CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dah Kenapa Gigi Dan Bella Hadid Botak?

30-6-2022 07:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1951| Komen: 5

Description: Adik-beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid membuat penampilan mengejutkan di pentas peragaan koleksi musim luruh Marc Jacobs apabila tampil dengan bulu mata yang dilunturkan, rambut hadapan gaya ‘b ...
Adik-beradik supermodel Gigi dan Bella Hadid membuat penampilan mengejutkan di pentas peragaan koleksi musim luruh Marc Jacobs apabila tampil dengan bulu mata yang dilunturkan, rambut hadapan gaya ‘bang’ dan kepala separa botak.



Gigi/Getty Images for Marc Jacobs

Transformasi dramatik mereka kemudian didedahkan sebagai hasil kerja artis seni prostetik yang mengubah penampilan kedua-dua wanita itu  dengan bantuan topi botak, rambut palsu dan alat solek, lapor stesen penyiaran CNN.


Bella/Getty Images for Marc Jacobs


Gigi menyarung baju sejuk merah jambu yang besar dan skirt kelabu,  manakala Bella memakai gaun vinil hitam dengan sarung tangan opera.


IG Gigi

Pasangan adik-beradik Hadid adalah antara sebilangan model yang tampil di pentas peragaan  dengan gaya rambut dramatik termasuk memakai rambut palsu ikatan ‘ponytail’ zaman angkasa.


IG Bella

Bella turut berkongsi rakaman solekan belakang pentas bagi menghasilkan penampilan estatiknya.



Imej itu mencetuskan reaksi bercampur-campur dan kebimbangan netizen  yang pada mulanya percaya mereka mencukur kepalanya secara nyata. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lily_Elizabeth_ 30-6-2022 08:02 PM
Takutnya

Cam starwars.
Quote Perawankota 30-6-2022 09:43 PM
Teringin nk buat rambut pelik2. Tapi rambut aku skang kerinting blonde pon dh kena kutuk dgn kawan2 n sedara
Quote wirazam 1-7-2022 07:32 AM
Perawankota replied at 30-6-2022 09:43 PM
Teringin nk buat rambut pelik2. Tapi rambut aku skang kerinting blonde pon dh kena kutuk dgn kawan2  ...

Cantik pe kerinting blond tu....u nih mix kokusen ke?
Quote babelina 1-7-2022 10:10 AM
Perawankota: Teringin nk buat rambut pelik2. Tapi rambut aku skang kerinting blonde pon dh kena kutuk dgn kawan2 n sedara

msti cantik rambut ko.. dulu2 free hair aku penah buat camtu gak..
Quote SonicSiLandak 1-7-2022 10:18 AM
gigi pun boleh botak ye... apa gigi dia berambut ke dulu???

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.182861 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top