CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Kantoi Bayar Guna Schedule Online Transfer, Dah Ambil Barang Tapi Peniaga Tak Dapat Duit

20-5-2022 04:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2091| Komen: 8

Description: PETALING JAYA – Kaedah pembayaran tanpa tunai atau digital kini dilihat semakin popular memandangkan ia lebih mudah untuk digunakan.
PETALING JAYA – Kaedah pembayaran tanpa tunai atau digital kini dilihat semakin popular memandangkan ia lebih mudah untuk digunakan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat segilintir individu yang cuba mengambil kesempatan di atas kemudahan tersebut.

Menerusi perkongsian oleh Elyn Yusof di kumpulan Facebook, komuniti Puncak Alam, seorang lelaki dipercayai menggunakan kaedah ‘schedule online transfer’ (pemindahan dalam talian secara berjadual) bagi memperdayakan mangsa.

Menurutnya, kejadian terbabit dimaklumkan telah berlaku di sebuah pasar raya miliknya di Puncak Alam baru-baru ini.


Foto: Kosmo


“Semua peniaga sila berhati-hati dengan lelaki berbaju hitam ini. Dia beli barang menggunakan ‘schedule online transfer’.

“Selepas selesai ambil barang, dia batalkan pemindahan wang tersebut seolah-olah seperti sudah bayar tetapi sebenarnya tiada duit yang masuk,” katanya dalam satu hantaran semalam.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai menasihatkan agar para peniaga perlu peka dan elakkan daripada membenarkan pembeli menggunakan pemindahan dalam talian secara berjadual.

“Satu cara sahaja iaitu ‘instant tranfer’ (pemindahan segera) dan yang lain tak perlu layan. Kalau tak nak boleh guna kad atau QR pay,” kata Ahmad Fauzi.

“Orang macam ini lah yang susahkan orang lain. Saya ni selalu juga takda tunai dan kalau boleh bayar secara dalam talian amat memudahkan. Sebab hidup tak berkat, duit pun selalu tak cukup sebab makan makanan haram,” seloroh Azyyati.

“Pekerja kena peka dan pastikan resit tertulis ‘succesful’ (berjaya). Jika tidak, pemidahan secara berjadual itu boleh dibatalkan,” ujar ahmad Norain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 20-5-2022 06:20 PM
Macam2 cara nak menipu sekarang ni
Quote shernazz 20-5-2022 06:43 PM
Moga penipu tu kena langgor lori
Quote Acikgomen 20-5-2022 06:52 PM
shernazz replied at 20-5-2022 06:43 PM
Moga penipu tu kena langgor lori

Esok2 dia bebetoi kena langgaq lori, chuols jgn nak hencap abam lori puleks
Quote pooh~key 20-5-2022 07:46 PM
Acikgomen replied at 20-5-2022 06:52 PM
Esok2 dia bebetoi kena langgaq lori, chuols jgn nak hencap abam lori puleks

Tergelak besor akak baca komen kau sis. Ya betul jugak ya sis. Dah jadi nanti kita2 jangan hencap lori puloks khen sis… kohkohkohkoh.
Quote TOPwind 20-5-2022 10:12 PM
shernazz replied at 20-5-2022 06:43 PM
Moga penipu tu kena langgor lori

now ramai kena langar lori= mereka menipu ke?
yg kena langar dengan arnab tu kira salah atau menipu apa?
Quote shernazz 20-5-2022 10:25 PM
Acikgomen replied at 20-5-2022 06:52 PM
Esok2 dia bebetoi kena langgaq lori, chuols jgn nak hencap abam lori puleks


Iols taak.hencap
Geram juge sebab member iols.baru terkena dgn penipu mcm ni.
Haha...sabo jelah khen...
Quote kivio 22-5-2022 03:36 PM
Cashier jangan layan je transfer pelik2 ni
Either instant transfer/debit card/cash
Lain2 cakap tak boleh
Quote doubleharmonic 22-5-2022 04:08 PM
“Pekerja kena peka dan pastikan resit tertulis ‘succesful’ (berjaya). Jika tidak, pemidahan secara berjadual itu boleh dibatalkan,” ujar ahmad Norain. –CARI


ko tak login account bank ke check duit tu dah masuk ke belum lepas tu tally kan balik dengan slip dia bagi? takkan ko takat tengok dia tulis successful jah tapi tak check amount tu betul ke tak account number bagai semua tu betul ke salah? buat nya masuk ke account orang lain tapi ko tak check sebab tengok dah successful jah apooo?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049845 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top