CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Haqiem Rusli Menyampah Netizen Cakap Kasar Tegur Isterinya

17-6-2022 04:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2547| Komen: 12

Description: Komposer dan penyanyi terkenal Haqiem Rusli tidak selesa apabila isterinya, Anis Sofea sering berdepan teguran netizen dalam media sosial.
Komposer dan penyanyi terkenal Haqiem Rusli tidak selesa apabila isterinya, Anis Sofea sering berdepan teguran netizen dalam media sosial.

Kata Haqiem, dia bagaimanapun masih boleh menerima teguran termasuk kecaman yang dilemparkan kepada isterinya dengan hati terbuka, tetapi bukan menggunakan bahasa kasar yang keterlaluan.

Foto: IG

“Saya tak nak komen banyak tentang perkara ini, bagi saya sebagai seorang manusia, mesti ada proses untuk jadi lebih baik.

“Saya faham mereka yang menegur itu untuk tujuan kebaikan, saya setuju dengan mereka cuma kita doa yang baik-baik sahaja, jangan terlalu keras dan kasar ketika menegur.


“Saya dan isteri serta kita semua sedang belajar untuk menjadi manusia yang lebih baik, jangan kecam-kecam sangat ya,” katanya.



Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Ruslim 24, turut meminta sedikit masa dan ruang untuk isterinya benar-benar berubah menjadi lebih baik dan peka dengan situasi semasa selepas ini.

Terdahulu, Sofea menjadi sasaran netizen selepas berkongsi beberapa keping gambar ketika berbulan masu di Istanbul, Turki memaparkan dirinya berpakaian seksi dan agak kurang sesuai sebagai wanita berhijab.




Pada masa sama, netizen turut memberikan teguran dan meminta Sofea agar lebih sensitif menutup aurat dengan sempurna.

Pelantun lagu hit Tergantung Sepi tu Sofea selamat bergelar suami isteri di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November tahun lalu. -CARI





Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bankerpencen 17-6-2022 07:57 PM
Dia dgn bini dia ni nampak macam akak sulung dgn adik bongsu. Muka bini nampak tua
Quote anony-mous 17-6-2022 08:48 PM
bankerpencen replied at 17-6-2022 07:57 PM
Dia dgn bini dia ni nampak macam akak sulung dgn adik bongsu. Muka bini nampak tua

Bini dia muka can do tp itu la x sesuai dgn dik qiqim mcm u ckp, kakak n adk
Quote sweetyroses 17-6-2022 08:54 PM
Ingatkan aku sorang nampak muka bini dy terlebih 'matang'. Hihihi. Kalau tak nak kena kecam duk diam2 je adik manis. Xyah nk sibuk2 join limelight laki bagai. Ni ko pun sama naik macam retis, dah kena kecam bising pulak.
Quote gideoncross 17-6-2022 10:08 PM
sweetyroses replied at 17-6-2022 08:54 PM
Ingatkan aku sorang nampak muka bini dy terlebih 'matang'. Hihihi. Kalau tak nak kena kecam duk diam ...

Snang2 disable kan je comment section ataupn limit kn, lgi sng, xyah nak brbalah dgn netz.
Quote miszclassique 17-6-2022 10:14 PM
gideoncross replied at 17-6-2022 10:08 PM
Snang2 disable kan je comment section ataupn limit kn, lgi sng, xyah nak brbalah dgn netz.

Kalau disable comment tak dapatlah baca kata2 pujian dari bbnu sekalian... Knowing budak zaman now hadap kata2 pujian sebegitu
Quote bankerpencen 18-6-2022 12:40 AM
anony-mous replied at 17-6-2022 08:48 PM
Bini dia muka can do tp itu la x sesuai dgn dik qiqim mcm u ckp, kakak n adk

I rasa rupa bini dia taklah tak lawa, cuma macam terlebih matang / nampak tua dari umur sebenar. Katanya baru 20 tahun tapi dah macam hakak2. Style dia ke atau bentuk muka ke? Idk. Lakinya pula nampak cam budak2 lagi. Nampak pelik la padahal lakinya tua 4 tahun daripada dia
Quote tuntasha 18-6-2022 04:59 AM
Bini dia tak de filter ya ampun takdah lah lawa bah. muka senduk tu biasalah harap kulit cerah tu bonus penampakkan lawa.Dia sebenarnya suka je kena kecam.Marketing lagu baru laki dia propa semua ni.
Quote gideoncross 19-6-2022 03:54 PM
miszclassique replied at 17-6-2022 10:14 PM
Kalau disable comment tak dapatlah baca kata2 pujian dari bbnu sekalian... Knowing budak zaman now ...

Khwin kmain awl, ni pndai tpi tang disable kn comment section spya x sakit hti tiba2 x pndai plak lol.
Quote gideoncross 19-6-2022 03:55 PM
tuntasha replied at 18-6-2022 04:59 AM
Bini dia tak de filter ya ampun takdah lah lawa bah. muka senduk tu biasalah harap kulit cerah tu bo ...

Sma mcm Bella Astillah, bila Live xde makeup dgn filter, jdi seram skit tngok esp her eyes.
Quote gideoncross 19-6-2022 03:56 PM
sweetyroses replied at 17-6-2022 08:54 PM
Ingatkan aku sorang nampak muka bini dy terlebih 'matang'. Hihihi. Kalau tak nak kena kecam duk diam ...

Mmpu khwin muda, tu yg ikut bngga tu, nak tumpang limelight haha.
Quote sleepandream 19-6-2022 08:33 PM
dik qieqie kene bela misai la camni nak puaskan ati netizen
Quote umbut 22-6-2022 11:08 AM
Dulu ko siap edit gambar x bertudung acah lobai. Bini freehair terpaksa bertudung kahwin ngan ko takut kena kecam. Hadap ler.. X pun ko tutup komen or x yah tunjuk gambar bini ko cam bront. Settle

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.210874 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top