CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Kehilangan Zulhelmi Selepas Keluar Menebas- Disorok Benda Halus Atau Sesat Ke Siam?

14-7-2022 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5638| Komen: 81

Description: KANGAR: Kehilangan Zulhelmi Abdul Halim,28, sejak enam hari lalu selepas keluar menebas di sebuah dusun di atas bukit sekitar Batu Pahat di sini menimbulkan persoalan sama mempunyai kaitan mistik atau ...
KANGAR: Kehilangan Zulhelmi Abdul Halim,28, sejak enam hari lalu selepas keluar menebas di sebuah dusun di atas bukit sekitar Batu Pahat di sini menimbulkan persoalan sama mempunyai kaitan mistik atau unsur-unsur lain.


Difahamkan Zulhelmi yang sudah lebih dua bulan bekerja di dusun tersebut memahami selok-belok laluan di kawasan berkenaan.

Ada dalam kalangan penduduk tidak menolak kemungkinan kehilangan Zulhelmi juga mempunyai unsur mistik berdasarkan beberapa kejadian kehilangan pernah dilaporkan sebelum ini.

Malah ada juga beranggapan misteri kehilangan Zulhelmi itu mungkin mempunyai kaitan sesat di sebelah negara jiran memandangkan dusun terlibat terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.


Foto: Utusan Online


Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop memaklumkan tidak dapat mengesahkan perkara tersebut memandangkan tiada sebarang petunjuk buat masa ini.

Katanya, proses pencarian mangsa berdepan sedikit kesukaran disebabkan oleh beberapa faktor antaranya melibatkan kawasan sempadan dan cuaca tidak menentu.

“Kawasan dusun yang terletak bersempadan dengan Thailand menyukarkan sedikit proses pencarian dan tambahan pula faktor hujan yang boleh menyebabkan kami hilang panduan bagi mengesan mangsa.

“Jika berlaku hujan, kami agak sukar melakukan pengesanan walaupun dengan menggunakan bantuan unit anjing pengesan (K9),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Yusharifuddin, operasi mencari mangsa terus digiatkan termasuk mendapat bantuan Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan penduduk kampung yang memahami selok-belok kawasan berkenaan.

“Buat masa ini, kami masih mengekalkan pencarian mangsa dalam radius lima kilometer persegi dari lokasi kejadian berkenaan. Pasukan keselamatan turut menemukan motosikal mangsa yang berada di atas dusun berkenaan.

“Buat masa ini, proses pencarian masih diteruskan dan kami turut meminta bantuan daripada agensi di Thailand bagi membantu mengesan mangsa terlibat,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 14-7-2022 03:38 PM
Check dulu dekat mana2. Jangan terlalu awal pitenah jin.. kohkohkoh
Quote TabletSusu 14-7-2022 04:13 PM
aku baca.. "atas bukit sekitar batu pahat".. tp dah kenapa sampai ke thai

rupanya ada batu pahat, perlis ye
Quote kotakbaju 14-7-2022 04:22 PM
TabletSusu replied at 14-7-2022 04:13 PM
aku baca.. "atas bukit sekitar batu pahat".. tp dah kenapa sampai ke thai

rupanya ada  ...

Ye ada sis. Umah mak sedara iols area situ la..belakang rumah dia ada bukit. Naik bukit tu turun then dah masuk area thailand dah la tu. Kat belah sana banyak dusun2 atas bukit ni. Ada yang siap bina pondok lagi atas bukit tu.
Quote .HannahMontana. 14-7-2022 04:24 PM
Mungkin harga barang di alam bunian adalah lebih rendah dan murah xpun boleh dapatkan secara percuma sahaja.

dan katanya awex awex di alam bunian cantik terserlah semenggah membeliak biji mata para jantan

uhmmmmmmmmmmmmmm
Quote Artemesiaa 14-7-2022 04:24 PM
Tak mustahil dah reantas sempadan seiring masa pasti ada berita darinya nanti
Quote TabletSusu 14-7-2022 04:50 PM
kotakbaju replied at 14-7-2022 08:22 AM
Ye ada sis. Umah mak sedara iols area situ la..belakang rumah dia ada bukit. Naik bukit tu turun t ...

berkemungkinan x kwsn tu ada binatang buas.. mcm ular ke.. rimau ke?

