CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"I Nak Tanya, Mana Satu Yang You Suka" - Ramai Terhibur Dengar Respon Remy Ishak

26-4-2022 01:49 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5818| Komen: 28|Original author: Cinta Erina

Description: Pelakon Remy Ishak mula diperkenalkan ke dunia perfileman pada tahun 2006 oleh pengarah Osman Ali. Remy Ishak bukan saja mempunyai rupa yang kacak tetapi dia juga mempunyai bakat lakonan yang hebat.
Sumber: Tiktok ezzarose


Pelakon Remy Ishak mula diperkenalkan ke dunia perfileman pada tahun 2006 oleh pengarah Osman Ali. Remy Ishak bukan saja mempunyai rupa yang kacak tetapi dia juga mempunyai bakat lakonan yang hebat. 

Pelakon ini juga telah mencipta namanya menerusi drama popular Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan di tahun 2009. Remy pernah bertunang dengan ahli perniagaan iaitu Ezza Yusof pada Mei 2017 tetapi hubungan itu terputus pada Februari 2019.

Sumber: Tiktok ezzarose


Selepas itu, Remy pernah dikatakan bercinta dengan beberapa orang artis tetapi Remy tidak pernah menjawab spekulasi itu. Tapi bak kata pepatah kalau dah jodoh tak ke mana, pada tanggal 21 Ogos 2021, Remy telah berkahwin dengan Ezza. 

Untuk pengetahuan semua, isteri Remy iaitu Ezza Yusof  memegang jawatan sebagai pengarah kreatif dan juga pereka kasut untuk jenama 2morrow. Ezza juga merupakan graduan berkelulusan diploma dalam jurusan Grafik dan Multimedia daripada Kolej Cosmopoint.

Sumber: Instagram Ezza Yusof

Sebelum ini, Ezza pernah mereka kasut pengantin kepada  beberapa selebriti ternama seperti Nad Zainal, Elvina Mohamad, Julia Ziegler, Indah Ruhaila, Lufya Omar, Tasha Manshahar, Farahanim Razak dan banyak lagi. 


Baru-baru ini, Ezza telah memuat naik video Remy di akaun Tiktoknya. Menerusi video itu, kelihatan Ezza mahu promosi tote bag edisi baru. Ezza bertanyakan kepada suaminya antara dua warna beg itu, yang manakah paling Remy suka. Namun, jawapan Remy telah membuatkan isterinya gelak terbahak-bahak. 

"You suruh cakap ni"

Sama seperti suami yang lain, Remy mengatakan Ezza menyukaikan beg berwarna baru itu. Maka warna itulah yang dipilih oleh Remy. Baru nak buat marketing product baru, Remy terus kantoikan. Jujur betul Remy, tiba-tiba macam tak boleh berlakon bila bersama isteri. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan reaksi Remy Ishak dan dalam masa yang sama, ramai yang terikut ketawa sekali apabila mendengar Ezza ketawa. Dah kalah Neelofa ketawa ni! -CARI

Sumber: Tiktok ezzarose


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 26-4-2022 02:26 PM
Waww dasyatnye gelak patut la remy berkira kira nk kawen
Quote julia5094 26-4-2022 02:29 PM
Mak ai..suara garaunya...kenapa nampak kulit remy lagi flawless dari wifey dia??
Quote hasyahana 26-4-2022 02:49 PM
Garaunysa…jauh beza suara Migha Piljah
Quote ouch! 26-4-2022 02:53 PM
Tak pernah rasa Remy betul2 cinta kat Ezza ni. ????
Quote hashashes 26-4-2022 03:08 PM
Kenapa aku rasa macam remy ni tak sayang sgt  kat perempuan ni?
Quote Normabaru 26-4-2022 07:25 PM
Edited by Normabaru at 26-4-2022 09:29 PM

Sorry kaka xblh tgk muka bini Remy ni lama2..satu sbb kertu second sbb menyampah kt si muhaya mata duitan..cuma dia ni kat kening ada tahik lalat besar..lagila xblh tgk lelama
Quote kiah_mai_pulak 26-4-2022 08:00 PM
kesian nya bini remy, mcm try hard nk nmpk happy2 dgn bamwemy,,, try hard sgt.. bamwemy pulak mcm errmm tkpsalah acah2 kelakar on camera kann… apa2 pun moga baik2 aja deyolss berdua
Quote Piramida 26-4-2022 08:08 PM
Besar nya gelak dia. Oklaa janji happy.
Quote Orix 26-4-2022 08:18 PM
Sheols ketawa lebih kurang jahlop jah
Quote Ashna21 26-4-2022 09:23 PM
hasyahana replied at 26-4-2022 02:49 PM
Garaunysa…jauh beza suara Migha Piljah

Terus teringgat pujaan hati kanda
Quote sophiehana 26-4-2022 09:33 PM
ouch! replied at 26-4-2022 02:53 PM
Tak pernah rasa Remy betul2 cinta kat Ezza ni. ????

Pun rasa mcm tu jgk sblm ni. Ingtkan sy sorg je perasan
Quote Kurex 26-4-2022 09:36 PM
Ni kalau lalat masuk mulut sheols masa ketawa, confirm sheols tak perasan
Quote Nenasketum 26-4-2022 09:38 PM
Lain macam pulak gelaknya, kurang sikit jer dari gelak Shrek
Quote JunkMail 26-4-2022 10:29 PM
HAHAHAHAHAHA kalau tak tengok muka mesti ingat jejantan punya gelak
Quote holothurian 27-4-2022 01:27 PM
amboiii. beso nau gelaknya... mcm jejantzz
Quote uori 27-4-2022 01:30 PM
forumer memasing terkejut beruk dengar si bini ketawa, termasuklah iols
Quote AshkieLa 27-4-2022 02:34 PM
gelak besar ni bg meols ade 2 jenis.
1- jenis yang contagious..
yang bila orang dengar dia gelak jer pun tapi rasa nak gelak sama walaupun tak tau gelak sbb ape.
2- jenis yg kite dengar dia gelak, kita jadi nak marah or nuisance or annoying....

... dan aku rasa ezza ni gelak dia di jenis no.2. Sorry...
Quote amyza82 27-4-2022 02:39 PM
skrg baru tau nape remy ala2 malas je lyn bini

Quote lifeline 27-4-2022 02:45 PM
hurmmm sian plak bini dia kalo betul bamwemy x syg sgt kt dia

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.058537 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top