CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan PATI Rela Tinggalkan Dua Anak Kecil Sendirian, Lari Dari Rumah Takut Dicekup Polis

1-7-2022 04:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1340| Komen: 12

Description: KUALA LUMPUR – Pasangan warga asing sanggup meninggalkan dua anak perempuan mereka bersendirian ketika Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di kawasan rumah setinggan sekitar Segambut ...
KUALA LUMPUR – Pasangan warga asing sanggup meninggalkan dua anak perempuan mereka bersendirian ketika Ops Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia di kawasan rumah setinggan sekitar Segambut Dalam tengah malam tadi.


Lebih menyedihkan, kedua-dua kanak-kanak terbabit yang berusia setahun dan lima tahun itu ditinggalkan ketika tidur sementara ibu bapa(warga Indonesia) mereka nekad melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, usaha mengesan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak terbabit masih dijalankan selepas mereka berjaya melarikan diri dari kawasan setinggan terbabit.

Foto: Kosmo

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi bermula pada pukul 12.30 tengah malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Imigresen Kuala Lumpur.


“Seramai 107 individu telah diperiksa dalam operasi terbabit dan 40 daripadanya telah ditahan membabitkan 18 lelaki, 17 wanita dan lima kanak-kanak warga Indonesia (36) dan Bangladesh (4) berusia dua bulan hingga 57 tahun.

“Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan Imigresen termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, siasatan awal mendapati kawasan penempatan itu dipercayai telah wujud lebih 10 tahun lalu dan berdasarkan maklumat, rumah di kawasan tersebut disewa pada harga antara RM600 hingga RM800 sebulan manakala bagi bilik pula disewa pada harga RM300 sebulan.

“kebanyakan warga asing yang menetap di kawasan ini bekerja sebagai buruh binaan dan tukang cuci.

“Kesemua warga asing yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” jelasnya.

Menurutnya, serbuan itu adalah sebahagian daripada operasi besar-besaran yang diumumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin susulan Program Rekalibrasi Pulang yang tamat semalam.

“Bermula hari ini, kita akan mengadakan operasi bagi mengesan PATI yang masih tidak mengambil peluang pulang ke negara asal.

“Dalam operasi ini, kita tidak hanya memberi fokus kepada kawasan kediaman tetapi juga semua premis membabitkan warga asing bagi memastikan tindakan diambil terhadap mereka,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote star_karat 1-7-2022 04:40 PM
Segambut Dalam dengan imigresen jln duta bukan jauh pun. Sampai beranak dorang tu, baru nak rush?
Quote kelip2_07 1-7-2022 04:45 PM
segambut tu mmg perkampungan indon kn?
Quote shernazz 1-7-2022 04:51 PM
Va va vaaa
Seronok kan tinggal.anak..
Nanti buat anak baru...
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 06:12 PM
dapat IC la budak2 tu nanti..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkah

Quote SonicSiLandak 1-7-2022 06:13 PM
kelip2_07 replied at 1-7-2022 04:45 PM
segambut tu mmg perkampungan indon kn?

mana pulak..

segambut tu rumah DSAI..

re-for-ma-si!!!!!!!!!!!!!!


Quote krustykrab 1-7-2022 07:55 PM
Ni mesti trisnot atau friskies
Quote TOPwind 1-7-2022 08:01 PM
waYang je ni

poket dah tebal

dan mangkin ramai lagi  nak masuk.

bertambah tebalah, perlu guna lori 1 tan utk simpan $$
Quote Suchi 1-7-2022 08:04 PM
Kesian anak2 tu kecik lagi.
Quote Decaffeinated 1-7-2022 11:39 PM
Panik la tu.

Moga ada kesudahan yang baik untuk cerita keluarga ni.

Quote kelip2_07 4-7-2022 11:50 AM
SonicSiLandak replied at 1-7-2022 06:13 PM
mana pulak..

segambut tu rumah DSAI..

aduhhhh
Quote dua_chzy 4-7-2022 11:52 AM
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak.
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak
Quote namieamuro 4-7-2022 12:14 PM
dua_chzy replied at 4-7-2022 11:52 AM
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak.
Kalau ko PTI, jangan beranak pinak
Kalau ko PTI, jangan beranak  ...

jgn hrp la ticer. lagi dorg suke beranak pinak. tgk ajela perangai geng dorg porum ni.

tgk aje rohingok. lagi beranak pinak ade la

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.225130 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top