CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lelaki Kaya Lebih Mudah Dapat Respons Di Aplikasi Janji Temu

18-5-2022 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1232| Komen: 4

Description: Satu kajian mendedahkan bahawa wanita sememangnya lebih menyukai lelaki kaya untuk dijadikan pasangan, lapor akhbar The Sun.
Satu kajian mendedahkan bahawa wanita sememangnya lebih menyukai lelaki kaya untuk dijadikan pasangan, lapor akhbar The Sun. 

Lelaki kaya seperti pengasas Tesla, Elon Musk dengan pendapatan tinggi dan jawatan teratas adalah lebih 3.5 kali ganda mendapat balasan untuk bersembang di aplikasi janji temu berbanding lelaki lain.


Gambar hiasan/Vanity Fair

Wanita juga lebih mendapat perhatian jika mereka kelihatan kaya dan berpendidikan, namun kesannya lebih kecil berbanding lelaki.

Penyelidik kajian mengimbas 1.8 juta profil pada aplikasi janji temu dari 24 buah negara dan menyimpulkan bahawa ia berlaku di seluruh dunia.


“Ramai orang cenderung untuk percaya bahawa ia hanyalah stereotaip. Namun, kami mendapati ia berlaku merentasi semua budaya dalam kajian yang dilakukan sejak 1980-an,” kata seorang pakar psikologi dari Universiti Swansea, Dr. Andrew Thomas.

Kajian yang dilakukan Thomas menilai lelaki berdasarkan pendapatan, pendidikan dan pekerjaan yang disiarkan pada profil serta kaitannya dengan respons yang diterima daripada wanita bujang.

Lelaki yang memiliki tahap tertinggi pendidikan dan kewangan mendapat respons sebanyak 255 peratus berbanding yang terendah.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 18-5-2022 08:08 AM
Ini biasalah.....semua org nak himpit ..sapa je nak susah..
Biarpun rupa biasa biasa tapi kalau pocket luar biasa..pasti ada yg rapat dan minat...takperlu kajian pun ok...mmg dah lumrah maknusia
Quote wirazam 18-5-2022 08:11 AM
Kalau tak...takdenya scammer online jodoh dok tabur janji  bintang dan bulan utk perangkap mangsa....bio yg diletak pun bukan calang2..pewaris syarikat besar yada yada...lombong emas, saham beratus ribu etc etc...umah lokal pulak terpedaya
Quote wirazam 24-8-2022 08:59 AM
Zmn skrggg...tgk poket

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.293513 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top