CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

DJ Lin Jejak Kaki 4 Negara Eropah Buat Pertama Kali, Anggap Ia Rezeki

17-5-2022 12:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1360| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Sepanjang 23 tahun bekerja sebagai penyampai radio, pengalaman DJ Lin berada di luar negara hanyalah ketika menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012. Oleh itu, wanita itu tidak dapat menyembun ...

Sepanjang 23 tahun bekerja sebagai penyampai radio, pengalaman DJ Lin berada di luar negara hanyalah ketika menunaikan ibadah umrah pada tahun 2010 dan 2012. Oleh itu, wanita itu tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila buat pertama kali berpeluang melawat empat negara Eropah iaitu Denmark, Sweden, Britain dan Perancis.

Memetik laporan mStar, pemilik nama sebenar Roslinda Abdul Majid berada di MALMO MASSAN, Malmo Sweden menghadiri Persidangan Radio Eropah 2022 dan seterusnya akan berangkat ke Denmar, London dan Paris.


"Saya teruja sebab sepanjang hidup hanya berpeluang untuk ke luar negara ketika menunaikan umrah pada 2010 dan 2012. Itu pun ke Makkah dan Madinah. Selepas itu tidak ada. Tak sangka dah 23 tahun dalam dunia radio barulah dapat pergi melawat negara Eropah.

"Saya anggap ia rezeki satu trip dapat pergi empat negara terus. Saya bersyukur dan ini adalah rezeki dan kenangan 2022," katanya kepada mStar.


DJ Lin memaklumkan persidangan yang dihadirinya itu menghimpunkan penggiat, pengamal serta peneraju industri radio dari seluruh dunia. Acara itu diisi dengan aktiviti bual bicara dan perkongsian pengalaman berkenaan isu berkaitan dunia radio yang dibincangkan selama tiga hari.

"Saya teruja namun bimbang tidak dapat balik Malaysia. Risau ada apa-apa yang berlaku kepada saya. Sebab itulah saya minta pendengar Suria FM dan peminat doakan saya agar selamat pergi dan pulang ke Malaysia meneruskan tugas di Suria Cinta," katanya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.065328 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top