Lazimnya, anak sulung bukan sahaja diharapkan untuk menjaga adik-adik, menjadi pembimbing atau role model kepada adik beradik lain tetapi juga menggalas tanggungjawab untuk menyara keluarga di mana tugas itu berterusan sehingga meningkat dewasa.
Boleh dikatakan perkara tersebut menjadi salah satu faktor mengapa ada sesetengah individu dalam kategori anak sulung lambat mendirikan rumah tangga kerana memberi prioriti kepada keluarga. Namun, kisah yang dikongsikan seorang wanita bergelar anak sulung ini mengenai situasi yang dihadapinya lebih perit dek kerana sikap ibu bapa yang didakwa agak materialistik.
Menurut wanita berusia 25 tahun itu, dia sudah lima tahun menjalin percintaan dengan teman lelaki yang dikenali ketika sama-sama menuntut di universiti. Katanya, teman lelakinya juga sudah menyuarakan hasrat untuk memperisterikannya namun situasi yang dihadapi ketika ini membuatkannya belum bersedia kerana tersepit antara keluarga dan masa depan. "Sekarang apabila saya cakap nak kahwin, parent saya macam tak setuju sebab teman lelaki bukan anak orang kaya. Kalau boleh mereka nak saya cari lelaki kaya. "Parent saya cakap kalau nak kahwin pastikan lelaki tu kena ada kereta, rumah dan hantaran paling kurang RM20,000. Kadang saya malu, famili saya pun tak kaya, takkan saya nak cari anak Datuk atau anak Tan Sri?," luahnya yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding. Tambahnya lagi, walaupun teman lelakinya bersungguh-sungguh mahu memperisterikannya, namun sikap kedua orang tuanya membuatkan dirinya sedih dan buntu. Perkongsian tersebut meraih lebih 700 retweet malah ruangan komen pula 'meriah' dengan cadangan dan pandangan netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang dialami wanita tersebut. Sumber: mStar
|
anony-mous replied at 18-5-2022 01:57 PM
Nasihat iols, kalau family bf tu miskin, xpayah la teruskan. Seksa kahwin dgn org miskin. Kdg2 rasa ...
jazaa100 replied at 20-5-2022 05:48 AM
Betul.....
Bkn nk hina org miskin tapi cara hidup & cara pemikiran dorang ni lain.....kekdg rumah ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.063726 second(s), 44 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.