CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Luka Dah Kering, Tinggal Parut- Sakit Misteri Ustaz Kazim Elias Semakin Pulih

23-6-2022 05:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2077| Komen: 26

Description: Kuala Lumpur: Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim selesai menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang baru-baru ini dan mendapat kerjasama dari Institut P ...
Kuala Lumpur: Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim selesai menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang baru-baru ini dan mendapat kerjasama dari Institut Penyelidikan Penyakit (IMR) berhubung penyakit misteri yang melandanya.


Kazim ketika dihubungi berkata, menurut laporan yang dikeluarkan oleh IMR, pihak mereka tidak mendapati sebarang jangkitan kuman atau virus ketika menjalankan ujian terhadap sampel kulitnya itu.

Foto: Google

"Saya baru menjalani rawatan di salah sebuah hospital di Serdang dan mendapat kerjasama daripada pegawai di Institut Penyelidikan Penyakit (IMR). Saya juga dah dapat keputusan darah dan berkenaan dengan sakit saya baru ini.


"Pihak IMR sudah mengeluarkan laporan tentang kulit saya dan ia negatif daripada sebarang bakteria, virus, 'scabies' dan juga parasit. Jadi, saya tengah tunggu keputusan biopsi yang dilakukan oleh pihak hospital.

"Mereka dah ambil sampel kulit saya dan memang tak ada sebarang bakteria, virus dan sebagainya di kulit saya itu. Kita tunggu satu lagi keputusan biopsi daripada pihak hospital," katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, dia bersyukur apabila rawatan yang dijalankan sebelum ini sudah mula menampakkan hasil positif terhadap luka pada kulitnya itu.

"Setakat ini tak adalah perubahan yang drastik, cuma kulit saya sekarang dah kering, luka-luka dah kering cuma meninggalkan parut saja.

"Daripada sebelum ini dah nampak banyak perubahan. Kalau dulu tiba-tiba keluar darah daripada badan, sekarang alhamdulillah nampak baik dan tak ada lagi dah darah yang keluar. Dalam perkembangan lain, Kazim lega apabila dia dapat kembali turun ke lapangan bagi meneruskan kerja-kerja dakwah seperti sebelum ini dan perlu memenuhi beberapa undangan dari stesyen televisyen.

"Alhamdulillah, esok saya akan ke Langkawi selama tiga hari, kemudian ke Pulau Pinang sampai hari Ahad dan Insya-Allah pada 30 Jun ini saya akan bersiaran langsung di Forum Perdana Hal Ehwal Islam.

"Seterusnya 1 Julai di program Tanyalah Ustaz TV3. Alhamdulillah saya dah boleh bergerak macam dulu balik walaupun dalam 70 ke 80 peratus saja. Tapi saya tetap bersyukur pada Allah," katanya.

Terdahulu, Kazim mengalami sakit misteri sehingga mengakibatkan luka dan pendarahan teruk pada kulitnya. Setakat ini, seramai 15 orang doktor pakar dan 10 orang pakar perubatan Islam yang hadir memberikan rawatan terhadapnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-6-2022 07:26 PM
Adan UKE
Quote Mary_jane 23-6-2022 08:26 PM
Ingatkan lepas insaf hari tu dah tak nak update pape dah pasal sakitnya. Rupanya ada lagi.
Quote mojarean_X 23-6-2022 08:28 PM
Alhamdulillah
Quote ina_na 23-6-2022 08:36 PM
Bg tempoh 3 bulan..leh bertahan x dr x citer mcm2 kat media sosial
Quote 3chanceno 23-6-2022 08:51 PM
Kata malu dgn arwah kak dib kerana orangnya sabar menghadapi penyakit tu n diam je....ingatkan dah senyap takde update lagik pasal dirinya n penyakit misteri

Pasal keluar di forum perdana pun meols ingat, katanya dah tak nak masuk lagik
Quote ChildrenOfBodom 23-6-2022 10:07 PM
Akhir zaman nie lagi banyak tauladan ditunjukkan dari ahli maksiat (retis) berbanding ahli agama sampah
Quote dua_chzy 23-6-2022 10:34 PM
So apa sakit kau? Diabetic ka pakcik?
Quote H0rr0rfan 23-6-2022 10:52 PM
Dia sebenarnya ada perasaan bersalah kat orang dan yakin akan ada orang santau dia. Neurological illness until it manifest in the real life. Macam juga orang yang yakin dia mengandung sampai fizikal dia nampak macam orang memgandung tapi bila doktor check no pregnancy.

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3858751/
Quote anony-mous 23-6-2022 11:02 PM
3chanceno replied at 23-6-2022 08:51 PM
Kata malu dgn arwah kak dib kerana orangnya sabar menghadapi penyakit tu n diam je....ingatkan dah s ...

I baru nk husnuzon dia cerita pon sbb org tanya. Then baca perenggan last uols..

Kdg2 rasa xbaik benci ustaz2 tp sejak kes ank dia tu jd susah nk suka dia ni
Quote uori 23-6-2022 11:06 PM
lahhhhh hujung2 gi spital
Quote tripleid 23-6-2022 11:48 PM
Ujung2 modern medicine jgk yg ko hadap..knp x teguk air jampi jah??
Quote whimsicalmusic 24-6-2022 01:43 AM
Ade gmbr x sblm (keluar darah) dgn selepas (da kering)?
Quote Belibis 24-6-2022 08:01 AM
3chanceno: Kata malu dgn arwah kak dib ke ...

Tak masuk forum perdana pun takpe..tiap minggu ada masuk kat forum cari..
Quote Normabaru 24-6-2022 08:42 AM
pak cik tuwe ni sbnrnya kena kurap kottttt...

dikatanya kena sihir...puikkkk
Quote Normabaru 24-6-2022 08:44 AM
3chanceno replied at 23-6-2022 10:51 PM
Kata malu dgn arwah kak dib kerana orangnya sabar menghadapi penyakit tu n diam je....ingatkan dah s ...

ni ongtuwe gila attention sebenarnya..hiks
Quote becir 24-6-2022 08:52 AM
Kalau bukan sesapa, sedara pun tidak, buat apa ambik tau.

Quote prince_marhaen 24-6-2022 09:28 AM
LAHHHHHHHHHHHH...baru dua hari lepas insaf sebab kuat merempan terpaling sakit dalam Malaysia.... hari ni siap masuk surat khabar arus perdana yek.... dah jadi macam ketagih attention dah...boleh berhenti Forum Perdana Hal Ehwal Islam, sebab hari-hari dah ada thread update sakit dekat Forum Cari... yihhh
Quote ChildrenOfBodom 24-6-2022 09:57 AM
Normabaru replied at 24-6-2022 08:42 AM
pak cik tuwe ni sbnrnya kena kurap kottttt...

dikatanya kena sihir...puikkkk

Atau kena Sporo ..
Quote Samerosie 24-6-2022 10:05 AM
Kalau dari mula jumpa doctor kan elok dari dok jaja cerita kena sihir, cerita konon 6 orang melutut minta maaf bagai.  Penunggang ugama cam ni pun orang masih nak ikut.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.278763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top