CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

SOG Beri Amaran, Datang Konsert Untuk Berseronok Bukan Raba Orang!

20-6-2022 07:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2595| Komen: 15|Original author: Tatod

Description: Dari Kiri: Nazrin, Qayyum, Riko, Amsyar, MK Ridzuan dan Nazmin (Sumber IG)Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36, Sekumpulan Orang Gila atau SOG tampil memberikan amaran kepada semua pengunjung yang datan ...
Dari Kiri: Nazrin, Qayyum, Riko, Amsyar, MK Ridzuan dan Nazmin (Sumber IG)


Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36, Sekumpulan Orang Gila atau SOG tampil memberikan amaran kepada semua pengunjung yang datang ke mana-mana konsert agar tidak melakukan perkara tidak bermoral yang boleh menjejaskan nama baik mana-mana pihak.

Kata Raja Nazmin Shah yang juga pemain dram kumpulan itu tampil mengulas insiden gangguan seksual yang dilaporkan di beberapa konsert dan persembahan kumpulan itu beberapa minggu lalu.


"Gangguan seksual adalah perkara yang sangat berat. Dua kali terjadi perkara sebegini dalam persembahan kami hujung minggu lalu.

"Selagi boleh, kami nak pengunjung rasa selamat dan ada cerminan diri yang bagus. Kita tak nak ada golongan abuser ini dalam scene kami. Mereka menyebabkan ramai orang takut nak turun konsert dan beri sokongan," katanya. 

Sementara itu, vokalis kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah juga memberikan amaran kepada semua individu yang berniat untuk menghadiri mana-mana konsert selepas ini untuk datang memeriahkan dengan niat yang betul.


"Kita tak mahu perkara sebegini terjadi lagi. Bukan hanya di konsert kami tetapi mana-mana persembahan sekali pun. Ada banyak grey area dalam kes ini dan kami tidak mahu saling menyalahkan.

"Cuma kami nak ingatkan agar datang konsert dengan niat betul iaitu berseronok. Bukannya dengan niat nak meraba orang lain," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 17-6-2022 07:09 PM
@Kurex mohon berhati-hati. jangan jadi mangsa  
Quote lolaaluluu 17-6-2022 07:52 PM
kadang aku teringin nak join. tapi aku cam xboleh himpit2 gelap2. stress lol
Quote Perawankota 17-6-2022 08:52 PM
Dulu2 boleh lah nak berhimpit2.. Dah Tua2 ni x sanggup..
Quote Imkhai 17-6-2022 08:58 PM
Hbis ko asing la side laki side ppuan klau mcm tu ko ni bnyk mulut kn skrng sejak menang ajl
Quote Goodluckdontcry 18-6-2022 12:46 AM
Dilraba dilmurat tersenyum sinis..
Quote PinkyPie 18-6-2022 08:13 AM
Please la kasitau takyah moshpit, annoying af tau!
Quote kaedahnya 18-6-2022 08:17 AM
yang SOG ni ada kembar ke? yang banyak bersuara tu yang mana satu pulak, yang baru kawin tu yang mana pulak?
Quote Aneem 18-6-2022 08:54 AM
Edited by Aneem at 18-6-2022 08:55 AM

Tgk jugak la sapa yg perform.
Kalau nasyid, lagu tradisional takde la org galak berhimpit meraba.
Dh genre lagu kau bawak mcm org gila, mana la ada org yg boleh ddk statik aje..
Korang perform pun mcm keli kena garam, dh tu nak expect org bertafakur je nengok konsert kau.
Apooo.
Quote makneng 18-6-2022 05:45 PM
Keless rambut hat depan tu…kalah rambut mak [em:3:]
Quote prince_marhaen 20-6-2022 10:22 AM
bila bebudak underground fefeeling dah terpaling hot stuff & ada fanatik bila masuk mainstream.... sikit-sikit merempan, sikit-sikit nak pesan itu ini...yang sorang tu ada je benda tak puas hati dalam industri & fans, terpaling art & seni katanya.... hujung-hujung kat tweeter nampak macam fonen sajorkkkk ayat merempan.
Quote Sazreena 20-6-2022 11:11 AM
Aku last berhimpit ngalahkan nasi impit masa konsert Butterfingers. Gigih terpacak depan stage. Dah lama tak layan gig / konsert keras. Terasa zaman dah berlalu nyaaahh.
Quote Kurex 20-6-2022 10:28 PM
Adrif replied at 17-6-2022 07:09 PM
@Kurex mohon berhati-hati. jangan jadi mangsa

Ehh.. takpe, apa salahnya berhimpit2 dgn band sog ni. Takpe.. dakapan deols sentiasa terbuka utk kurex
Quote tipah89 21-6-2022 01:58 PM
kang orang duduk tengak je ko kata orang x enjoy lagu ko. byk bunyik betul band ni, kerja nak menyound orang je. baru la sekali menang AJL  mendiva pulak. dari ko byk bunyik baik ko arrange baik2 nak elak menda tu jadik kan. or xyah perform langgsung lah xdak kesan pun dlm industri
Quote KamikuP 21-6-2022 02:48 PM
Sejak menang AJL ni byk bunyik pulak SOG ni.. patut pun kene ngan nama ORG GILA
Quote tikusmakmal10 21-6-2022 10:11 PM
dtg sbb nk kutip tacang

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.257095 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top