CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Jijik: Pakar Bius Tergamak Rogol, Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Wanita Tengah Bersalin

14-7-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4287| Komen: 18

Description: RIO DE JANEIRO: Seorang pakar bius didakwa merogol seorang wanita mengandung ketika menjalani pembedahan caesarean di sebuah hospital di Brazil.
RIO DE JANEIRO: Seorang pakar bius didakwa merogol seorang wanita mengandung ketika menjalani pembedahan caesarean di sebuah hospital di Brazil.

Lapor Daily Mail, Giovanni Quintella Bezerra, dipercayai mungkin melakukan serangan sama terhadap dua lagi wanita pada hari berkenaan.

Bezerra, 32, ditahan atas tuduhan merogol selepas dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita setelah memberi ubat bius kepada mangsa di Hospital da Mulher di São João de Meriti, Rio de Janeiro.     

   
Foto: Daily Mail

Ketika kejadian, suami wanita berkenaan diminta keluar dari bilik tanpa sempat melihat bayi yang baharu dilahirkan.


Jelas laporan, suami mangsa hanya mengetahui kejadian menimpa isterinya selepas menonton berita mengenai tangkapan pakar bius itu di televisyen.

Pegawai penyiasat, Barbara Lomba berkata, dia belum pernah melihat kes sedemikian sepanjang perkhidmatannya.

Jelas Lomba, suspek menamatkan latihan perubatannya dalam bidang bius dua bulan lalu. 



Katanya, pihak pengurusan hospital memasang kamera untuk memantau tindakan Bezerra berikutan bimbang mengenai jumlah ubat diberikan kepada para pesakitnya.

“Namun, mereka terkejut setelah melihat rakaman dia membuat serangan seksual terhadap wanita itu ketika doktor lain melakukan pembedahan caesarean di belakang tirai.

“Suspek dilaporkan melakukan serangan itu selama hampir 10 minit,” katanya.

Sementara itu, Lomba berkata, beberapa kakitangan hospital mendakwa Bezerra melakukan dua lagi rawatan yang sama pada hari kejadian.

“Justeru, polis sedang menyiasat sama ada dua wanita itu turut menjadi mangsa serangan,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote esbok 14-7-2022 12:02 PM
doktor ni ada masalah mental
Quote cikatilia 14-7-2022 12:05 PM
ewwwww
kesiannya wehh... yg lain buat bodo aje ke mcm mana
Quote SayaSayangMama 14-7-2022 12:12 PM
bodoh!!!  masa tu staff lain pun ada kt dalam tu buat apa?? bengong
Quote CariMalay 14-7-2022 12:16 PM
Ramai manusia bodoh atas dunia ni
Quote caprut 14-7-2022 12:27 PM
esbok replied at 14-7-2022 12:02 PM
doktor ni ada masalah mental

Bersepah je doktor mental dkt gomen tu. And yet dorg pon ada jawatan tinggi. Haha. Nk buang susah
Quote Solokkk 14-7-2022 12:34 PM
Sial punya doktor
Quote buapakperut 14-7-2022 01:18 PM
Astagfirullah al azim
Mental teruk. Mcm mana boleh buat tu [em:6:]
Quote buapakperut 14-7-2022 01:21 PM
Jijik weh kan sebelah dia tu doc tu tgh bedah. Kesiannya pempuan tu. Lelaki mental ni patut dipotongdgn pisau berkarat kontolnya
Quote Friska 14-7-2022 01:52 PM

@CARI-MRO

Udah ada tritnya Selasa tanggal 12 Juli kemarin, telat banget loe!

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5052014


Quote xtinkerbellx 14-7-2022 02:30 PM
Staff yg tepi dia takkan tgk je??
Quote Meiizu 14-7-2022 11:40 PM
Edited by Meiizu at 14-7-2022 11:41 PM

Naya je bsusah payah gitu..mintak bius belebih2 nak kena belakon mintak suami mangsa & nurse kluar.
Ohh emm jiee complicated baq hang.
Awat laaaa tak cari girlpren sorang boleh dpt hari2..bayar call girl pun meriah hidup.
Quote bulanbulat 15-7-2022 01:47 AM
Edited by bulanbulat at 15-7-2022 01:48 AM

Banyak staf mental
Bila report kata x dak bukti. I paham ja kenapa org th rekod. Nah kau bukti
Quote bulanbulat 15-7-2022 01:49 AM
Meiizu replied at 14-7-2022 11:40 PM
Naya je bsusah payah gitu..mintak bius belebih2 nak kena belakon mintak suami mangsa & nurse kluar.
...

Fetish mayat kot. Org tgh sedated buat apa letak penis dalam mulut org
Quote airmineral 15-7-2022 04:38 AM
vavikkkkk keparat
Quote tipah89 15-7-2022 11:21 AM
ramai je dokter2 yg aku kenal mmg ada sex drive yg pelik or ada certain fetish.
Quote plywood 15-7-2022 11:42 AM
ini kuat tengok porno ni. dapatlah ilham   skrng ada genre porno macam ni, orang lain tengah buat kerja, memasak ker, membaca ker, berbincang ker... tapi dalam diam disebelah dia kongke, dia setuplah supaya orang tak perasan kononnya

masa belajar dulu ada kawan belajar jadi doktor gigi kuat skodeng. beraninya ya ampun.. tahap2 aku dah boleh pengsan nengoknya
Quote liyamariska 15-7-2022 11:54 AM
Makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

Sanggup sicelaka ni wat cmni kt org yg tak sedar diri ketika dibedah... ni cm wat org anggap institusi perubatan sebagai negatif...
Quote Artemesiaa 15-7-2022 11:59 AM
Selayaknya dilucutkan jawatan bahaya biarkan orang mental kerja dalam bidang tu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053457 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top