CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ummi Nazeera Pelik Kenapa Wanita Selalu Dipersalahkan Kalau Lelaki Yang Curang?

10-5-2022 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2122| Komen: 13

Description: Ummi Nazeera, 32, meluahkan rasa hairan apabila seringkali masyarakat kita gemar melihat kesalahan pada golongan wanita meskipun yang melakukan kecurangan adalah si lelaki.
Ummi Nazeera, 32, meluahkan rasa hairan apabila seringkali masyarakat kita gemar melihat kesalahan pada golongan wanita meskipun yang melakukan kecurangan adalah si lelaki.


Pertanyaan itu dilayangkan oleh pelakon tersebut dalam satu coretan di Instagramnya yang menyentuh isu kaum wanita sempena sambutan hari ibu semalam.


Foto: IG

“Soalan saya, kenapa ya, kalau lelaki curang, kita seringkali mencari kesalahan pada orang yang dicurangi itu? Contohnya, perempuan itu tak pandai jaga suami, perempuan itu garang sangat, perempuan itu kuat membebel.

“Kita kena ubah pemikiran begini sebab apabila perempuan salah, susah sangat nak maafkan dia. Tetapi, kita boleh pula beri kemaafan pada kaum lelaki dan cuba mencari sebab akan kesilapan yang dilakukan.


“Islam itu mengangkat martabat wanita. Kita adalah sangat berharga.Jangan pernah lupakan itu! Selamat hari ibu buat semua,”katanya.



Menurut Ummi lagi, dia juga begitu menghargai pengorbanan seorang ibu kerana telah melalui pengalaman dan fasa itu setelah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata kini.

“Bergelar seorang ibu, ya ia tidak mudah. Ia adalah sebuah proses pembelajaran dan kerisauan yang tidak akan pernah ada noktahnya, tetapi sangat berbaloi. Saya masih ingat bagaimana diri jadi sangat depresi semasa mengandungkan anak kedua saya.



“Berat badan naik jadi 30 kilogram! Tak pernah berat sampai 78 kilogram sepanjang hidup saya. Tetapi, Alhamdulillah, saya berjaya turunkan semula berat badan. Apa pun, ketahuilah, golongan ibu banyak melakukan pengorbanan.

“Adakalanya, mereka harus melakukan lebih dalam usaha untuk memastikan seisi rumah berada dalam keadaan terkawal. Tetapi, kerana itu juga mereka jadi tak terjaga. Malangnya, sesetengah orang tak nampak pengorbanan itu. Sesetengah kaum suami, bila balik rumah, merungut itu dan ini,”katanya.


Di penghujung kata menerusi perkongsian tersebut, Ummi turut menyatakan bahawa setiap hati kaum ibu itu adalah sangat murni dan indah.

“Apabila kita mendidik seorang wanita, kita sebenarnya sedang mendidik sebuah bangsa. Begitulah perumpaan indahnya hati seorang ibu. Semoga Allah SWT memberkati semua ibu di dunia ini, amin,”katanya.




Ummi berkahwin dengan jejaka pilihannya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada tanggal 23 Julai 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayra Aneesah, 4, dan Aysha Arsylia yang dilahirkan pada Jun tahun lalu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 10-5-2022 10:59 AM
Kalau kat Malaysia ni ada show macam Cheaters tu, fuhhhh
Ramai yang kantoi wehhhh
Quote mendeluk 10-5-2022 12:02 PM
Hm kat Malaysia.. biasaler.. kita dah dinormalisasikan darjat lelaki always tinggi. Pastu kalau ada yang janda, janda selalu dipandang rendah dek kalangan ummah Melayu. Terlampau sgt ikot culture middle east Saudi Arabia nun

Itu sbb western countries tak suka dorang.
Quote CocoCily 10-5-2022 12:24 PM
sebab lelaki boleh kahwin 4. itu je lah modalnya biarpun diri sendiri serba serbi tak mampu
Quote Pak.dolla 10-5-2022 12:26 PM
Dia ni ka dulu ex bf pernah cederakan dia..ke org lain?
Quote stingersting 10-5-2022 12:26 PM
Last last penghuni neraka iteww lebih ramai kaum hawa dari kaum adam kheun ummi?

Quote nazzse 10-5-2022 01:52 PM
Ummi ni tua bakalan cantik mcm mak dia.. suka tgok dato maziah, classy & lawa
Quote stingersting 10-5-2022 02:03 PM
[youtube]0XxUDYGbg9g[/youtube]

Memang jenis teks nasi lemak ujang
Quote AnnaSendin 11-5-2022 01:47 PM
Kerna weols hidup dalam patriarki. Pastu nerakazen kan pompuan. Padahal jantons yang hauk. Aurat pompuan terdedah sikit, ramai kecam. Cer julriporn dedah peha. Ramai puji kental, berketul.
Quote She-Ra 11-5-2022 02:01 PM
keluar tajok

suka tgk abg dia si nazreem. tu je, kbai
Quote cheezel 11-5-2022 11:59 PM
Oh igtkan anak second lelaki. Perempuan gk. Comel je ummi
Quote anony-mous 12-5-2022 12:44 AM
Sbb lelaki n prempuan x sama. Dan lelaki mmg nafsunya bodoh ke situ je walaupon akal byk. Yg pelik prempuan nafsu byk tp kenapa nk laki org jugak.

Again, mmg lelaki n prempuan diciptakan x sama, prempuan ni malu dia lebih. Tu mmg fitrah. X ada kaitan la tiba2 ikut middle east ke apa. Xde kena mengena.
Quote Rogue98 12-5-2022 06:56 AM
Sebab sesama perempuan should know better lah...that's why automatically isteri akan salah kan pihak perempuan jugak walaupun suami diaorang yg gatal...
Quote stingerflank 12-5-2022 07:30 AM
anony-mous replied at 12-5-2022 12:44 AM
Sbb lelaki n prempuan x sama. Dan lelaki mmg nafsunya bodoh ke situ je walaupon akal byk. Yg pelik p ...

Pompuan malu lebih? Yg teda kemaluan,ber makjujat teda sempadan bersepah dlm board ini seperti makadekz, normahbaru@J model,  misshaidnipas,belladrome, matberdehem(just to name a few)....ini semua jenis pompuan jadi jadian atau macam mana?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.216508 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top