Quote mojarean_X 14-7-2022 04:53 PM
Iols kebetulan baru je tgk video laluan baling gerik. Youtuber tu kekonon dirasuk jin yg menumpang mereka dlm kete. Katanya dia dtg dari bukit di sekitar situ. Jd zulhelmi ni pun hilang di kawasan bukit juga.
Quote kechikchomel 14-7-2022 04:57 PM
TabletSusu replied at 14-7-2022 04:13 PM
aku baca.. "atas bukit sekitar batu pahat".. tp dah kenapa sampai ke thai

rupanya ada  ...

samalah dgn iolss
memula baca Kangar, pastu Batu Pahat lak

macam Serdang la. ada kat Selangor n Kedah

Quote kepompong 14-7-2022 05:02 PM
mojarean_X replied at 14-7-2022 04:53 PM
Iols kebetulan baru je tgk video laluan baling gerik. Youtuber tu kekonon dirasuk jin yg menumpang m ...

bukit batu pahat dgn baling-gerik jauh , bukan dekat2 ye… … belakang uum nak ke pengkalan hulu ada laluan menyusur sempadan hutan2 tu… itupun jauh dari bukit2 baling-gerik
Quote mojarean_X 14-7-2022 05:04 PM
kepompong replied at 14-7-2022 05:02 PM
bukit batu pahat dgn baling-gerik jauh , bukan dekat2 ye… … belakang uum nak ke pengkalan hulu a ...

Iols tau tp iols cuma nk refer kenyataan youtuber jin2 byk dok kt kawasan berbukit. Itu je...
Quote Carcosa 14-7-2022 05:36 PM
Entah2 dah kena tangkap dkt Thai, sbb ingat ceroboh. Gitu, meols speku
Quote kotakbaju 14-7-2022 05:40 PM
TabletSusu replied at 14-7-2022 04:50 PM
berkemungkinan x kwsn tu ada binatang buas.. mcm ular ke.. rimau ke?

Ular memang ada. Pak belang tak pasti ada atau tak. Apa pun semoga adik ni selamat la akhirnya.
Quote Mary_jane 14-7-2022 06:26 PM
Moga takde lah ditimpa malang ke hape.
Quote imanjannah 14-7-2022 06:28 PM
TabletSusu replied at 14-7-2022 04:50 PM
berkemungkinan x kwsn tu ada binatang buas.. mcm ular ke.. rimau ke?

iols fikir benda yg sama
Quote xAthenax 14-7-2022 06:32 PM
TabletSusu replied at 14-7-2022 04:13 PM
aku baca.. "atas bukit sekitar batu pahat".. tp dah kenapa sampai ke thai

rupanya ada  ...

you are not alone sista
kaka pun baca terus terdetik batu pahat negara selatan
baca semula, oh Batu Pahat Perlis
Quote sukacactus 14-7-2022 06:40 PM
Mangsa dah ditemui dlm keadaan selamat 3 hrs ago
Alhamdulillah
Quote Suchi 14-7-2022 06:50 PM
Harap ditemui la jgn jd macam kes Acap tu taktau apa cerita sampai sudah tak jumpa2
Kt sabah ada baby hilang tak tau pi mana umur setahun lebih, rasanya blm jumpa lagi baby tu.
Quote mojarean_X 14-7-2022 06:57 PM
sukacactus replied at 14-7-2022 06:40 PM
Mangsa dah ditemui dlm keadaan selamat 3 hrs ago
Alhamdulillah

Alhamdulillah. So dia ada citer dia hilang sbb apa ke?
Quote sukacactus 14-7-2022 08:14 PM
mojarean_X replied at 14-7-2022 06:57 PM
Alhamdulillah. So dia ada citer dia hilang sbb apa ke?


Setakat ni belum ada keluar citer lg
Scroll komen2 kat fb pun xde apa maklumat Screenshot_20220714-201054_Facebook.jpg
So letak pic ni je la eh

Lihat semua komen(81)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.482123 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top