CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Hanya Zahid Hamidi, KJ Pun Terima Duit Daripada Ultra Kirana Sdn Bhd?

20-5-2022 05:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2139| Komen: 6

Description: Shah Alam: Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara 2014 hingga 2018 hari ini, diberitahu, 'KJ' antara individu berprofil ti ...
Shah Alam: Mahkamah Tinggi ketika perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara 2014 hingga 2018 hari ini, diberitahu, 'KJ' antara individu berprofil tinggi menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).


Ketika pemeriksaan balas terhadap bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun, peguam Ahmad Zahid, Datuk Ahmad Zaidi Zainal mencadangkan perkara itu kerana beberapa perkataan 'KJ' yang didakwa dirujuk sebagai 'Khairy Jamaluddin' dicatatkan dalam buku lejar syarikat berkenaan.

Vui Khun yang juga saksi pendakwaan ke-15 kemudian mengesahkan perkataan berkenaan dalam buku itu, namun tidak pasti ia merujuk kepada siapa.


Foto: Harian Metro


Ahmad Zaidi: Tahu mengenai wang diberikan oleh Wan Quoris (Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) kepada KJ seperti dalam buku lejar?

Vui Khun: Saya tidak tahu tetapi beliau (Wan Quoris) akan membuat permintaan dengan saya (untuk beri wang).

Ahmad Zaidi: KJ tiada kaitan dengan perniagaan UKSB. Boleh saya andaikan wang itu untuk dana politik?

Vui Khun: Saya boleh andaikan sedemikian.

Ahmad Zaidi: Saya cadangkan awak tahu Wan Quoris pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?

Vui Khun: Saya tidak pasti Wan Quoris pernah kerja dengan KJ, namun beliau beritahu mengenali KJ dengan baik.

Semalam, Vui Khun memaklumkan kepada mahkamah, wang diberi oleh syarikat itu kepada Ahmad Zahid bukan bermotifkan rasuah, sebaliknya untuk dana politik.

Kelmarin, saksi itu mengesahkan syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada Ahmad Zahid darpada 2014 hingga 2018 berhubung kontrak sistem Visa Luar Negara (VLN).

Bayaran kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu bermula akhir 2014 dengan bayaran SG$200,000 sebulan, ia kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Selain itu, Vui Khun mengesahkan, pendapatan UKSB hasil daripada subkontraktor di Hong Kong yang dilantik syarikat itu untuk melaksanakan sistem VLN.

Ditanya oleh Ahmad Zaidi mengenai sumber dana untuk membayar beberapa individu dalam buku lejar itu, Vui Khun berkata, ia adalah sumber yang sama dari Hong Kong.

Saksi berkenaan juga mengakui wang digunakan untuk membayar individu terbabit tidak dimasukkan dalam akaun bank milik UKSB.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 30 Mei ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 20-5-2022 05:05 PM
hahahaa.. kejap lagi giliran kj lah masuk mahkamah
Quote setori_mori 20-5-2022 08:34 PM
Tak terkejut. He is opportunistic
Quote Belibis 20-5-2022 08:47 PM
plywood replied at 20-5-2022 05:05 PM
hahahaa.. kejap lagi giliran kj lah masuk mahkamah

Masuk pun sekadar ambik syarat jer..pastu aman2 macam takde apa2 berlaku.
Quote musangbodoh 20-5-2022 11:06 PM
kenyang kj yg bukan kj
Quote silencekiller 20-5-2022 11:10 PM
ini taktik lama untuk raih dana Politaik... depa guna company kaa proxy kaa ... teknik ini diperkenal oleh Tun Det selepas umno diharamkan... bila kena haram, automatic account partai kena beku.. tadak duit nak guna.. bila guna 3rd party lagu ni.. jadi apa2 kat partai, duit still ada yakni disalurkan oleh 3rd party ...

ahlul2 politaik mana2 partai pun guna teknik ni jerr.. ingat nak masok bertanding election tu guna ayaq liur kaa?? toksah dok pikiaq or acah2 suci kalo pilih partai lain jadi KERAjaan..
Quote dua_chzy 21-5-2022 04:44 AM
Perlu ke nak hairan? Sebab tu heols dicop kajal.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.045828 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top