CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bila B40 Kemaruk Honda Sampai Sanggup Marah Banker, Lepas 2 Tahun Ini Jadinya...

10-7-2022 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10935| Komen: 128

Description: Segelintir masyarakat hari ini sanggup mengikat perut keluarga gara-gara mahu kelihatan mewah bergaya.
Segelintir masyarakat hari ini sanggup mengikat perut keluarga gara-gara mahu kelihatan mewah bergaya.

Umpama peribahasa ‘biar papa asal bergaya’, golongan yang mempunyai selera besar itu kebanyakannya terdiri daripada anak muda yang baru sahaja ditawarkan pekerjaan.


Malah, mereka dipercayai terikut-ikut dengan trend semasa yang gemar menggayakan kereta Honda sebagai lambang status.


Gambar hiasan

Perkara itu didedahkan seorang pegawai perbankan di media sosial selepas menerima banyak permohonan daripada kelompok generasi muda yang mempunyai pendapatan bulanan sekitar RM2,500.


Justeru, beliau berkongsi cerita tentang bekas pelanggannya yang mahu membeli kereta berjenama Honda model BRV yang dianggarkan sekitar RM87,000 walaupun pendapatan bulanan seisi rumah hanyalah RM5,400.

Malah katanya, pasangan suami isteri itu juga mempunyai komitmen bulanan yang tinggi termasuk kos bulanan rumah sewa serta tadika.

Menurut pemilik akaun Qis Amanda itu lagi, dia pernah menasihati pasangan terbabit supaya berfikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta yang dihajati.

Namun, katanya, dia dimarahi si suami kerana memberi pandangan selepas membuat perkiraan pendapatan dan kos yang ditanggung pasangan tersebut.

Menjelaskan situasi berkenaan, dia memberitahu, pandangan yang diberikan itu berikutan jumlah tanggungan bulanan seisi rumah adalah tinggi.

Tambahan pula, pasangan tersebut juga mahu membuat pembiayaan penuh bagi pinjaman kenderaan terkini yang dimohon.

Menerusi perkongsiannya itu, dia mengakui terkejut apabila pasangan berkenaan mahu 'reschedule' akaun kereta kerana tidak mampu membayar pembiayaan bulanan.

Bimbang perkara sama berlaku pada individu lain, dia meminta supaya aspek kewangan dititikberatkan terlebih dahulu berbanding keinginan mahupun kehendak.


Kredit TikTok Qieamanda

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen dan rata-ratanya menyatakan terkejut dengan isu yang diutarakannya.

Ada juga yang berkongsikan pengalaman tentang keadaan kewangan semasa dan menyarankan supaya generasi muda menggunakan jenama lokal bagi mengelakkan beban kewangan yang lama.

Dalam pada itu, sekumpulan netizen tampil memuji sikap Qis Amanda yang memberi nasihat kewangan kepada individu yang ingin membuat pinjaman pembiayaan.

Malah ada yang menyifatkannya sebagai pegawai bank 1 dalam 1,000.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeghanK 10-7-2022 11:09 PM
gaji 5.4k tu t20 ke..ke wartawan cari taktau range gaji kat malaysia ni
Quote musangbodoh 10-7-2022 11:18 PM
ko nk jd pegawai bank ke pegawai akpk
Quote matjerk 10-7-2022 11:46 PM
T20 ke B40 ni?

Aku pun ada budak ofis.. KERAni... kemaruk nak nak berHONDA.. BRV pun jadikla.. asal honda.. anak 5....
Quote clarizsa 11-7-2022 12:36 AM
i x layak buat apa2 loan , so beli keta 2nd je la mampu
Mmg serabut gak bila rosak tp lepas baiki elok2 hati pun senang dan x perlu bayar bulan2 hutang
Quote airmineral 11-7-2022 01:27 AM
aku exec kerani aku non exec
aku pakai saga dia pakai honda city
kihkihkih
Quote Jitu 11-7-2022 01:37 AM
oh honda lambang status
aku guna wira je
Quote che-cikL 11-7-2022 01:40 AM
LEMAH betul pengetahuan penCarisampah
Quote Adrif 11-7-2022 02:58 AM
kenderaan, pengangkutan tu sepatutnya hamba kita untuk bergerak, dari satu lokasi ke satu lokasi

tapi mengagungkan "status" dan mengejar likes di media sosial

manusia jadi hamba kereta
Quote Lagubestbest 11-7-2022 03:18 AM
Aksesori H memang memanggil-manggil. Maybe sejak zaman sekolah lagi dok usha spareparts H kat kedai2.
Quote Belibis 11-7-2022 07:02 AM
Alhamdulillah..honda aku dah abis bayar.


Honda ex5[em:14:]
Quote mclaren 11-7-2022 09:39 AM
So selama ni yang kita nampak pandu kereta2 import no tak semestinya mampu.
Biar papa asal bergaya motto nya.
Quote opie5662 11-7-2022 10:14 AM
MeghanK: gaji 5.4k tu t20 ke..ke wartaw ...


Alaaa... Wartawan cari tu nk cakap die T20 la tu sbb igaji isi rumah diorg mcm tu jgk lebih kurang.... Hahahahahaha.... Dpt la merasa jadi T20
Quote nazzse 11-7-2022 10:15 AM
Melayu lah tu.. apa yg dok bangga dgn H pun tak tahu. Dah la design buruk model2 baru ni
Quote ezacbee 11-7-2022 10:21 AM
Belibis replied at 11-7-2022 07:02 AM
Alhamdulillah..honda aku dah abis bayar.

Kawan aku pun pakai honda, bila dia ushar awek cakap ada H.

Bila kuar dating tengok H rupanya honda wave.

Cian kena rejek. Aku pakat gelak.
Quote Buritan 11-7-2022 10:31 AM
MeghanK replied at 10-7-2022 11:09 PM
gaji 5.4k tu t20 ke..ke wartawan cari taktau range gaji kat malaysia ni

Kang tulis b40 marah.. ujung ujung tulis ajolaaa  t20
Quote matbad 11-7-2022 10:47 AM
nazzse: Melayu lah tu.. apa yg dok ban ...

kan haha.. kereta baru beli pstu tgk beberapa bula  keluar design bru. ygbru guna tu dah jd lama. gilak H pnya model keluar tak brenti mcm ipong haha
Quote felinecat 11-7-2022 11:41 AM
MeghanK replied at 10-7-2022 11:09 PM
gaji 5.4k tu t20 ke..ke wartawan cari taktau range gaji kat malaysia ni

gaji gabung 5.4k, masak lah.kalau sorg 5.4 k tu tahan k Dr
Quote Mulotkoyak 11-7-2022 11:46 AM
MeghanK: gaji 5.4k tu t20 ke..ke wartaw ...
tau xpe.. Hahaha. Wartawan reput pun xingat skala gaji thp mne. Kesian.
Quote imransulaiman 11-7-2022 12:34 PM
Kenapa dengan full loan? Tak OK ke kalau kita layak?

Cerita tentang berlagak ni, aku nak beli henfon..dah 3 tahun tak tukar. Sebenarnya ok lagi henfon sekarang ni...tapi gatal hati nak beli baharu. Beli pun bukan nak berlagak. Samsung Galaxy S22 Ultra 12gb/512gb - ada sesiapa yang guna ni ke sekarang?

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.056287 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top