CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gangguan Dan Penyakit Misteri Isteri Hafiz Belum Pulih Sepenuhnya

17-5-2022 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3204| Komen: 17

Description: Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan isterinya Syafiqah Aina masih belum pulih daripada gangguan dan penyakit misteri seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad mendedahkan isterinya Syafiqah Aina masih belum pulih daripada gangguan dan penyakit misteri seperti tular di media sosial baru-baru ini.


Hafiz berkata, dia dan isteri bagaimanapun kuat dan tabah menempuh ujian hebat ini serta menyerahkan sepenuhnya kepada Allah.


Kredit foto: IG Hafiz

"Sebagai suami apabila melihat Aina terkena penyakit misteri, memang saya marah dan geram. Tapi ia buat kami sedar, setiap perbuatan tak perlu dibalas begitu, sebaliknya kami perlu usaha dan buktikan kepada mereka yang kami boleh menjadi lebih baik.

"Biarpun belum pulih sepenuhnya tapi kami kuat. Allah ada dan kami kena terus berjuang. Saya bukan nak mencabar atau merendahkan mereka, namun saya nak tunjukkan, Allah Maha berkuasa. Buatlah macam mana pun saya tetap akan sebarkan kebaikan.

"Apa yang kami usahakan selama ini hanyalah untuk bantu orang lain tambah pendapatan. Kenapa perlu kacau kami sampai begini.

"Apapun yang mereka buat kami tidak akan membalas kembali. Sakit itu biarlah kami yang simpan. Dalam realiti kami sangat gembira," katanya ketika ditemui pada majlis Ainaa Beauty Annual Gala Dinner di Marriot Putrajaya, baru-baru ini.

Menurut Hafiz, biarpun trauma dengan kejadian yang menimpa, namun dia dan isteri tidak berputus asa dan saling menumpahkan kasih sayang antara mereka.

"Jujurnya kami agak trauma atas apa yang berlaku. Jika sebelum ini, andai ada yang menghantar produk makanan, kami akan 'review' tanpa sebarang cas untuk bantu usahawan lain. Namun kejadian yang berlaku buatkan kami berfikir banyak kali.



"Dalam rumah tangga pula, setiap hari kami bahagia. Kami sweet antara satu sama lain dan ada '5 minute rules' dalam perkahwinan di mana andai berlaku apa sahaja perselisihan, sama ada saya atau Aina akan meminta maaf dan berpelukan selepas itu supaya ia tidak berpanjangan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anony-mous 17-5-2022 11:40 AM
Mmg betul ke bini dia dpt gangguan? Tgk sng je preggy. Org yg kena gangguan ni biasanya berkali2 gugur
Quote gangerina 17-5-2022 12:50 PM
ya allah bosannya la couple ni... tgk muka pun rasa boring..
Quote Normabaru 17-5-2022 01:57 PM
Gangguan kewangan mcm sapi ratu ponen kog
Quote Normabaru 17-5-2022 01:57 PM
Gangguan kewangan mcm sapi ratu ponen kot
Quote caprisonne 17-5-2022 01:58 PM
Yawnnnn.. nextt story pls
Quote she 17-5-2022 02:22 PM
Bini dia meroyan agaknya
Bawak2 lah g jupe pakar psikatari

Suami pula gigih menjual sakit bini demi content
Quote mind_space 17-5-2022 06:12 PM
Kalau nampak feed laki bini terus skip cecepat.
Si laki tu semua benda nak bgtau.
Nampak try hard sgttttttt.
Quote purplelilac 17-5-2022 06:26 PM
Bosan nya!! Tak hbs lg ke kau apis? Zaman kau dh hbs kay
Quote azalia72 18-5-2022 02:47 PM
Perawat tak bagitau ke... kalau betul ada gangguan, sakit akan mudah berulang sbb dah ada 'laluan/tempat singgah' menda tu kat badan.

Sebaiknya usah la ditayang2 kat medsos, ko p la berubat senyap2.  
Quote endihesh 18-5-2022 03:27 PM
"Dalam rumah tangga pula, setiap hari kami bahagia. Kami sweet antara satu sama lain..." serius ah claim sampai mcm tu sekali??? org2 tua yang dah kawen berpuluh tahun pun tak claim mcm ni wei..
Quote Lavender_Violet 20-5-2022 03:34 PM
Sikit2 kena gangguan...sikit2 penyakit misteri...
Entahlah......
Quote MsJules 20-5-2022 04:38 PM
Content semata... Patutnya diam-diam ja berubat.
Quote totokreturn. 21-5-2022 11:11 AM
content marketing la ni
Quote eira2310 23-5-2022 10:12 AM
skang ni dia kata anak nya pula nmpk ada benda kt dlm almari la..dlm bilik..
Quote black_handbag 23-5-2022 10:57 AM
udah udahla tu dok menayang bini ko. aku tengok dah kurus kering mcm jerangkung dah bini ko tu melayan peel show off ko. org tak heran dah pun, move on la

bentila buat marketing bodo2 nak naikkan brand ko.

sian bini ko tu dah macam tiang bergerak aku tgk
Quote totokreturn. 7-6-2022 12:32 PM
produk aina apa citer sekarang ni?
Quote Diaztyra 11-6-2022 01:16 PM
Kenapa dengan bini dia

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.491608 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top