CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Sejak Kahwin Tanggung Biawak Hidup, Suami Siap Kebas Duit Mas Kahwin

1-7-2022 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4350| Komen: 79

Description: Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kehidupannya apabila perlu menanggung derita sepanjang tempoh perkahwinan bersama suami.
Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan kehidupannya apabila perlu menanggung derita sepanjang tempoh perkahwinan bersama suami.

Dia mendakwa terpaksa menanggung suami temasuklah perbelanjaan harian keluarga disebabkan sikap pemalas pasangannya itu.

Perkara ini dikongsikan semula oleh seorang pakar motivasi, Akhtar Syamir menerusi hantaran di laman Facebooknya semalam.


Gambar Hiasan

Melihat pada tangkap layar kiriman mesej yang dihantar wanita terbabit, dia memaklumkan suaminya itu sanggup ‘mencuri’ mas kahwin yang telah diberi kepadanya sehingga menyebabkan wanita itu bertekad untuk berpisah sejak dua tahun lalu.


“Sepanjang nikah dengan dia, duit saya yang keluarkan, duit saya dia guna, duit mas kahwin RM10,000 pun dia guna, kakak dia gunakan saya, masih ada hutang tak diselesaikan,” kongsinya di kiriman mesej.

Jelas wanita itu lagi, disebabkan tidak dapat menggunakan taklik dan fasakh, dia terpaksa memohon kaedah tebus talak.

“Saya tanggung makan minum dia, saya nikah 2018, 2022 saya failkan cerai, taklik dan fasakh tak lepas, jadi saya mohon cerai cara biasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa terkilan apabila suaminya ingin meminta RM10,000 selain melarang untuk menuntut sebarang hutang sepanjang perkahwinan mereka.

Tambahnya, dia berasa kecewa kerana perlu berhabis wang berpuluh-puluh ribu demi mendapat keadilan terhadap dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib wanita itu dan mendoakan agar dia terus tabah menempuh ujian hidupnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 1-7-2022 05:08 PM
Biasa lah...
Mmg susah kalau pompuan yang kena..
Kalau jantan yang culas bg nafkah sampai family terumbang ambing..selamat aja sokmo...
Ac mizal.elok.je masuk tv...
Quote jasmeen 1-7-2022 05:15 PM
patutnya lelaki begini kau santetkan je sampai mati.
Quote Normabaru 1-7-2022 06:42 PM
sebab tu before nak kawen..inform terang2..nafkah sekian2..increament nafkah sejajar dgn % kenaikan gaji..adakah KPI...make sure simpan resit bila bg pinjam siap2 tetapkan cara n tempoh pembayaran...

isteri bukan ceti / bank tmpt jantan2 ni jadikan kusyen bila terdesak akibat mismanagement duit sendiri
Quote krustykrab 1-7-2022 07:54 PM
shernazz replied at 1-7-2022 05:08 PM
Biasa lah...
Mmg susah kalau pompuan yang kena..
Kalau jantan yang culas bg nafkah sampai family ter ...

Tp bila ceramah sakan duk cerita pompuan sentiasa di lindungi..
Quote edayildiz 1-7-2022 08:00 PM
takut nk kawen..tiberr
Quote edayildiz 1-7-2022 08:01 PM
Normabaru replied at 1-7-2022 06:42 PM
sebab tu before nak kawen..inform terang2..nafkah sekian2..increament nafkah sejajar dgn % kenaikan  ...

kak norm..kalau sblm kawenbtu blhbx wife tu ttpkn dia punya nafkah yg laki dia ptt bg lps kawen nnti
mau lari bakal laki kalau dh letak harga bulan 2
slh satu sbb i tamo kawen
Quote jejarihalus 1-7-2022 08:04 PM
Cer korang pergi FB isu&mahkamah hak2 suami...kat situ banyak mengajar supaya isteri klu nak cerai perlu tebus talak...supay isteri X dpt tuntut apa2....mmg hanatttt
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 08:05 PM
nanti ada bangsa etis gay pondan pedo forum kata ni salah mahkamah...

waaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkah

PKNS betollll!!!!!!!

Quote mojarean_X 1-7-2022 08:08 PM
jasmeen replied at 1-7-2022 05:15 PM
patutnya lelaki begini kau santetkan je sampai mati.

X berbaloi wat keje syirik demi jantan sebegini
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 08:28 PM
jejarihalus replied at 1-7-2022 08:04 PM
Cer korang pergi FB isu&mahkamah hak2 suami...kat situ banyak mengajar supaya isteri klu nak cerai p ...

tak dapat tuntut mutaah dengan nafkah iddah je... nafkah tertunggak dan harta sepencarian boleh lagi...

kau dah tuntut cerai kau lapar duit mutaah dengan nafkah iddah laki kau lagi ke???

sebab tu benda2 penting jangan percaya fb... tanya orang yang pakar...

fb banyak ajaran sesat

jngn mudah terpedaya

dalam forum ni pun banyak ajaran sesat..

hanattttttt!!!!!!


Quote kakikuDibibirmu 1-7-2022 08:36 PM
Mtv3oGr_d.jpg

Quote aechae 1-7-2022 08:58 PM
4 tahun jugak menanggung nya…
Pengajaran klu jd cmni dlm setahun je kasi setel…natam sgt kebas duit mas kawin..
Quote Tinot7 1-7-2022 09:11 PM
kakikuDibibirmu replied at 1-7-2022 08:36 PM

Bewak2 tu bergomol sbb gaduh ka sbb beromen?
Quote takayama 1-7-2022 09:18 PM
klu nak tuntut fasakh tu mmg susah nk lps
sbb tu biasa org akan failkan aje Perceraian mcm biasa, klu laki xnak cerai kan now mahkamah dah guna sistem hakam, akhirnya nnt lps semua proses melalui hakam dan kedua2 pihak msh x blh berdamai maka lafaz cerai akan dpt jua
fasakh tu nak ada saksi bagai, camner nk cari saksi yg dok sekali laki bini ni
Quote miss_perfect 1-7-2022 09:27 PM
4 tahun menanggung tu... fuhhh
Quote MsIda 1-7-2022 09:32 PM
Semoga mendapat keadilan sewajarnya... Hope there's light at the end of the tunnel & semoga dipermudakan segala urusan beliau...Aamiin
Quote mejaputih 1-7-2022 09:34 PM
jejarihalus replied at 1-7-2022 08:04 PM
Cer korang pergi FB isu&mahkamah hak2 suami...kat situ banyak mengajar supaya isteri klu nak cerai p ...

Hanatnyaaa...hak isteri tak diberi...moga menjawab kat akhirat kelak.
Quote cheezel 1-7-2022 10:00 PM
Susahnya nk cerai. Dah merana tu lepaskan jela. Banyak plk step. Kesian perempuan teraniaya
Quote Kurex 1-7-2022 10:37 PM
Ironinya ostad & ostajah takde pun nak ulas pasal tanggungjawab suami. Balik2 tanggungjawab isteri, isteri sabar dapat masuk syurga bersama Saidatina Siti Asiah, suami panggil tido masa isteri tengah belajar agama isteri wajib tinggalkan kelas agama utk tido sekali, isteri kena jadi tiang seri utk suami. Tapi amat sikit dibincangkan tanggungjawab suami, hak isteri yg suami wajib tunaikan, pengorbanan isteri yg suami wajib balas. Ni tak, balik2 pasal poligami, bermadu, hak madu, perlu ke kebenaran isteri utk bermadu.
Sebab tu suami2 gampang ni buat isteri sebagai tempat pancut mani je!
Iols is panas hati ni!

Lihat semua komen(79)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.084226 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top