CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Punyalah Lama Berebut Nama, Perang Antara Amy UKS Dan Amir UK's Dah Tamat Ke?

17-6-2022 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1849| Komen: 10

Description: "Nama kumpulan saya kini dikenali dengan UK Band sebagai penjenamaan semula sempena kelahiran dua lagu baru iaitu I Love You I Miss You 2 dan Terpaksa Dalam Rela," kata ketua kumpulan dan pemain keybo ...
"Nama kumpulan saya kini dikenali dengan UK Band sebagai penjenamaan semula sempena kelahiran dua lagu baru iaitu I Love You I Miss You 2 dan Terpaksa Dalam Rela," kata ketua kumpulan dan pemain keyboard kumpulan UKS, Amy. 


Kenyataan ini sekali gus seakan menamatkan 'perang dingin' di antara Amy dengan penyanyi asal UK's, Amir berikutan perebutan siapa yang berhak menggunakan nama kumpulan terbabit.

Amy atau nama sebenarnya Azmi Hassan yang selama ini menggunakan nama UKS bersama anggota baharu berkata, dia tidak cemburu apabila Amir bersama anggota asal UK's iaitu Rozdenil Toni (Denil - gitar); Mohd Saleh Mohd Alias (Olley- bass) dan Amiruddin Sharif (Amirul - dram) tampil beraksi dalam Konsert U.K'S Reunion 25 Tahun di Istana Budaya, malam ini dan esok. 


Foto: Harian Metro


"Sebenarnya saya suka mereka keluar semula untuk sama-sama mencari rezeki masing-masing. Untuk bergabung semula itu bagus. Saya tak cemburu sebab saya suka benda itu. Biar karier seni saya jadi dan Amir pun jadi. Maknanya masing-masing cari rezeki. Pada peringkat melepasi usia 50-an perasaan cemburu dah tiada. 

"Saya tak pernah ada perasaan cemburu pada Amir atau apapun. Cuma mungkin kita masa muda-muda tak matang. Pemikiran pun masih kategori budak-budak. Sekarang dah matang," katanya kepada Harian Metro.

Amy mendoakan Konsert UK's Reunion 25 Tahun akan berjaya serta mendapat sambutan hangat daripada peminat yang merindui mereka.

"Moga ramai akan datang tengok dan terubat kerinduan kerana UK's dah lama tiada dalam industri. Hanya Amir bergerak seorang diri. Jadi apabila mereka bergabung saya sangat gembira. Alhamdulillah masing-masing boleh meneruskan legasi semula. Kami boleh jalan terus dengan band masing-masing dan sama-sama cari makan. 

"Kalau boleh selepas konsert IB mereka teruskan dengan konsert lain pula dan ada single baru untuk peminat. Saya berterima kasih kerana tanpa mereka tiadalah saya dalam industri. Dengan merekalah nama saya dikenali," katanya. 

Menurutnya, rezeki masing-masing sudah tertulis dan semua pihak perlu akur dengan ketentuan Allah. 

"Rezeki Amir, saya dan anggota lain tetap ada. Kalau ada kesempatan, saya bercadang nak menonton. Tapi jadual saya agak padat sekarang. Saya sebenarnya rapat dengan Amirul dan selalu berhubung. Jadi saya dapat tahu perkembangan terkini mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BellaThePrinces 17-6-2022 04:55 PM
teringat plk bujang2 dulu gigih g funfair sbb nk tgk ukays...mmg lagu2 depa semua best.

tapi la ni..x terniat plk nk pi konsert korang...suara amir pun dah lari jauh...biar lah ku hidup dgn kenangan lalu sajorkk
Quote buapakperut 17-6-2022 05:04 PM
Masa sekola rendah dulu kawan iolss sebut kumpulan yookies. Dah aku teringat katun yookies. Gelak ketawa senang hati. .
Quote KamikuP 17-6-2022 05:08 PM
Lorr.. bila konsertnya tak tau pon.. haishhh
Quote fadz84 17-6-2022 08:00 PM
KamikuP replied at 17-6-2022 05:08 PM
Lorr.. bila konsertnya tak tau pon.. haishhh

Mlm ni ngn esok kat IB.. yg mlm esok tgk hampir sold out jgk wlpun tiket agak mahal juga.. masa Konsert Minggu Ini kat RTM best gile tgk fans sing along lagu2 Ukays..
Quote belacan_gurl 17-6-2022 09:34 PM
Cuma kalo aku ..sebut ukays @uk's hanya utk amir...
Quote Belibis 17-6-2022 10:45 PM
belacan_gurl: Cuma kalo aku ..sebut ukays @u ...

Sememangnya...penyanyi asal jer serasi dengan nama band..mael xpdc,awie wing,amy search..walaupun penyanyi asal sering bertukar.
Quote musangbodoh 18-6-2022 01:15 PM
mmg kena lagu dorang masa top dulu....time blajar mmg zaman cintan cintun
Quote ezacbee 18-6-2022 01:31 PM
Aku de kaset bisa berbisa ngan tajam menikam je. Xminat sangat group ni cuma lagu2 je best.
Quote hazlya 18-6-2022 01:44 PM
Meols dah pegi konsert Ukay's malam tadi. Suara Amir masih sedap walau ada la sikit2 napas pendek tapi tetap tak terkucil. Muzik best.
Quote DayangKirana 20-6-2022 02:20 PM
yang aku kenal cuma Amir...bile nye pulak ada Amy?
dah rupa macam ketua penari zapin je rupenye...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.144731 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top