CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hilang Terus Penat,"-Fazura Rasa Dihargai, Fattah Amin Beri Sejambak Bunga Sempena Hari Ibu

10-5-2022 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13181| Komen: 136

Description: Menerima kejutan berupa sejambak bunga daripada Fattah Amin, aktres terkenal tanah air, Nur Fazura, 38, meluahkan rasa senang dan terharu dengan pemberian suaminya itu sempena sambutan Hari Ibu.
Menerima kejutan berupa sejambak bunga daripada Fattah Amin, aktres terkenal tanah air, Nur Fazura, 38, meluahkan rasa senang dan terharu dengan pemberian suaminya itu sempena sambutan Hari Ibu.


Luahan itu dizahirkan oleh Fazura menerusi satu perkongsian di Instagram malam tadi dengan memuat naik sebuah video ringkas di platform media sosial tersebut.

Foto: IG

“Pulang ke rumah dari tempat kerja dan ternampak ini (bunga). Terima kasih banyak-banyak suamiku. Sayang awak hubsbaby. Rasa hilang terus penat tadi. Begitu syukur bila dapat rasa dihargai. Alhamdulillah. MasyaAllah Tabarakallah,”katanya.

Selain itu, menerusi sekeping nota yang ditulis oleh Fattah kepada isterinya itu, tertera luahan pelakon drama Khilaf Asmara tersebut yang melayangkan ucapan terima kasih buat Fazura selama bergelar isteri dan juga ibu kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya.




“Selamat hari ibu buat isteriku yang tercinta. Ibu kepada anakandaku Fatima. Terima kasih mommy selalu jaga saya, jaga Fatima. Semoga mommy selalu dalam lindunganNya, berjaya dunia akhirat dan sihat selalu.

“Saya sayangkan awak hingga Jannah. Semoga akan selalu menjadi isteri dan mommy yang terbaik untuk keluarga kita,”katanya.




Perkongsian Fazura itu telah meraih banyak tanda suka daripada peminat dan pengikut dengan rata-ratanya menyifatkan pasangan ini begitu manis dan bahagia sebagai suami isteri.

Tidak cuma itu, ramai juga memuji Fattah yang disifatkan pandai menghargai isterinya.



Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 November 2017.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima yang kini berusia setahun setengah.-CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 10-5-2022 10:57 AM
Untunglah dedi kasi bunga..
Quote Masukkeluar 10-5-2022 11:00 AM
oh ni ke bunganya..patut la ada benak meroyan tersakiti..

sementara itu si niqabis terpaling tpaksa wish diri sdri happy mothers day kt twitter LOL.
Quote tulip-rain 10-5-2022 11:01 AM
Uwekkkk
Dia pun nak jugak.
Quote Lavender_Violet 10-5-2022 11:02 AM
Cantiknya Fazura dlm persalinan raya kedua tu

Huntunglahhhhh....husbaby kasi bunga
Quote JunkMail 10-5-2022 11:06 AM
tulip-rain replied at 10-5-2022 11:01 AM
Uwekkkk
Dia pun nak jugak.

Bertabahlah dek tulip. Biasalah sana ada sini pun ada. Barulah balance..
Quote idril 10-5-2022 11:08 AM
tulip-rain replied at 10-5-2022 11:01 AM
Uwekkkk
Dia pun nak jugak.

siannya life lobenakssssss
Quote ayukpingu 10-5-2022 11:09 AM
Masukkeluar replied at 10-5-2022 11:00 AM
oh ni ke bunganya..patut la ada benak meroyan tersakiti..

sementara itu si niqabis terpaling t ...

si benak tak dapat bunga utk mothers day

"bini" dia busy attend open house member kat tempat lain..kahkah.


Quote nakkomenjugak 10-5-2022 11:10 AM
Gegadis semalaya gigih ngomen

nak cari bakal hubby macam Fattah laaa
moga iol dikurniakan hubby macam Fattah
Fazura, DM me your prayer
Gituhhhhhhh....
Quote auntyonion 10-5-2022 11:10 AM
Hubsbaby faz ni memang 24hours sweet ke soklan sirius ni
Quote cmf_shya 10-5-2022 11:11 AM
semoga pasangan nie berbahagia hingga ke akhir hayat..dikurniakan sorg lagi baby..
Quote princessmiang 10-5-2022 11:11 AM
Tima ada dpt 14k?? Xde kanzzzz ...kahkahkah... bahagia ye mummy tima dapat bunga....

Ada tu dpt apa je
..dpt benih berenang je agaknya
Quote Nozot 10-5-2022 11:14 AM
princessmiang replied at 10-5-2022 11:11 AM
Tima ada dpt 14k?? Xde kanzzzz ...kahkahkah... bahagia ye mummy tima dapat bunga....

Ada tu dpt apa ...

Hahahaha .benih berenang terus
Quote MyLadyMarmalade 10-5-2022 11:15 AM
Wangi nya tiga beranak ni raya day 1 and 2 and everyday. Sila jgn kepam mcm certain couples. Tak payah jadi terpaling pun sbb skrg yg terpaling jd yang terpailang
Quote Nozot 10-5-2022 11:16 AM
Tulip tu berani tak komen kat benang idolat kutip duit raya 14k..kat sini tak best nanti jadi kurus pula sebab banyak sangat muntah..kesian langau tak de geng nak back up idolat terpaling
Quote petpot 10-5-2022 11:16 AM
harummmmm mewangiiii
Quote nolya 10-5-2022 11:18 AM
nakkomenjugak replied at 10-5-2022 11:10 AM
Gegadis semalaya gigih ngomen

nak cari bakal hubby macam Fattah laaa



Silap2 dpt hubby mcm 'Lokman di Khilaf Asmara' baru tau!
Quote Nnasda53 10-5-2022 11:39 AM
Tersenyum tengok benak2 tersakiti dalam ni hahaha.
Mcm cacing kepanasan tgk pasangan mewangi nihhhh.
Quote hannan_rayyan 10-5-2022 12:00 PM
kalau husband tak wish kat mother of his child pun takpe kan, the mother tu boleh wish diri sendiri dgn gunakan anak, kalau nak lagi cantik terpaling, hantar bunga kat diri sendiri pun takde masalah
Quote codenamedream 10-5-2022 12:12 PM
tulip-rain replied at 10-5-2022 11:01 AM
Uwekkkk
Dia pun nak jugak.

Masalahnya siapa yg nak jugak???
Sheols mmg dapat bunga dari Fattah Herlok.

Chuols yg sebenarnya nak jugak bunga dari Fattah kan.. Bunga Tulip khenn..

Tapi dapat tahi jer


Bahasa melayu ko fail la.. Upsr Penulisan ko mesti E kan.

Nasib baik masih pandai mengeja tak macam Riz bodoh tu

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054414 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top