CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nenek Sakit Pula! Tegar Nak Jual Akaun Mobile Legends Bayar Kos Rawatan

30-6-2022 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2669| Komen: 12

Description: Bagai jatuh ditimpa tangga. Selepas mengumumkan perceraiannya, penyanyi Tegar Septian sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Bagai jatuh ditimpa tangga. Selepas mengumumkan perceraiannya, penyanyi Tegar Septian sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula jatuh sakit dan perlu mendapatkan rawatan di hospital.


Bagi menampung kos perubatan, Tegar memberitahu dia merancang untuk menjual akaun atau ID permainan atas talian, Mobile Legend miliknya.


Foto: IG Tegar

"Kalau akaun terjual, saya mahu hantar nenek ke hospital kerana dia sakit. Minta doakan semoga nenek cepat sembuh," katanya dalam perkongsian di Instastory.

Tegar, 22, sebelum ini mendedahkan dia dan isterinya iaitu Sarah Sheilka sudah bercerai disebabkan masalah perhubungan yang sudah lama ditanggung.


Perpisahan itu dikatakan berpunca daripada masalah kewangan selain faktor Tegar tidak mempunyai pekerjaan tetap.


Foto: IG Tegar

Bukan itu sahaja, Sarah juga pernah mendedahkan tindakan bekas suaminya meminjam duit dari rakan-rakan terdekat dengan alasan kesempitan hidup.

Sarah bagaimanapun mendakwa mereka melalui kehidupan seperti biasa dan tiada masalah kewangan.

Kemelut rumah tangga itu menyebabkan bekas peserta program Big Stage 2022 ini tertekan hingga menyebabkan fizikalnya semakin kurus.

Untuk rekod, Tegar mendirikan rumah tangga dengan Sarah pada Mac 2020.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian yang kini berusia dua tahun.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 30-6-2022 07:34 PM
mmg da agak dah ini kesudahan nya.... awalsgt kawen.. x stabil
Quote Tembikaigoreng 30-6-2022 08:33 PM
Tegar nie kesian betul.... Memang dia je ke tukang blog family dia....
Quote Carcosa 30-6-2022 08:34 PM

"Tegar, 22, sebelum ini mendedahkan dia dan isterinya iaitu Sarah Sheilka sudah bercerai disebabkan masalah perhubungan yang sudah lama
ditanggung"

Dik, kau kawin baru 2 tahun dik. Apa yg lama ditanggung nye?
Quote Mary_jane 30-6-2022 08:42 PM
Macam mana karier dia sebagai penyanyi? Memang tak kerja apa dah ke?
Quote Perawankota 30-6-2022 09:46 PM
Dia amik dadah tak? Manjang dok pinjam duit. Biasa org yg kaki pinjam duit ni, samada taik judi, taik dadah, kaki isap rokok tapi malas keje
Quote SonicSiLandak 30-6-2022 10:53 PM
pprt nya
Quote naina 1-7-2022 08:46 AM
Nampak belum matang lagi
Tak retis urus kewangan Plus masih muda rasa teruja dengan material
Tengok gaya urban laki bini ni la
Muka ex bini macam perempuan cina buat plastic surgery
Quote prince_marhaen 1-7-2022 10:33 AM
peluang dah banyak, ramai yang nak up kan kau...tapi hujung-hujung kembali mengamennn sebab tak manage hidup betul-betul...
Quote dekmieDandy 1-7-2022 11:19 AM
makin cantik pulak ex-wife nya

tegar ni dari dulu tak pernah minat

even time big stage pun aku mute je segmen dia
Quote honeybee1802 2-7-2022 08:10 PM
Tegar ni education takde kan..pendek kata ngak ada apa once dia dah tak viral...bakat pun rsnya so-so jek...kuat main gamaknya ni..kose la ex bini nak layankan dah...leh cayer ke sbb nak hantar nenel ke spital tu?
Quote nakkomenjugak 6-7-2022 10:09 PM
back to street you go
Quote orkidorkido 18-7-2022 07:49 PM
Hmmm nasib badan

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.079551 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top