CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Masih Tunggu Giliran Tapi Ada Belia Dah 2 Kali Pergi Haji, Apa Cerita?

1-7-2022 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6938| Komen: 106

Description: Seperti diketahui umum, jemaah berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) dipilih untuk menunaikan haji berdasarkan beberapa kriteria dengan keutamaan diberi kepada warga emas dan golongan kali pertama ...
Seperti diketahui umum, jemaah berdaftar dengan Lembaga Tabung Haji (TH) dipilih untuk menunaikan haji berdasarkan beberapa kriteria dengan keutamaan diberi kepada warga emas dan golongan kali pertama.


Namun, terdapat pihak yang ragu-ragu jika amalan itu masih dipraktikkan TH dalam menentukan penggiliran jemaah haji.

Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli memberitahu, terdapat warga emas yang masih menunggu giliran untuk ke tanah suci sejak bertahun lamanya.


Gambar hiasan/Al Jazeera

“Persoalan ini timbul apabila saya dihubungi oleh seorang warga emas yang telah mengubungi pihak TH berkali-kali dan bertanya jika dia layak tapi TH minta tunggu panggilan atau giliran yang berikutnya.


“Tiba-tiba apabila dia tengok televisyen, terpapar kisah seorang anak muda yang gembira dapat pergi haji kali kedua. Bukan melalui swasta tapi melalui TH.

“Jadi kita nak tahu, bagaimana pemilihan yang dilakukan TH. Kuota kita semakin berkurangan, kerajaan menghadkan golongan berusia 65 tahun ke bawah, jadi ramai lagi mereka yang sepatutnya boleh menunaikan haji tahun ini tidak terpilih,” kata Mohd Shukri dengan nada kesal ketika ditemui MalaysiaGazette hari ini.

Dalam masa sama, beliau juga mahu pihak berkaitan menjelaskan jika pengurangan kuota bagi jemaah haji yang berdaftar dengan TH turut meliputi jemaah yang memilih pakej di bawah agensi swasta.

“Tetapi andai kata untuk swasta ini, iaitu yang kita panggil pakej VIP, pakej kayangan ini termasuk dalam kuota haji untuk negara kita yang diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi, saya rasa sudah tiba kuota untuk VIP ini dikurangkan,” jelasnya.

Pada April lalu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin mengumumkan pemilihan jemaah haji tahun ini mengutamakan bakal haji yang giliran tunai haji pada 2020, diikuti giliran pada 2021 dan seterusnya 2022.

Seramai 14,306 jemaah haji dari Malaysia dibenarkan untuk mengerjakan haji tahun ini iaitu 45 peratus daripada kuota biasa yang diberikan Arab Saudi iaitu 31,600 jemaah pada 2019.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nham22 1-7-2022 08:18 PM
Allah sedihnye......
Quote ellejo 1-7-2022 08:22 PM
yala sis, laki bini (rakan i bininya tu) pon sama umor 30 pegi taon ni sis.
Quote Innrukia 1-7-2022 08:25 PM
my fren dpt pi dah sedangkan aku punya another 12 years ikut note Tabung Haji. Apakah depa just cabut undi untuk pemilihan?
Quote TOPwind 1-7-2022 08:25 PM
sepatutnya kraitiria  50 tahun keatas je
Quote kakikuDibibirmu 1-7-2022 08:27 PM
Baguslah ada had umur, tua sangat nanti kena selsema unta MERS-Cov, SARS-Cov-2, terus masuk liang lahad, mati dekat sana tak ada talqin dan kenduri tahlil tawwww
Quote ctaz 1-7-2022 08:27 PM
pegi haji tu wajib nya sekali je
bagi yg mampu....
kalau mampu sekali pun sekali je yg wajib...


