CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yazmin Aziz Dituduh Perli Juri Big Stage 2022, Usah Jadikan Isu Besar

27-4-2022 10:12 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2407| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Penyanyi berketurunan Melayu-Filipina, Yazmin Aziz mengakui terkejut apabila menerima kecaman gara-gara dia dan dua lagi rakannya iaitu Aishah Retno dan Daniel Chuer meniru cara dan gaya percakapan ju ...

Penyanyi berketurunan Melayu-Filipina, Yazmin Aziz mengakui terkejut apabila menerima kecaman gara-gara dia dan dua lagi rakannya iaitu Aishah Retno dan Daniel Chuer meniru cara dan gaya percakapan juri Big Stage 2022.

Gempak yang sempat menemu bual Yazmin mengenai perkara itu melaporkan, mereka sama sekali tidak berniat untuk menyindir sesiapa termasuklah juri program realiti berkenaan. Katanya, rakaman berkenaan dibuat untuk suka-suka sahaja.

"Saya tak dapat hadam isu itu yang kata kami perli orang. Aishah, Danial dan saya geram... Kalau lihat balik video itu pun, tiada apa pun yang kami lakukan seperti tuduhan netizen. 


"Kami buat apa yang kami lihat. Kami hanya impersonate mereka. Come on lah... Perkara itu tak perlu jadikan isu besar. Kami sayang juri-juri Big Stage," katanya.


Selepas selesai pertandingan itu, Yazmin mengakui situasi yang dihadapinya tidak sama seperti sebelum ini. Kali ini, lebih banyak yang memerhatikannya dan setiap hal yang dikongsikan di media sosial bila-bila masa sahaja akan menjadi bahan perbualan.

Hal tersebut membuatkan gadis berusia 21 tahun itu akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar atau video mahu pun berkongsi sesebuah perkara di media sosial kerana bimbang disalah ertikan oleh segelintir pihak.


"Saya terkejut. Tiba-tiba apa yang saya kongsikan itu berikan impak. Dulu pun ada tapi tidaklah segila sekarang ini. 

"Saya belajar jadi lebih berhati-hati untuk kongsikan apa jua perkara bagi mengelakkan ada pihak yang terasa," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 27-4-2022 10:21 AM
bertabah laaa dgn netizen gurlpreennnnnn...
Quote nawtylulu 27-4-2022 11:56 AM
da blh get ready dh mnghadap nurrrtizengg yg serba molia..
Quote annadonna 4-5-2022 12:13 PM
Budak ni pun semua benda nak respon. Diam ajelah. Batak media.
Quote sleepandream 4-5-2022 12:28 PM
rapat betul sheols dgn si daniel chuer tu yach....
Quote Teh_90 5-5-2022 07:32 AM
mereka bukan couple ke? jam tangan serupa. gelang pun serupa..????

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.056770 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top