CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Isteri Ditikam, Tangan Nak Putus, Tempurung Kepala Retak Dikerjakan Suami

23-6-2022 05:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4103| Komen: 80

Description: Tumpat: Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini, petang kelmarin, mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua tangannya hampir putus selain retak tempurung kepala dan luka di ...
Tumpat: Wanita yang ditikam suami dalam kejadian di Chabang Empat di sini, petang kelmarin, mengalami kecederaan parah dengan kedua-dua tangannya hampir putus selain retak tempurung kepala dan luka di beberapa bahagian badan.


Mangsa yang berusia 26 tahun dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan selesai menjalani pembedahan hampir lapan jam malam tadi.

Kakak mangsa yang enggan dikenali berkata, ketika ditanya kepada adiknya semasa menerima rawatan kecemasan di hospital petang kelmarin, mangsa memberitahu dia dan suami tidak bergaduh.

Foto: Harian Metro

"Sebaliknya mereka berdua yang baharu berkahwin Februari lalu memang sedang berdepan masalah rumah tangga. Kedua-duanya menetap di Kampung Morak di sini.


"Pada kejadian petang kelmarin, saya tiada di rumah. Adik ada di biliknya sebelum lelaki itu menerjah bilik dan mereka terus bergelut.

"Tiba-tiba, adik diheret ke luar bilik terus ke dapur sebelum kepalanya dihentak ke simen serta ditikam dengan pisau sehingga rebah," katanya dihubungi hari ini.

Wanita berusia 34 tahun itu berkata, kejadian itu menyebabkan adik perempuannya parah. Ibunya yang cuba menghalang turut mengalami luka di kepala sepanjang empat sentimeter (cm) dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Menurutnya lagi, mangsa ada memberitahu ingin berpisah dengan suaminya dan sebelum ini juga, dia pernah menerima ugutan akan ditikam ketika berselisih faham.

"Kami tidak sangka masalah mereka akan berakhir dengan tragedi. Emak yang sebelum ini menyara keluarga dengan menjual kuih sudah tidak mampu bekerja disebabkan kejadian itu selain trauma.

"Apa yang kami harapkan adalah pembelaan buat adik kerana dia mungkin akan mengalami kecacatan kekal kerana dua belah tangannya hampir putus dalam kejadian itu dan doktor sedang cuba yang terbaik," katanya.

Pada kejadian jam 6.35 petang kelmarin, lelaki berusia 27 tahun itu menikam isteri dan ibu mentuanya dipercayai disebabkan perselisihan faham.

Lelaki terbabit ditahan polis di Lembah Sireh, Kota Bharu pagi semalam.

Lelaki yang memiliki empat rekod lampau itu kini direman sehingga 25 Jun ini. -CARI

Sumber: Harian Mtero

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 23-6-2022 05:57 PM
3 bulan kawen . Sakit mental atau penagih dadah?

Quote shernazz 23-6-2022 05:59 PM
Orang gini hidup pung takdak.guna
Elok la dijadikan makanan komodo
Quote Artemesiaa 23-6-2022 06:00 PM
Ni yang lakinya nak bunuh diri lepas kejadian tapi tak jadi lepas dapat makanan kegemaran tu kan
Quote jas7512 23-6-2022 06:27 PM
Sskjp lg  bgslah penjara besar kat sana..blh muat ramai penjenayah local
Quote xy_daen 23-6-2022 06:41 PM
Serambi Mekah katanya...
Quote cheezel 23-6-2022 06:43 PM
Kelantan ni suka buat hal la. Lps tu ramai2 berhijrah g kl selangor bawa perangai sakai tu sekali
Quote sharlenetexas 23-6-2022 06:44 PM
Bendera oh bendera.

Quote any42 23-6-2022 06:48 PM
org yg xde rekod lmpau pun kdang bleh mnggila pkul ank isteri. Inikn pula yg dah ade byk kes polis tentunya bkn jnis jantan baik2 kn. mmg gmble btul la kawin ngn jntan rekod xbersih. nsib x baik jd mcm ni la. hrap mangsa kuat smngat. kdua2 tgn hmpir ptus kesiannya
Quote ice_sky92 23-6-2022 07:00 PM
Amik dadah?
Mental?
Hujung2 terlepas sebab gila. Kebabian apakah ini.
Quote Nnoor2 23-6-2022 07:06 PM
@renko apa nk jadi zantan2 kelantam nim
Quote zamnie 23-6-2022 07:09 PM
Artemesiaa replied at 23-6-2022 06:00 PM
Ni yang lakinya nak bunuh diri lepas kejadian tapi tak jadi lepas dapat makanan kegemaran tu kan

Oh ye ke.. patutla nk bunuh diri dia ingat dhnbunuh bini la tu
Quote nora_balqis 23-6-2022 07:13 PM
Kesiannya lahai.baru kawin bln 2 ari tue.
Quote naina 23-6-2022 07:17 PM
Dadah la kot
Mental sebab dadah
Dua tau ada rekod buruk
Kenapa la pg Nikoh
Perempuan2 sana kena keluar berhijrah juga cari laki berjenis ckit
Quote chandrahusin 23-6-2022 07:24 PM
Lelaki yang memiliki empat rekod lampau itu kini direman sehingga 25 Jun ini.
- aku pnh baca 1 artikel dulu yg kita boleh check rekod jenayah bakal suami/isteri jika ada
Quote renko 23-6-2022 07:42 PM
Nnoor2 replied at 23-6-2022 07:06 PM
@renko apa nk jadi zantan2 kelantam nim

Wahhh bertambah2 bengkak bibir timbalan mb lepas baca berita ni
Quote shy79 23-6-2022 08:06 PM
taik dadah lagi buat hal..
nape la pi kawin dgn org mcm ni..
Quote pooh~key 23-6-2022 08:12 PM
Lelaki kelantan dan terengganu emang babi2 yach sis. Bukti kepimpinan PAS darul islam wal kengkonon suci berjaya yach sis?
Quote Nnoor2 23-6-2022 08:20 PM
renko replied at 23-6-2022 07:42 PM
Wahhh bertambah2 bengkak bibir timbalan mb lepas baca berita ni

Hehe........
Quote mejaputih 23-6-2022 08:24 PM
Artemesiaa replied at 23-6-2022 06:00 PM
Ni yang lakinya nak bunuh diri lepas kejadian tapi tak jadi lepas dapat makanan kegemaran tu kan

Betulllllll...baik biar dia bunuh diri je...

Lihat semua komen(80)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-7-2022 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.083715 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top