Nabi SAW pun buat haji 1 kali je dlm seumur hidup beliau...
umrah yg dia buat byk kali....
Quote syamzana 1-7-2022 08:34 PM
Innrukia replied at 1-7-2022 08:25 PM
my fren dpt pi dah sedangkan aku punya another 12 years ikut note Tabung Haji. Apakah depa just cabu ...

kawan u register awal kot? adik ipar i & isteri pun dah pergi thn ni, bil register awal setahun je pun dari weols. yg isterinya pergi sbb kapasiti folo husband. weols lakibini turn 2038 dah merayu pun nanhado.
tp skrg 60thn keatas mmg tak dpt pergi dah ye?
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 08:35 PM
teringat ada doktor haiwan kata

tabung haji bukan badan pelaburan

Quote haruslah 1-7-2022 08:36 PM
Kuota TH dpt tp x reveal kn brp yg diswastakan??? (Ke ade?)
Kalau mmg yg muda daftar awal, biar la dia dpt pegi.
Xkan sbb usia je, nak dulukan yg daftar lewat
Btw, x perlu dah kot bg peluang utk tunai kali ke2. Bagi je yg belum pernah
Quote Tinot7 1-7-2022 08:37 PM
Iols tak register pun.. sbb tak mampu..
Quote Innrukia 1-7-2022 08:52 PM
syamzana replied at 1-7-2022 08:34 PM
kawan u register awal kot? adik ipar i & isteri pun dah pergi thn ni, bil register awal setahun je ...

ntahla... redha je la..
Quote Mary_jane 1-7-2022 08:54 PM
Itu lah masa keluar kat tv yang kata dah pergi kali kedua tu, I dah fikir mesti jadi isu ni nanti. Nah kan betul.

Memang betul dah tu dahulukan yang daftar awal, tapi kalau pakcik yang umur 70 ni simpanan dah cukup apa nak ditunggu lagi? Dahulukan lah first timer.
Quote LadyCarefree 1-7-2022 08:54 PM
Reveal ler siaper anak muda tu?
Quote Mary_jane 1-7-2022 08:54 PM
Tinot7 replied at 1-7-2022 08:37 PM
Iols tak register pun.. sbb tak mampu..

Sis ada epf tak? Bawa je statement tu ke TH & daftar. Atau sekarang dah boleh daftar online ke? Cer research sis.
Quote Firenzza 1-7-2022 08:59 PM
Smlm tb3 interbiu bakal haji, sis tu muda lagi....siap terlepas ckp syukur dpt pegi kali ke2, siap x sangka lg dpt pg.....yg dh daftar bertahun2 dpt giliran 50 thn lg acaner tuh?
Quote Nenasketum 1-7-2022 09:04 PM
Orang tabung aji pun merapu. Arwah kakak aku punya argue nak pegi 2 tahun sebelum dia meninggal, mematey TH tak bagi, kena ikut giliran katanya, walau arwah dah lebih 60 tahun & ada kanser. Menanggung ler orang TH yang buat amalan merapu.
Quote syamzana 1-7-2022 09:06 PM
korang ni marah2 kalau register pun lambat wpun usia dah tua caner nak dpt awal? iols register utk anak2 lepas sebulan lahir pun ms 2019 dpt tahun 2114. agaknya anak iols hidup lagi ke seusia 100++ tu
tapi yg dpt kali kedua tu agak tetttt jugak la. patut dia tolak la kalau sejenis yg bertimbang rasa.
Quote pearl.silver 1-7-2022 09:08 PM
I tgk gk tv aritu pompuan tu kata dpt pegi kali ke2 dgn th
Fikir gak dia ni mcm ambil hak org lain
My sister xdpt pi lg
Pas umo 65 dah xdpt pi dah.,
Quote bunnyj3lly 1-7-2022 09:12 PM
Agaknya kena dpt penyakit baru depa nak consider kot. Tapi pakej TH yg muassasah tu, sangatlah tough ya untuk warga emas. Memanglah murah.. subsidi 50% (ke kurang dh skrg?!) Tp hazab.. ikut cerita mak I lah yg dh pernah pegi. Tp beliau pegi swasta punya..

Lihat semua komen(106)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066414 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top