CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Johan As'ari Sedia Nak Kahwin, Calon Dah Ada

26-4-2022 01:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1913| Komen: 4|Original author: Tatod

Description: Meniti usia 35 tahun, pelakon yang mencipta nama menerusi siri Juvana, Johan As'ari mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama buah hatinya.Memetik laporan Media Hiburan, pemilik na ...

Meniti usia 35 tahun, pelakon yang mencipta nama menerusi siri Juvana, Johan As'ari mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama buah hatinya.

Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar Johan Ariff As'ari itu berharap agar perancangannya menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan dan berjalan lancar.

"Insya-Allah, kalau ada jodoh harapnya menjadilah. Saya bimbang nak kongsikan berkenaan hal ini sebab nanti tak jadi. Saya pun susah banyak kali rancang nak kahwin tapi tak jadi. 


"Segan pula nak cerita pasal kahwin. Lebih baik saya minta orang doakan semoga dialah jodoh saya," katanya yang sudah tiga tahun  'berkawan' dengan wanita yang menetap di Perlis itu.


Mengulas hubungannya dengan wanita terbabit, kata Johan, kedua-dua mereka terbuka bercakap mengenai teman hidup.

"Kami tak macam orang lain yang berkawan, juga tak mesra macam pasangan bercinta lain. Tetapi, masing-masing sudah matang berfikir sekiranya jodoh itu sampai maka kita kahwin.


"Kami tak selalu dating dan dia pun tak mendesak. Dia ada cakap, kalau saya jumpa orang lain dan itulah jodoh... kahwinlah. Dan begitu juga sebaliknya. Saya sentiasa berdoa dan bersedia untuk reda," katanya.

Sebelum ini, Johan dikatakan bercinta dengan ahli perniagaan berasal dari Perlis.  Hubungan yang terjalin itu juga turut direstui keluarga. -CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 26-4-2022 01:03 PM
Pas kawen dah xpayah berlakon lagi..
Quote prince_marhaen 27-4-2022 09:28 AM
KAWIN JE LAHH...kau pun bukannya most eligible bachelor kat Malaysia ni pun...kesah pulakkk... berlakon pun over macam Nek Ellie...
Quote anony-mous 4-5-2022 07:22 AM
Mmg flop habis heols ni. Balasan kot duk main kan perasaan prempuan. Jenis sng berubah hati. Sedih tgk like pon ada 2k jah. Elok la cari keje tetap, kahwin n diam2 jah
Quote kitmal 5-5-2022 06:25 AM
heboh.........sebab nak orang tahu kewujudannya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041612 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top