CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Rumah Penuh CCTV, Siti Badriah Takut Pengasuh Suap Anak Ubat Tidur

30-6-2022 11:38 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1907| Komen: 8|Original author: Tatod

Description: Sumber IGPenyanyi dangdut yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah dan suaminya, Krisjiana Baharudin telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut rumah sebagai salah satu langkah ...
Sumber IG


Penyanyi dangdut yang popular dengan lagu Syantik, Siti Badriah dan suaminya, Krisjiana Baharudin telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di setiap sudut rumah sebagai salah satu langkah untuk memantau keadaan bayi perempuannya, Xarena Zenata Denallie Baharudin.

Menurut Krisjiana, niat memasang CCTV di seluruh rumah itu memang dilakukan sama seperti yang sudah dirancang sebelum ini kerana tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi kepada anaknya. 


"Kami menunggu dua tahun untuk mendapatkan anak. Ia bukan perkara yang mudah. Kami menunggu lama. Jadi, wajarlah kalau kami sangat berhati-hati.

"Saya pasang CCTV di setiap sudut rumah. Tindakan ini kami lakukan kerana takut. Sekarang ini ada macam-macam kes pengasuh melakukan perkara tak elok kepada anak-anak asuhannya.

"Saya takut, manalah tahu pengasuh beri ubat tidur kepada anak. Jadi, untuk mengurangkan risiko perkara itu terjadi, saya pasang CCTV," kata Krisjiana seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com.


Sibad yang melahirkan anak pada 18 April lalu bagaimanapun tidak dihalang oleh Krisjiana sekiranya wanita itu ingin kembali aktif dalam dunia seni.

Namun, Krisjiana mahu Sibad, buat masa ini ada bersama anak mereka sementara dia keluar untuk bekerja. -CARI






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 1-7-2022 11:26 AM
Dah tak jadi kerje plk kau kena tenung je Phone kau nak tgk CCTV.
Quote seri_mawr 1-7-2022 12:21 PM
lawa siti badariah ni...tapi serius x kenal klu x mentioned lagu syantik tu...
Quote shernazz 1-7-2022 12:35 PM
Siti badriah jadi sibad
Quote greantea 1-7-2022 01:12 PM
ape produk dia selain lagu syantik tu?
Quote haifawehbe 2-7-2022 03:57 PM
peh.. nama anak x mo kalah tapi rupa mak ayah serupa tempe jua..
Quote SonicSiLandak 2-7-2022 04:20 PM
haifawehbe replied at 2-7-2022 03:57 PM
peh.. nama anak x mo kalah tapi rupa mak ayah serupa tempe jua..



apa la nama anak dia zena

dah besar.. berzena je keje kang


Quote SonicSiLandak 2-7-2022 04:21 PM
greantea replied at 1-7-2022 01:12 PM
ape produk dia selain lagu syantik tu?

[youtube]BfCpQXf3bIQ[/youtube]
Quote Page88 16-10-2022 08:41 AM
Maybe take care of own your child if so scared.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.049886 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top