CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Degupan Jantung Bayi Terhenti, Evina Keguguran

10-5-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1849| Komen: 3

Description: Khabar duka daripada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
Khabar duka daripada pelakon Datin Elvina Mohamad yang memaklumkan dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.

Elvina atau nama sebenarnya Norazlina Mohamad, 27, memberitahu dia sedar jantung bayi dalam kandungannya berhenti selepas melakukan pemeriksaan doktor sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Foto: IG

"Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.

"Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hari ini (Selasa)," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, Elvina turut meluahkan perasaan sedih kerana terlalu berharap akan memperoleh anak kedua memandangkan anak pertamanya, Karl Mateen sudah berusia tiga tahun.

Bagaimanapun, pelakon drama Seadanya Aku ini reda dengan apa yang berlaku.



"Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa down sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.

"Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah," jelasnya.



Sementara itu, suami Elvina iaitu Datuk Mohd Haniff Borhan memberitahu keguguran berlaku bukan disebabkan aktres itu terlalu aktif bekerja.

Haniff menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.


"Doktor maklumkan punca keguguran bukan sebab aktif bergerak atau bekerja kerana rahim isteri sangat kuat dan disebabkan itu kandungan tidak keluar secara semula jadi.

"Seperti kata orang mengikut perspektif Islam, mungkin anak ini tidak mahu dilahirkan ke dunia. Jadi ia bukan rezeki kami," ujarnya.




Untuk rekod Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 10-5-2022 01:41 PM
innalillahiwainnailaihirojiun

sabar lah datin….
Quote anony-mous 10-5-2022 01:41 PM
Berapa minggu kandungan sheol? Kuatnya siap boleh senyum mcm x ada apa2 masa raya. Kalau i, mau murung x ada rasa nak sambut raya
Quote Lavender_Violet 10-5-2022 03:29 PM
Herlok sungguhhhh laki sheols

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.053682 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top