CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tangkap Tikus Dapat Duit, MPJ Bayar RM3 Untuk Seekor

14-7-2022 11:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 948| Komen: 6

Description: JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menawarkan ganjaran RM3 seekor kepada penduduk di daerah ini yang berjaya menangkap tikus sama ada hidup atau mati.
JASIN: Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menawarkan ganjaran RM3 seekor kepada penduduk di daerah ini yang berjaya menangkap tikus sama ada hidup atau mati.

Yang Dipertuanya, Datin Sapiah Haron berkata, ganjaran itu diberikan bagi menarik minat masyarakat untuk menjayakan Kempen Membasmi Tikus yang bermula esok sehingga 17 Ogos depan.

Menurutnya, orang ramai boleh menuntut ganjaran dengan membawa tikus yang ditangkap ke Pejabat MPJ setiap hari, kecuali Sabtu dan Ahad dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.


Gambar Hiasan

Beliau berkata, lokasi lain untuk penghantaran tikus boleh juga dibuat di Pasar Awam Merlimau, hanya pada 21 Julai dan 4 Ogos.


“Orang ramai boleh menghantar seberapa banyak tikus yang ditangkap dan setiap seekor ganjarannya ialah RM3. Kita tidak hadkan jumlah tikus, lagi banyak tikus dibawa sudah pasti ganjaran besar boleh mereka peroleh. Usaha ini adalah langkah terbaik bagi menggalakkan orang ramai membantu MPJ membasmi haiwan perosak itu, sama ada di rumah atau premis restoran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sapiah berkata, kempen berkenaan dapat membantu penduduk dan pemilik kedai memastikan premis mereka berada dalam keadaan paling bersih.

“Kempen ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk yang menghubungi MPJ dan kakitangan saya maklumkan, mereka bertanyakan lokasi untuk menghantar dan menuntut ganjaran RM3 itu. Segala usaha itu tidak akan berkesan jika orang ramai dan kawasan komersial termasuk premis makanan masih dalam keadaan kotor,” jelasnya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xy_daen 14-7-2022 11:22 AM
MPSJ sila buat gini
Quote Belibis 14-7-2022 11:55 AM
Nanti ada yang bela..pastu tuai dan jual kat majlis perbandaran.
Quote supernaturalee 14-7-2022 12:02 PM
3 ringgit sekor
bnyk tu

tp x lalu lh nk tangkap tikuih
geli

Quote Adrif 14-7-2022 01:36 PM
Belibis replied at 14-7-2022 11:55 AM
Nanti ada yang bela..pastu tuai dan jual kat majlis perbandaran.

okay tu seram..

kalau la tiba2 kantoi ada tempat pembiakan tikus sebab nak kaut untung. geli weyh

bukak kotak, ada beratus-ratus bergerak-gerak..

lepas tu banyak kotak lain, beribu mungkin
Quote BeskotCekelat 14-7-2022 03:54 PM
Belibis replied at 14-7-2022 11:55 AM
Nanti ada yang bela..pastu tuai dan jual kat majlis perbandaran.

Betul tu, pernah jadi kat India dulu. Tapi bukan tikus tapi ular tedung.
Boleh google asal-usul "Cobra effect"
Quote Artemesiaa 14-7-2022 04:09 PM
Baguslah untuk galakan masyarakat bersihkan kawasan kediaman mereka.  Dari duduk tak buat apa rajin cari dapat duit.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040319 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top