CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Remaja Perempuan Hilang, Dah Berbulan Tak Balik Rumah

23-6-2022 05:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3527| Komen: 30

Description: KULAI – Dua remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Putri Kulai, di sini setelah tidak pulang ke rumah sejak Mac dan bulan lalu.
KULAI – Dua remaja perempuan dilaporkan hilang di Taman Putri Kulai, di sini setelah tidak pulang ke rumah sejak Mac dan bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, remaja terbabit ialah Norpreeta Muhammad, 18, dan Nur Diana Mohammad Rizal, 19, masing-masing gagal dikesan di kawasan perumahan tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Diana pada 17 Mac lalu selepas meminta izin untuk pergi ke rumah bapa saudaranya di blok yang sama iaitu Blok 10, Taman Putri di sini.


Diana, Foto: Kosmo

“Pengadu menghubungi anak perempuannya untuk bertanyakan bila dia mahu balik dan remaja terbabit memberitahu akan balik sebentar lagi.


“Selepas itu pengadu cuba menghubungi anaknya lagi namun gagal. Pada pukul 8.30 malam, pengadu menerima pesanan ringkas daripada anaknya yang menyatakan dia berada dalam keadaan selamat dan jangan bimbang akan keselamatan dirinya.

“Sehingga laporan polis dibuat, remaja tersebut masih belum pulang, pengadu telah berusaha mencari dan mengesan anaknya di merata tempat namun gagal dan menemui jalan buntu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 sambungan 6419 atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd. Aspar Satari di talian 019-7736485.

Tambahnya, pihaknya menerima satu lagi kes remaja hilang pada 11 Jun membabitkan seorang remaja perempuan dilaporkan hilang ketika dia bersama keluarganya berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Jalan Sri Putri 2/9, Taman Putri.

“Pengadu dan keluarga telah pergi ke rumah kakaknya bagi menghadiri majlis perkahwinan. Selepas itu, anak perempuan pengadu telah keluar dari rumah dengan membawa kad pengenalannya dan pengadu tidak pasti ke mana arah tujunya.

“Pengadu cuba menghubungi remaja berusia 18 tahun itu tetapi gagal dihubungi. Sehingga laporan polis dibuat, remaja perempuan terbabit masih belum pulang,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi Balai Polis Kulai di talian 07-6632222 sambungan 6419 atau menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Jaafar Wahab di talian 017-7974026, katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:07 PM
Dah dapat kerja kat mana2 ler tu cakap mak kang takut tak benarkan
Quote Nnoor2 23-6-2022 07:17 PM
Dah kena bunuh ke apa....seriau aku budak2 yg kuat berpeleseran ni....
Quote intan244 23-6-2022 09:40 PM
sorry to say, tgk gambar pon mcm set2x lari dari rumah
Quote musangbodoh 24-6-2022 12:49 AM
dulu2 kes2 anak dara ilang pasal ikut jantan lombok......nowaday dunno why
Quote mojarean_X 24-6-2022 12:56 AM
X sabar nk baca komen acik2 porem kali ni utk versi gegirl lari dari umah
Quote mojarean_X 24-6-2022 12:58 AM
Btw family dia x de foto anak dia yg semenggah sikit ke?
Quote tumpanglalu74 24-6-2022 01:08 AM
Kot2 ade sindiket colek area tu..
Quote kakikuDibibirmu 24-6-2022 01:16 AM
Culik mangga  tersenyum sinis
Quote supernaturalee 24-6-2022 04:33 AM
Jgn terjebak sindiket pelacuran sdh

Lari g kje speedmart mcm ok lg kut
Tel le mak nye cpt

Quote Suchi 24-6-2022 06:11 AM
Ada gakla berita drpd negeri lain, tu pun dah 2 bulan hilang baru dapat cover beritanya. Moga masih dlm keadaan sihat dan selamat la hendaknya.
Quote adeqbun 24-6-2022 10:40 AM
penah tgk cite remaja kene culik..mesej mcm ni la kate jgn risau,xde ape2..semuanya slamat...rupenye penculik yg reply kan...
Quote namr 24-6-2022 10:59 AM
birah lettew
Quote bellaa 24-6-2022 11:13 AM
comei je budak ni. jgn sampai boyot baru nak balik dah ler
Quote Decaffeinated 24-6-2022 04:27 PM
adeqbun replied at 24-6-2022 10:40 AM
penah tgk cite remaja kene culik..mesej mcm ni la kate jgn risau,xde ape2..semuanya slamat...rupenye ...

Kalau penculik adalah tuntutannya. Ni dah berapa bulan nak bagi makan penculik pun boleh muflis.


Quote adeqbun 25-6-2022 08:29 AM
Decaffeinated replied at 24-6-2022 04:27 PM
Kalau penculik adalah tuntutannya. Ni dah berapa bulan nak bagi makan penculik pun boleh muflis.

...

Ade je culik sbb nak dijual,diseksa dan dilacurkan
Quote umbut 25-6-2022 10:31 AM
Dah habis sekolah kan. Biarlah. Maybe umah mcm neraka
Quote edayildiz 25-6-2022 10:53 AM
bdk ni mcm muka sorg minah ni tp i jmpa dia kt slgr awl thn
dia bwk motobike bsr..mcm lari dr umah..motobike colour pink..
seksi sikit sbb pakai bju nampak
perut bebetul perut..abis laki kt petronas jeling kt dia..hrp slmt la dia..i rasa ank ongkaya yg lari
tp i syak bdk tu lari dr umah..sorg sorg jer termenung..tp hebat blh bawak motobike bsr.
Quote wirazam 25-6-2022 10:14 PM
Dah jumpa belum ni..
Quote Lagubestbest 25-6-2022 10:53 PM
edayildiz replied at 25-6-2022 10:53 AM
bdk ni mcm muka sorg minah ni tp i jmpa dia kt slgr awl thn
dia bwk motobike bsr..mcm lari dr umah ...

1K/1shot sekarang ni you.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.335383 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top