CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lagi Bahaya Dari Macau Scam? Ini 5 Contoh "Scammer Islamik"!

25-5-2022 08:04 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 10811| Komen: 95|Original author: Agent13k

Description: Kita selalu mendengar berita mengenai Macau Scam dengan modus operandi mereka memperdaya mangsa, tetapi pernahkah kita mendengar terma "scammer islamik"?
Kita selalu mendengar berita mengenai Macau Scam dengan modus operandi mereka memperdaya mangsa, tetapi pernahkah kita mendengar terma "scammer islamik"?

kredit foto: MHDaily


Petikan dari Odisi, ini adalah golongan yang suka "menunggang agama" dan sanggup menggunakan nama Islam semata-mata untuk mengaut keuntungan dalam bisnes yang tidak halal. 

Berikut adalah lima contoh "scammer islamik" yang dipetik  dari Facebook Izzul Shahmi.


kredit foto: Izzul Shahmi

  • Syarikat Travel Umrah
Kredit foto: hasrulhassan

Kita selalu jumpa iklan seperti hotel di Tanah Haram berdekatan Masjid dan apabila mangsa percaya untuk membeli pakej tersebut, tidak sama apa yang dijanjikan dan ejen selalu menggunakan alasan seperti "ini adalah ujian untuk kita semua."

  • Pusat Tahfiz
kredit foto: SAYS

Kebanyakkan mereka yang mengutip derma untuk pembinaan pusat tahfiz tidak mempunyai resit, surat untuk meminta derma dan pembinaan asrama  biasanya boleh dikatakan tidak menepati piawaian untuk keselamatan murid-murid itu. Kadangkala murid-murid diminta untuk mengutip derma untuk pusat tahfiz mereka.

  • Produk Makanan Sunnah
kredit foto: Dr Afiq Rahim

Ramai penjual makanan sunnah yang selalu berkata, kurma dan kismis mereka dari Mekah, tetapi realitinya kurma dan kismis itu datang dari China.

Tidak lupa juga penjual yang selalu meletakkan ayat seperti " kurma boleh mengubati pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan banyak lagi."

  • Penceramah Selebriti
kredit foto: The Rakyat Post

Kebanyakan penceramah selebriti mempunyai karisma yang tinggi dan ramai suka mendengar ceramah mereka, tetapi berhati-hati kerana tidak semua penceramah baik dan telus. Ini kerana tidak mustahil mereka menggunakan hadis palsu semata-mata untuk menjadi tular.

  • Parti Politik Bersadurkan Agama
kredit foto: Sinar Harian

Kalau waktu pilihanraya, mesti ada calon akan menggunakan janji untuk menegakkan hukum islam di kawasannya, mahu memberi kesenangan kepada rakyat dan banyak lagi. Namun, bila dah menang, harga tak boleh dikawal, isu akidah dibiarkan dan pelbagai janji ketika pilihanraya tidak ditunaikan.

Jadi, itu adalah beberapa contoh "scammer islamik" yang ditulis oleh Izzul Shahmi. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-5-2022 08:21 AM
Yeap.

Lagi satu derma untuk Gaza untuk Palestin ke sekolah2. Sapa authorize kutipan derma sebegini pun akak tak tau. Dan akak tak pernah bagi derma kerna syak wasangka tinggi. Kot2 orang macam Suhaimi Saad yang berada di sebalik operasi sebegini. Ko imagine je la kalau meka approach 50 sekolah, dah berapa mereka boleh dapat?
Quote bulan_gerhana 25-5-2022 08:27 AM
ye bethooooollll sgt... iols setujuk...

susah gile nak betulkan mindset ni... ade je ayat dipatahkan balik... sgt anoyed kan!!!

akhirnye kitas mampoo diam je lah...

nnti ade yg kata.. kalao dia nipooo itu antara dia dengan Allah... kita dah lepas.. sbb niat kita bagi sedekah.. gitchewww
Quote kasibiman 25-5-2022 08:32 AM
'mung ni isele ko kecek gini?'




