CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1271|Reply: 4

Johan As'ari Sedia Nak Kahwin, Calon Dah Ada

[Copy link]
Post time 26-4-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode


Meniti usia 35 tahun, pelakon yang mencipta nama menerusi siri Juvana, Johan As'ari mengakui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga bersama buah hatinya.


Memetik laporan Media Hiburan, pemilik nama sebenar Johan Ariff As'ari itu berharap agar perancangannya menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan dan berjalan lancar.


"Insya-Allah, kalau ada jodoh harapnya menjadilah. Saya bimbang nak kongsikan berkenaan hal ini sebab nanti tak jadi. Saya pun susah banyak kali rancang nak kahwin tapi tak jadi.




"Segan pula nak cerita pasal kahwin. Lebih baik saya minta orang doakan semoga dialah jodoh saya," katanya yang sudah tiga tahun  'berkawan' dengan wanita yang menetap di Perlis itu.



  



Mengulas hubungannya dengan wanita terbabit, kata Johan, kedua-dua mereka terbuka bercakap mengenai teman hidup.


"Kami tak macam orang lain yang berkawan, juga tak mesra macam pasangan bercinta lain. Tetapi, masing-masing sudah matang berfikir sekiranya jodoh itu sampai maka kita kahwin.


  



"Kami tak selalu dating dan dia pun tak mendesak. Dia ada cakap, kalau saya jumpa orang lain dan itulah jodoh... kahwinlah. Dan begitu juga sebaliknya. Saya sentiasa berdoa dan bersedia untuk reda," katanya.


Sebelum ini, Johan dikatakan bercinta dengan ahli perniagaan berasal dari Perlis.  Hubungan yang terjalin itu juga turut direstui keluarga. -CARI









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2022 01:03 PM | Show all posts
Pas kawen dah xpayah berlakon lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2022 09:28 AM | Show all posts
KAWIN JE LAHH...kau pun bukannya most eligible bachelor kat Malaysia ni pun...kesah pulakkk... berlakon pun over macam Nek Ellie...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2022 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg flop habis heols ni. Balasan kot duk main kan perasaan prempuan. Jenis sng berubah hati. Sedih tgk like pon ada 2k jah. Elok la cari keje tetap, kahwin n diam2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 06:25 AM | Show all posts
heboh.........sebab nak orang tahu kewujudannya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.246222 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list