CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kau Tanya Aku Siapa?" - Lelaki Rakam Video Kritik Aeril Zafrel, Tiba-tiba Tuan Badan Muncul

27-4-2022 10:14 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3597| Komen: 21|Original author: Cinta Erina

Description: Baru-baru ini, tular seorang lelaki dikenali sebagai Mamat atau Mamatgotnochill yang cuba untuk 'membetulkan' kesalahan tarian Nadia Brian.
Sumber: Tiktok Mamatgotnochill


Baru-baru ini, tular seorang lelaki dikenali sebagai Mamat atau Mamatgotnochill yang cuba untuk 'membetulkan' kesalahan tarian Nadia Brian.

Oleh kerana Mamat telah beberapa kali cuba untuk 'bergaduh' dengan Nadia Brian, akhirnya selebriti itu mengajak Mamat pergi berbuka puasa bersama-sama. 

Semalam, Mamat sekali lagi 'buat hal' apabila dia cuba mengkritik video Tiktok yang dimuat naik Aeril Zafrel. Katanya, rentak lagu dengan pergerakan mulut Aeril tidak 'sync'. 



"Saya rasa salah cara abang tu, kalau tak yakin tak payah buat video ni" 

Ketika dia cuba untuk membetulkan kesalahan Aeril, tiba-tiba sahaja pintu keretanya dibuka dan muncul Aeril memberi salam kepada Mamat. Aeril juga bertanya kepada Mamat sama ada dia sedang bercerita mengenai dirinya dan Mamat terus mengatakan tidak. Kantoi pula!

Seperti yang kita semua tahu, Aeril Zafrel mendapat gelaran Raja Tiktok kerana seringkali memuat naik pelbagai jenis content di platform itu. Memang silap besarlah Mamat cuba nak kritik artis kesayangan ramai ini.

Sumber: Instagram Aeril Zafril

Rupa-rupanya, itu semua hanya lakonan sahaja sebagai parodi video Mamat menegur kesalahan tarian Nadia Brian tempoh hari. Bukan biasa-biasa Mamat sekarang, dah level berkawan dengan artis-artis popular. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aeril Zafrel dan Mamat. Ada juga yang berkata mereka berdua seolah-olah seperti betul-betul bergaduh. Pandai Mamat berlakon. - CARI

Sumber: Tiktok Mamatgotnochill


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-4-2022 10:31 AM
Sapo eh mamat ni?
Quote bukannasigoreng 27-4-2022 10:34 AM
"rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Aeril Zafrel dan Mamat. Ada juga yang berkata mereka berdua seolah-olah seperti betul-betul bergaduh"

Tak baik tuduh netizen macam kurang pandai sangat Mamat dan Aeril kot dah obvious lah diorang tak betul-betul bergaduh.
Quote ally9970 27-4-2022 10:51 AM
Budak umur 10 thn pun tahu benda tu lakonan, especially kalau dtg dari tiktok, 99% lakonan. Takyah lah ulas mcm benda tu betul2...
Quote ezacbee 27-4-2022 10:55 AM
Zaman ni banyak sangat drama, xlarat nak tengok.
Quote maxim 27-4-2022 10:56 AM

tiktoker
Quote nawtylulu 27-4-2022 11:38 AM
klo dh dkt tiktok, 1% pon blom tntu blh percaya.. sume utk content semata..
Quote Pak.dolla 27-4-2022 11:55 AM
Nampak rendang je..berapa ketinggian dia ni?
Quote pembacagosip 27-4-2022 12:07 PM
yela tu. ke demi content
Quote deebiz14 27-4-2022 12:12 PM
propahhhhh...
Quote bulalof 27-4-2022 12:36 PM
eeuuuwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww..........
Quote Harley_Quinn 27-4-2022 01:46 PM
Pasni mamat ni dpt laa offer blakon cte maghrib2 jd anak Megah Holding.
Quote vanillaninja 27-4-2022 02:29 PM
Apakah ini?
Quote Suchi 27-4-2022 03:01 PM
ezacbee replied at 27-4-2022 10:55 AM
Zaman ni banyak sangat drama, xlarat nak tengok.

Iols rasa semua org biasa dh pandai berlakon dan mengarah skrg ni walau rakam guna henpon je.
View kemain berjuta ngalahkan artis tersohor.
Walaupun yg berlakon tu cuma org2 biasa yakmat, suri rumah la pemandu bas rapid kl laa.

Quote Bedah.Cun 27-4-2022 03:09 PM
Kepit kang kering gak kaw, grrrr
Quote holothurian 28-4-2022 03:37 AM
artis kesayangan ramai????
Quote kiah_mai_pulak 28-4-2022 04:05 AM
Fly_over replied at 27-4-2022 03:12 PM
skrg retis2 yg menempel kt instapames, tiktokpames. mamat ni baru ditempel nadia brian pastu airel p ...

silap ari bulan tokti pulak yg menempel si mamat ni.. diikuti bidah bibiorr juboqq ayam tu., pastu alip sukuri
Quote Kurex 7-5-2022 02:14 PM
Makin sampah industry seni hiburan Malaysia
Quote wtvmjls 7-5-2022 02:17 PM
Fly_over replied at 27-4-2022 03:12 PM
skrg retis2 yg menempel kt instapames, tiktokpames. mamat ni baru ditempel nadia brian pastu airel p ...

yeee sbb tiktokfemes ni lagi approachable dgn followers..so retis kena menempel biar dapat tempias. bbnu tiktok bukan layan sgt mostly retis2 tua..tiktokfemes lagi femes
Quote royaldanish 7-5-2022 02:37 PM
Sampah menyampah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.177036 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top