CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Haqiem Rusli Paksa Diri Untuk Pakai Tudung

10-5-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5470| Komen: 43

Description: Isteri kepada penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli, Anis Sofea, tampil berkongsi pengalaman dirinya mula berhijab sejak lapan bulan lalu.
Isteri kepada penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli, Anis Sofea, tampil berkongsi pengalaman dirinya mula berhijab sejak lapan bulan lalu.

Perkara tersebut dikongsikan anak kelahiran Kelantan itu menerusi sebuah bebenang di platform Twitter.


Foto: IG

Menurut Anis, dia mendedahkan pada permulaan dirinya agak sukar untuk kekal istiqamah berhijab malah mempunyai perasaan serba tidak kena.

Selain itu, Anis juga pernah terfikir untuk membuka semula hijab namun lama-kelamaan dalam rasa keterpaksaan itu bertukar menjadi cinta.



“Nak cerita sedikit boleh, tentang perubahan Fea berhijrah memakai hijab, pada mulanya memang berat dan susah sangat sangat Fea untuk istiqamah menutup aurat.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan. Sudah masuk lapan bulan Fea memakai hijab. Mula-mula itu memang rasa serba tak kena.

“Dan pernah juga terasa macam ‘hm nak buka tudung balik lah’, tapi betul lah orang kata bila kita paksa diri kita, lama-lama akan jatuh cinta untuk nak menutup aurat,” ciapnya panjang di Twitter.



Dia bagaimanapun akui masih belum sempurna dalam menutup aurat selain memohon orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Tetapi untuk sekarang, memang Fea tidak menutup aurat dengan sempurna lagi, bagaimanapun semua doakan Fea ya!




“Selain itu, Fea juga nak beritahu alhamdulillah kini rasa tenang dan cantik sahaja memakai tudung (haha perasan).Macam mana nak cakap eh, kadang kala lebih suka melihat diri sendiri memakai tudung dan suka melihat perempuan di luar sana yang memakai tudung, nampak manis sahaja!” ujarnya.



Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada 19 November tahun lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 10-5-2022 12:48 PM
Lain macam lipatan samping Haqiem ni. Cam main lipat pastu pin.
Quote aireen24 10-5-2022 01:19 PM
budak ni pakai x branded pun. ingat bag tu bag fendi, tapi mcm bag biasa je..
Quote Nham22 10-5-2022 01:25 PM
Budak ni apela dlm kepala hotak die....
Quote makton 10-5-2022 02:03 PM
dah puas enjoy tak tu dikk?
Quote nakkomenjugak 10-5-2022 02:03 PM
WHOISYUHHHH??
Quote nazriatie 10-5-2022 02:05 PM
Aku x suka pompuan ni. Setiap gmbr acah2 je pandang lain, buat2 muka cute. Terkemut2
Quote awex^returns 10-5-2022 02:05 PM
artis --> haqim rusli
bininya ni sapo?
artis juga ke sampah masyarakat

heh
Quote cruz2 10-5-2022 02:11 PM
Eh bkn masa sekolah budak ni mmg pakai tuding kan? Gaya ckp mcm tk pernah tk biasa berhijab pulok.bagus sikit la dari bini artis muda sorang lg tu yg elok2 bertudung pi bukak pulak
Quote awenda507 10-5-2022 02:22 PM
nape ek setiap gambar muka bini haqiem ni kejung je. cm cover2 cun pn ye.
Quote mamajawie 10-5-2022 02:24 PM
who are yusss??mu skoloh dulu tokse paka tudung ko???bodo supo anok berok..
Quote stingersting 10-5-2022 02:24 PM
awenda507 replied at 10-5-2022 02:22 PM
nape ek setiap gambar muka bini haqiem ni kejung je. cm cover2 cun pn ye.

Haqeem pun aku tengok sekali imbas persis edry versi kurus sekarang, kheunz?
Quote hotmak 10-5-2022 02:26 PM
sejak dgn akim terus jadi fea eh, padahal semua org panggil dia anis

Quote hannan_rayyan 10-5-2022 02:32 PM
takpelah dik, mula2 mmg kena paksa diri, ikhlas ke tidak biarlah Allah yg tau
macam tu gak solat, utk yg culas nak solat tu mmg kena paksa diri tu, lama2 nanti bila dipaksa diri terbiasalah (bercakap dr pengalaman sendiri )

kesimpulannya benda wajib ni mmg kena paksa diri buat, no compromise, bukan nak tunggu bila datang hidayah lah, bukan tunggu bila terbukak hati lah, bukan nak tunggu dah tu besok2 lah, bukan tunggu sapa2 suruh ke
Quote mizruncing 10-5-2022 02:35 PM
nampak sweet bila akim tgi dari bini dia. klu tak nampak bini dia je lonjong dari dia
Quote auntyonion 10-5-2022 02:36 PM
Another muka basic dgn control ayu all the time bye
Quote cmf_DetConan 10-5-2022 02:46 PM
feeling2 hanis zalikha ke dik..
Quote cm_vungtau 10-5-2022 02:49 PM
Asal Kelate tapi feeling2 macam first time bertudung. Tahapa2
Quote pearl.silver 10-5-2022 02:49 PM
Satgi jemu pki tudung
Nk tyg rambut kepuk2
Buka tudung wat statement sy baru belajar pki tudung je. Belum bertudung sepenuhnya.
Quote Suchi 10-5-2022 03:13 PM
Baju kurung moden dia mcm agak ketat ke makan byk so terik perut.
Raya2 ni kena pakai baju longgar skit sbb nak mkn byk.
Nnt jd mcm adik iols kemain dia raya sakan dr pg sampai petang balik umah kemain buncet perut sbb mkn mcm2.
Tp kejap je laa esok pg dah membuang bagai elok la balik.
Untung sapa2 yg jenis lepas makan je membuang so perut pun tak sempat membuncet.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050841 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top