CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tercampak Dari Kereta Ketika U-Turn Di Lampu Isyarat

1-7-2022 08:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2089| Komen: 18

Description: Seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat.
Seorang kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat.

Dalam rakaman tular itu, difahamkan kejadian disedari pemandu kenderaan di belakangnya yang turut memberikan bantuan awal menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dengan mendukungnya.



Tangkap layar insiden kanak-kanak tercampak keluar dari sebuah kereta ketika membuat pusingan U.

Dalam pada itu, keluarga kanak-kanak terbabit bergegas mendapatkannya semula serta cuba menenangkan mangsa yang menangis.

Bagaimanapun, keadaan sebenar kanak-kanak tersebut masih belum dapat dipastikan.


Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi turut diberikan orang ramai dan ada juga beberapa pengguna tampil memberi teguran kepada golongan ibu bapa untuk lebih peka terhadap keadaan anak-anak ketika berada di dalam kenderaan.


Sumber: Grup WhatsApp


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 1-7-2022 08:02 PM
tingkap dibuka dan tak pakai child seat la tu...pastu laju pulak tu...
Quote nurul_akmar 1-7-2022 08:05 PM
Buat la child lock n lock window.
Quote TOPwind 1-7-2022 08:06 PM
pasti yg B40 ni= fikiran .......

kuat beranak, kuat makan dan kuat lepak
Quote mojarean_X 1-7-2022 08:06 PM
Ko wat u-turn ala2 fast & furious ke smpi tercampak kuar bdk tu?
Quote Samerosie 1-7-2022 08:09 PM
Wow ni u-turn thr fast and the furious ke camne sampai leh tercampak.  Tapi i pernah nampak jugalab dia buag uturn pintu belakang terbuka anak dia terjatuh keluar.  Pintu tak lock anak dia dok pegang handle pintu kut.  Tapi ni zaman 80an la chinese family.
Quote FOTHER-MUCKER 1-7-2022 08:09 PM
Apa punya ***** lah CARI MAL tak bolehlah buat sesatu berita yang lebih berqualiti dan lengkap? Cara penulisan lansooonggg tak ada creativity!

Dimana ianya  berlaku dan bila?
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 08:45 PM
FOTHER-MUCKER replied at 1-7-2022 08:09 PM
Apa punya ***** lah CARI MAL tak bolehlah buat sesatu berita yang lebih berqualiti dan lengkap? Cara ...

eja langsung pun salah nak kritik penulisan orang lain..

dasar bangsa etis aurora graviti teori evolusi bestialiti tak cebok berak dan kencing bersih2...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahah


Quote matamata 1-7-2022 08:51 PM
1cd91q.jpg
Quote Mary_jane 1-7-2022 08:59 PM
Ni u-turn ala2 drift ker sampai anak tercampak keluar? Atau pintu tak tutup rapat. Bahaya hokay.

Dulu kawan I eksiden balik dari sekolah, sebab pintu kereta tak tutup rapat. Kaki dia putus & ambik cuti sebulan. Lepas dari tu dia mai sekolah dengan kaki palsu dah. I takde lah tanya banyak macam tak sensitif je kan.
Quote MeghanK 1-7-2022 09:11 PM
FOTHER-MUCKER replied at 1-7-2022 08:09 PM
Apa punya ***** lah CARI MAL tak bolehlah buat sesatu berita yang lebih berqualiti dan lengkap? Cara ...

tu la iols 2 kali baca kot2 ada terlepas sebab speed reading kan tapi wartawan cari mmg budak kelas belakang  nak menulis artikel pon tak reti
Quote asamfish 2-7-2022 02:17 AM
Itu pentingnya carseat!  Dan mak bdk ni ada pasang hazard lights tak bila dia stop kan kereta kat tgh jalan tu (mata aku tak nampak).  Kalau pasang takpa...kalau tak pasang, mmg fail!!!!  Anak kecik tak didudukkan di carseat sampai tercampak kluar, hazard light tak pasang.
Quote takayama 2-7-2022 05:42 AM
cara dia buat u-turn dah ala2 fast & furious plk
kesalahn dia buat adalah x letak anak dlm car seat
then laju pun yea juga
moga anak tu x apa2
Quote zorrro_03 2-7-2022 07:50 AM
sebab tu kalau jumpa mak pak jenis bebal biar kan anak2 kecik buka tingkap dan hulur kepala keluar, maki je mak pak tu sépuas hati....
Quote diamond_intan 2-7-2022 07:56 AM
Pakai myvi. Boleh kona baring
Quote star_karat 2-7-2022 08:19 AM
Keta besar2. Car seat budak tak mampu.
Quote LoveSungmin 2-7-2022 05:47 PM
Kanak-kanak perempuan tercampak keluar dari kereta
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my

Rawang: Seorang kanak-kanak dipercayai perempuan tercampak dari kereta dinaikinya semasa membuat pusingan U di Jalan Tasek Puteri, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya mengesan satu video tular berdurasi 1 minit 37 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak terbabit tercampak dari sebuah kereta Perodua Myvi di lokasi berkenaan.

"Dalam kejadian itu, kereta dinaiki mangsa membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat di lokasi itu hingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

"Seorang lelaki kemudian membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan sebelum menyerahkan kanak-kanak itu kepada seorang wanita tempatan dipercayai ibu kanak-kanak terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mana-mana orang bertanggungjawab ke atas seseorang kanak-kanak didapati menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 019-9260203 atau 03-61262222," katanya.

Disiarkan pada: Julai 2, 2022 @ 5:04pm
Quote Carcosa 3-7-2022 10:50 PM
Aku baru nak maki bapak budak tu.
Rupa2nya abang yg baju kuning cair tu, org naik motor je. Berenti kan motor nak tolong.
Yg drive mak budak tu. Mcmana kau drive kak? Nampak mcm tak laju pun dia uturn. Anak dia terjun tingkap ke?? Haiyoooo, dah tau anak buas mcm monyet, strap kan dm carseat, bodoh. Dah jadi mak pun, bebal mcm lembu. Kang ditegur, kata anak saya taknak duduk dlm carseat. Kau yg mak ke, dia yg mak? Alah kalau kena gilis, apa dehal? Kau kan subur. Kangkang kang malam, 9 bulan, keluar lagi satu
Quote nanasno 4-7-2022 11:55 AM
gila lah. mcm mana budak tu bleh tercampak. pintu kete rosak or tingkap terbukak. budak tu berdiri dan tak paki car seat. tu je leh pk. kepada ibu bapa, sila invest carseat dalam kereta. nak nak budak kecik bawah 4 tahun.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.129961 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top