CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Bukan Budak Je, Orang Tua Juga Patut Diberi Duit Raya – Azhar Idrus

20-5-2022 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1929| Komen: 33

Description: Dalam adat memberi duit raya, bukan hanya golongan kanak-kanak sahaja yang menerimanya, malah orang tua juga patut diberi.
Dalam adat memberi duit raya, bukan hanya golongan kanak-kanak sahaja yang menerimanya, malah orang tua juga patut diberi.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, pemberian duit raya ini perlu dianggap sebagai memberi hadiah dan hukumnya adalah harus pada syarak.

Foto: Kosmo

“Bukan hanya kanak-kanak, orang tua juga patut diberi, tapi perlu dianggap hadiah, yang salahnya apabila tuan rumah yang mengharapkan hadiah.

“Sebagai contoh, tuan rumah adakan kenduri dan dia mengharapkan hadiah daripada tetamu, maka hanguslah pahala tuan rumah itu, ” jelasnya dalam satu video ceramahnya baru-baru ini.


Tambah Azhar, umum kata nabi Muhammad, saling beri hadiah maka saling berkasih sayang.

“Jika dulu orang-orang tua kita mereka akan beri hadiah, jika tanam buah maka mereka beri buah, kalau jual kain mereka akan beri hadiah kain.

“Dunia semakin moden dan adanya sistem wang, jadi diganti dengan wang. Anggaplah beri duit raya itu sebagai hadiah, ” jelasnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 20-5-2022 04:57 PM
Mmg jd kebiasaan, aku kasi duit raya pada my mom & aunties
Quote plywood 20-5-2022 04:58 PM
budak-budak pun dah banyak habis, maka kalau orang tua pun nak kena bagi entah bajet raya pun mencanak jugak ... dan nanti ada pulak isu . ..... eh kurangnya duit raya dia bagi... .. ikhlas ni biasanya akan berterbangan bila berhadapan dengan duit
Quote wolfheart 20-5-2022 05:51 PM
Selain org tua sendiri, memang biasa pun bg kat atok, mak cik, pak cik. Dorg pun dah byk keluar duit utk raya selama ni. Masa kecik, kita terima duit raya drpd dorg. Dah besar, masa kita pula membalas budi. Ikutlah kemampuan masing².
Quote xAthenax 20-5-2022 06:01 PM
Weols lama praktik ni
mana rumah kita lawat, mesti hulur
sebab biasanya  rumah weols pergi pun saudara mara suami
Quote zehra2 20-5-2022 06:05 PM
haa mmg lah utk makcik pakcik..
sbb mak aku pun dpt duit raya dari sepupu sepapat jugek
Quote FOTHER-MUCKER 20-5-2022 06:19 PM
Satu idea yang sangat bagus untuk menghalalkan rasuah!

Ok apa setahun sekali menerima duit raya!
Quote AbukRokok 20-5-2022 06:36 PM
wahh kopak mcm ni tak ckup dgn budak..atok budak pun nk juga
Quote whimsicalmusic 20-5-2022 06:57 PM
Yg ni mmg family aku praktikkan tp kt family jelah..cuma 1 jelah..kt bdk2 blh bg sikit tp kt org tua mmg kena lebih..so kdg2 jd nya mcm beban plak bila xmampu..padahal bnda tu sebagai hadiah je kan..
Quote Suchi 20-5-2022 07:05 PM
Bagi kat mil masa 1-2 hari nk raya utk belanja juadah raya or simpan ikut pandai dia la.
Pastu pg raya bagi gak duit raya.
Kita org bg duit ke apa ni ikut pd kemampuan takde jumlah tertentu dan takde paksaan.
Quote matamata 20-5-2022 07:09 PM
Aku amalkan bg pada pakcik2 aku yg uzur
lagi satu aku dah lama amalkan bg duit raya kat org jaga toll kalau OTW bck ke KL...
Quote jazaa100 20-5-2022 07:14 PM
matamata replied at 20-5-2022 07:09 PM
Aku amalkan bg pada pakcik2 aku yg uzur
lagi satu aku dah lama amalkan bg duit raya kat org jaga tol ...

Skrg dah tak de org jaga toll kau bg pd sapa?
Quote matamata 20-5-2022 07:18 PM
jazaa100 replied at 20-5-2022 07:14 PM
Skrg dah tak de org jaga toll kau bg pd sapa?

Masuk lorong lori
Quote misc 20-5-2022 07:58 PM
Sebenarnya duit raya kat org tua lagi banyak. Kat anak2 buah yg yatim piatu pun bagi banyak sebab nak bagi dorang happy. Anak2 buah yg mak bapaknya kaya raya seploh hengget je boleh ikhlas.
Quote jazaa100 20-5-2022 11:43 PM
matamata replied at 20-5-2022 07:18 PM
Masuk lorong lori

Ooo....lorong lori ada penjaga toll ek?...
Tak perasan pulak.....

Semuga Allah murahkn rezeki kau sekuarga.....Aamin
Quote imanjannah 21-5-2022 06:07 AM
selain dr anak2 buah dan budk2 yg dtg rumah, mmg aku aka spend duit utk semua mak2 sedara, dan nenek2 sedara, bukan duit yg diaorg pandang, cuma tanda ingatan kita, ingatan kita pada mereka, tapi terpulang kpd diri dan ekonomi masing2 sama ada nk bagi atau tak
Quote stingerascal2 21-5-2022 06:56 AM
Yup agree...terutama golongan yg tidak atau belum punyai cahayamata....tiap tahun asyik kena keluarkhen beri pada anak anak org lain...masuknya takda....

Kahkahkahkahjah
Quote stingerascal2 21-5-2022 06:58 AM
misc replied at 20-5-2022 07:58 PM
Sebenarnya duit raya kat org tua lagi banyak. Kat anak2 buah yg yatim piatu pun bagi banyak sebab na ...

Ikhlas yg terpilih....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote reddots 21-5-2022 08:52 AM
tahun ni mmg dari awal lagi dah plan x nak bagi duit raya pada siapa2, baik budak or mak/pak sedara  . tp ye la kan, bukan nya wajib pun. ikut kemampuan kita jer kalau rasa ada lebih rezeki, kita bagi la.
aman plak rasa hati aku, tak jadi beban nak cari sampul raya kat bank/big company
Quote jebatmaspunyer 21-5-2022 10:26 AM
korang bajet berapa ya untuk duit raya & belanja raya? mmg dah kumpul setahun ke camner? aku tahun ni jer paling banyak bajet untuk duit raya dalam RM500. Bagi kat parents aku, adik2 y masih belajar & anak sedara dah tinggal berapa ringgit jer. Pastu kos beli barang2 masak untuk makanan hari raya dari Raya pertama sampai ke raya ke empat pun dah berapa. Jadi org lain x dpt lah nk merasa duit raya aku. Malu jugak sbb mak2 sedara time aku kecik mmg x pernah miss bagi duit raya kat aku. Aku nk bagi kat anak2 & cucu2 dorang pun x cukup bajet sbb gaji aku pun sblm ni kecik jer. Skrg ni alhamdulillah gaji ok dah sikit. Cukup lah nk cover semua expenses aku tp tu pun x byk dpt simpan hujung2 bulan.

Lihat semua komen(33)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-7-2022 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066331 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top