CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Selesa Menyeksi, Emma Maembong Belum Sedia Jadi 'Mak-mak'

18-6-2022 05:48 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10294| Komen: 82|Original author: LilRose

Description: Mahu menjadi diri sendiri. Demikian pengakuan Emma Maembong berhubung dakwaan dirinya semakin seksi selepas bergelar seorang ibu.
Mahu menjadi diri sendiri. Demikian pengakuan Emma Maembong berhubung dakwaan dirinya semakin seksi selepas bergelar seorang ibu.

Dia sebaliknya meminta netizen mendoakan dia menjadi insan yang lebih baik.


Kredit foto: IG

"Saya hanya pakai apa yang selesa. Ikutkan ini pakaian saya sejak dari zaman remaja lagi. Saya tak nak jadi orang yang dah kahwin, kena terus berubah. Biarlah saya menjadi diri sendiri.

"Saya tak kisahlah orang nak cakap pakaian macam budak-budak ke, saya hanya nak hargai hidup saya sekarang. Insya-Allah doakan yang baik-baik, satu hari nanti saya mesti akan pakai tudung balik.



Kredit foto: IG

"Setiap wanita memang kena pakai tudung, Insya-Allah saya akan berubah, jadi janganlah kaitkan anak saya. Setiap orang ada cara didikan anak," kata pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismal, 30, itu kepada mStar.

Terdahulu, Emma mencuri tumpuan dan dihujani kecaman warganet kerana tampil bersinglet putih dan berseluar merah dengan rambut ditocang berwarna biru.


Kredit foto: IG

Sungguh berbeza dengan penampilannya ketika berhijab suatu ketika dahulu yang nampak ayu dan sopan.

Emma bagaimanapun enggan bergaduh dengan netizen dan mahu menumpukan pada kehidupan berkeluarga dengan tenang.

"Zaman saya nak bergaduh dan berperang dengan netizen sudah berakhir. Lagipun, saya dah capai impian saya iaitu anak. Kalau dahulu, darah muda bila orang kecam, rasa nak kecam balik.

"Seboleh-bolehnya nak jelaskan dan betulkan. Tapi sekarang usia saya pun dah 30 tahun. Dah ada anak, suami pun. Saya nak jaga keluarga saya.


Kredit foto: IG

"Walaupun saya buat yang terbaik, orang tetap akan kecam, buat salah lagi la orang kecam. Susah nak puaskan hati netizen. Saya pun dah tak nak stres. Emosi saya sekarang hanya untuk anak," ujarnya.

Okeylah, Emma. Jadi saja diri sendiri dan abaikan saja kecaman dan komen negatif orang ramai. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 18-6-2022 06:08 PM
Biarla asal dia tak over cam arwah ceknon ng kak km jubo tu
Quote missHaidiD 18-6-2022 06:11 PM
Emma pakai tudung cntik. Tp free hair lg cntikkkkk

Quote Buritan 18-6-2022 08:45 PM
makadek replied at 18-6-2022 06:08 PM
Biarla asal dia tak over cam arwah ceknon ng kak km jubo tu

Aku nak komen anak dia so chomelll...
Quote makadek 18-6-2022 08:50 PM
Buritan replied at 18-6-2022 08:45 PM
Aku nak komen anak dia so chomelll...

Mmg kalah jebat
Kuat gen mak
Quote iraizz 18-6-2022 08:57 PM
Petite, kecik molek, putih gebu...untung laki dia..
Quote wirazam 18-6-2022 09:03 PM
Buritan replied at 18-6-2022 08:45 PM
Aku nak komen anak dia so chomelll...

Warna rambut anaknya brunette ke?? Mcm cantik nampak..kulit pun cerah mmg sesuai
Quote Buritan 18-6-2022 09:06 PM
makadek replied at 18-6-2022 08:50 PM
Mmg kalah jebat
Kuat gen mak

Rasa mcm nak kidnap jee..
Quote Buritan 18-6-2022 09:07 PM
wirazam replied at 18-6-2022 09:03 PM
Warna rambut anaknya brunette ke?? Mcm cantik nampak..kulit pun cerah mmg sesuai

Kalo yg mcm ni pun aku dah geram.. rasa kidnap
Quote anakkerengga 18-6-2022 09:41 PM
Emma cantik.. suami nya hensem… anak nya mst lah cute… kalau emma dpt anak pompuan nnt pun mst comel
Quote AcikBuncit 18-6-2022 11:12 PM
Dia sbnrnye org xksh dh ko xpkai tdung pn, tp cara pakaian tu jgnla seksi sgt. Tgk scha tu.. Xpernah brtdung langsung tp xda kene kecam.. Sbb pakaian dia xdaring..
Quote SpyLeman 19-6-2022 03:29 AM
Kalau korang perasan ayat dia berulang2 dia ckp fokus dia pada anak je. Biasanya org ckp pada family. Iols nak speku dan nak percaya yg ramai forumer ckp dia tgh membara dgn laki dia skrg. Biasalaaa..pipit dgn enggang sudah nak fly together. Lagipun Li katanya mmg ada ngetaste kat org lain sblm emma
Quote stingerbumpy 19-6-2022 03:35 AM
Yg penting suami bagi redho…..
Kerna sesungguhnya syurga isteri adalah redho suami…..

Lu org takda belajar agama kewww?
Quote Tinot7 19-6-2022 04:01 AM
Comeynya gabriel.. gabriel kan nama dia?
Quote stingerbumpy 19-6-2022 04:18 AM
Tinot7 replied at 19-6-2022 04:01 AM
Comeynya gabriel.. gabriel kan nama dia?

Bila nak start membiak your own?
Quote Tinot7 19-6-2022 04:19 AM
stingerbumpy replied at 19-6-2022 04:18 AM
Bila nak start membiak your own?

Iols dah menopos..
Quote stingerbumpy 19-6-2022 04:21 AM
Tinot7 replied at 19-6-2022 04:19 AM
Iols dah menopos..

Kata kata iteww boleh jadi satu doa tau….terutama jika masih jauh lagi perjalanan….
Quote Tinot7 19-6-2022 04:56 AM
stingerbumpy replied at 19-6-2022 04:21 AM
Kata kata iteww boleh jadi satu doa tau….terutama jika masih jauh lagi perjalanan….

Ehh.. hang tau ka umo iols baper??? Awat jauh perjalanan? Perjalanan dah berubah haluan deyy..
Quote stingerbumpy 19-6-2022 05:28 AM
Tinot7 replied at 19-6-2022 04:56 AM
Ehh.. hang tau ka umo iols baper??? Awat jauh perjalanan? Perjalanan dah berubah haluan deyy..

Tak perlu tahu….just a reminder….
Quote Tinot7 19-6-2022 07:10 AM
stingerbumpy replied at 19-6-2022 05:28 AM
Tak perlu tahu….just a reminder….

Tengkiu sbb bg reminder tapi perjalanan iols dah berubah. Ini la yg dikatakan qada' dan qadar.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.205709 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top