Quote Kitty_catz 25-5-2022 08:44 AM
betolll

esp no 3 tu...


kebanyakan yg pi kelas2 jijan janjan sama najib tersodok... moga smua ke laut dalam

puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Quote syamzana 25-5-2022 08:45 AM
scam gini lagi la payah org nak percaya yg dia telah tertipu. lagi2 yg umrah dgn rumah tahfiz/anak yatim. tnjuk bukti pun ckp mangsa boleh ckp org dengki kat owner. tokey umrah&rumah anak yatim aman2 je berjoli sakan
Quote asudau 25-5-2022 08:49 AM
program wakaf al-quran pun satu scam...

al-quran baru berapa ringgit kalau kat kedai tu, tapi melalui program wakaf ni, satu nama RM20, itu yang biasa-biasa..kalau premium ada sampai RM400- RM500 untuk satu nama...

apo...baik kalau nak berwakaf al-quran tu, baik pi beli sendiri, hantar sendiri kat mana-mana tempat yang nak diwakaf kan...
Quote Normabaru 25-5-2022 10:07 AM
Edited by Normabaru at 25-5-2022 12:09 PM

Forum telah membuka mata telinga kaka yang setiap bulan setiap hari dlu rajin dok donate segala tok nenek jenis bentuk charity kaka ada selit

u name it..kohkoh

Now no more..kaka derma n sedekah where ever n wherever I feel I need to..surau masjid pun kaka beli brg sesiap..selipar sabun basuh tangan Dan letak utk digunakan...

Thanks forum carihehehe
Quote Acikgomen 25-5-2022 10:11 AM
Normabaru replied at 25-5-2022 10:07 AM
Forum telah membuka mata telinga kaka yang setiap bulan setiap hari dlu rajin dok donate segala tok  ...

Naif nye chuols
Quote Normabaru 25-5-2022 10:12 AM
asudau: program wakaf al-quran pun sat ...


Ye betul
Dah la mahal satu maciam..
Xde plak bukti mmg hantar
Dah jenis gini yang rosakkan nama Islam..

Lps tu dok bising konon kita melayu kita Islam kita kena BMF jadahhhhh

Tu sebab non Muslim xrespect..susah nk hormat melayu..semua kawtim sume telan..Noreen je takut
Quote Normabaru 25-5-2022 10:13 AM
Acikgomen replied at 25-5-2022 12:11 PM
Naif nye chuols

Hahahahahahaha..biasalaaaa.. jenis baik hati kan

Ape pun

Better late than never btul x acik?
Quote asamfish 25-5-2022 10:14 AM
Sangat2 bethollllllll.......mcm haramjads!  Disgusting!  
Quote anony-mous 25-5-2022 10:15 AM
asudau: program wakaf al-quran pun sat ...


Teringat program wakaf jah n piyu
Quote Thunderclouds 25-5-2022 10:41 AM
Dah mudah sgt org islam kna bodoh. Especially mulayu. Janji Allah shayangg gitohh! Mau xkna scam kiri kanan depan blakang.
Quote capiloton 25-5-2022 10:44 AM
kalau dah boleh bayar iklan minta sedekah dekat youtube dan facebook,
set2 ni memang penonggeng agama
Quote kucingitam 25-5-2022 10:45 AM
dua_chzy replied at 25-5-2022 08:21 AM
Yeap.

Lagi satu derma untuk Gaza untuk Palestin ke sekolah2. Sapa authorize kutipan derma sebegini ...

pernah dpt call, katanya dr tahfiz mana tah minta derma.
tny mana dpt no phone, dia kata dia ada list no phone, dia cuma tukar no kat  blkg, dapt no aku..
pastu tak henti2 hantar wsap minta derma.. aku blok kan je..
no, hati aku tak hitam sangat utk tk derma tp biar betul caranya..
Quote dua_chzy 25-5-2022 10:52 AM
kucingitam replied at 25-5-2022 02:45 AM
pernah dpt call, katanya dr tahfiz mana tah minta derma.
tny mana dpt no phone, dia kata dia ada l ...

