Mohon jacinda turun padang dan pecat staff kat situ kerana cuai
Sian tourists
Quote pooh~key 31-7-2022 02:42 PM
Woi apakah sister? Hari tu keluar berita tengah syok2 mandi dalam swimming pool, tiba2 tanah jerlus sampai mati sorang kan dek? Ni tempat jalan kaki tiba2 jerlus pulak dek??? Trauma akak nak lari mana pun tatau lah sebab rasa macam mana2 kau pijak akan ada chance jerlus dekk!
Quote Nnoor2 31-7-2022 02:44 PM
Ya Allah ngerinya umpama direbus hidup2. Moga cepat sembuh

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.141837 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top