Ni bukan masalah di kalangan Melayu Muslim saja.

Dulu masa masih kapir, aiol pernah query Chinks dari tanah Semenanjung yang datang mintak derma di restoran Cina tempat aiol makan. Aiol bilang dah kenapa kau orang datang jauh2 sampai ke luar bandar Sabah ini untuk mintak derma bagi rumah kebajikan di Perak? Hapa dah habis manusia ka di Perak tu takda tempat mintak derma, sampai kau orang mai tempat aku?

Chinks tu tunjuk la segala surat bla bla bla kat ai tapi ai tetap tak percaya siap bising2 kat mak, bapa, sedara mara di restoren itu supaya jangan menderma. Sah2 ini scam ai bilang. Tapi sebab meka bumis Sabahan maka meka bagi ja duit tanpa banyak soal. Ai pulak yang kena marah sebab behave rudely di mata mereka. Hadeh....Chinks tu dapat ja duit terus cepat2 blah dari situ. Berbulu ja mata ai tengok.
Quote makadek 25-5-2022 10:56 AM
Normabaru replied at 25-5-2022 10:07 AM
Forum telah membuka mata telinga kaka yang setiap bulan setiap hari dlu rajin dok donate segala tok  ...

Samalah no more donate rumah2 anak yatim asnaf tafhiz ...
Quote Normabaru 25-5-2022 11:09 AM
makadek replied at 25-5-2022 12:56 PM
Samalah no more donate rumah2 anak yatim asnaf tafhiz ...

Eh kaka still donate..cuma skrg lebih selective..cari yang nmpk genuine..cth genuine..yg jenis ustaz or founder tu ada keje lain..bkn spesis tunggu duit masuk dlm tabung mcm sohai tu..

Kaka donate byk skrg kt Ustaz Amin..dia ni ada kerja bagus ada buat buku ada business sendiri so xdela hadap sgt duit org..dia buat projek selamatkan org Islam yg kena HIV Dr dok dlm gereja pastu beli tanah buat yayasan al Amin utk sek tahfiz..nmpk laaa progress n xde la mcm Kes kubah 500K Itu hari..(in case ustaz Al Amin ni xleh caya..then pls let me know juga)

Sini ada rumah anak yatim kaka donate jugak..pastu org2 sekeliling kaka sedekahla apa2 bila tergerak hati tu..bukanla terus stop..just kaka now dh xnaif laaa.blh la makan tanpa rasa bsalah if nmpk bdk dok kutip sedekah tuhehehe
Quote Normabaru 25-5-2022 11:18 AM
kucingitam replied at 25-5-2022 12:45 PM
pernah dpt call, katanya dr tahfiz mana tah minta derma.
tny mana dpt no phone, dia kata dia ada l ...

Hahaha part ni teringat kaka ada pengetua tahfiz minta pastu kaka kasila..then dia hantar video konon semua budak mendoakan penderma2 dh mcm valet doa plak kaka rasa masa tu sbb pada kaka norm doa ni sendiri buat n xperlu pun inform..Allah tahu n akan balas setiap satu dgn adil

Then tetibe bulan depan Dan seterusnya dia Whatsapp lg minta derma..
eh tiap2 bulan plak dgn penderma sama..apa dah mcm kita plak tukang Sara they ols..

Dh tahu xmampu xde capability nk bukak tahfiz..ni yang Regis jab agama Islam negeri xde bg peruntukan lgsg ke..

Kaka terfikir set2 jantan yang jadi pengetua tu apa kelayakan buka tahfiz in the first place sbb Nama masing2 xde plak tulis Al hafiz..xde jgk tgk grad Dr uni mana2.dh akademik pun so so yg gatal sgt p buka tu dh kenapa?kesian budak2 tu terabai..gelap masa depan jadi askar minta sedekah

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062393 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top